[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil yang menyokong kenyataan ini, amat bimbang terhadap kelulusan Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara baru-baru ini.
Proses tergesa-gesa dalam meluluskan rang undang-undang ini, kekurangan rundingan holistik berkenaan dengan draf rang undang-undang, serta peruntukan dalam rang undang-undang yang memberikan kuasa yang keterlaluan kepada menteri-menteri berhubung dengan perbelanjaan awam amat membimbangkan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil.
Isu-isu utama berkenaan Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan serta proses penggubalan and kelulusannya termasuk:
- Rang undang-undang ini memberikan kuasa-kuasa budi bicara yang keterlaluan kepada menteri kewangan: Menteri kewangan diberi kuasa meluluskan kontrak-kontrak perolehan, menetapkan tatacara kelulusan, melantik ahli-ahli lembaga perolehan, dan juga melantik ahli-ahli tribunal rayuan. Menteri kewangan juga mempunyai kuasa luas dalam pengecualian yang bermaksud bahawa pemakaian rang undang-undang ini akan tertakluk kepada budi bicaranya.
- Mekanisme kawal dan imbang terlalu lemah dan tidak mencukupi: Seperti yang dinyatakan, tribunal rayuan tidak bebas daripada pengaruh menteri, yang menjadikannya tidak mencukupi sebagai mekanisme kawal dan imbang. Selain itu, tiada sebarang peruntukan yang melindungi ketelusan dan penelitian awam. Malah kewajipan untuk mendedahkan maklumat terletak di bawah budi bicara pendaftar yang turut tidak berkecuali daripada eksekutif.
- Proses kelulusan rang undang-undang tergesa-gesa: Tempoh antara penyerahan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara dan pengundian rang undang-undang di Dewan Rakyat hanya selama 16 hari sahaja. Ini menimbulkan persoalan serius mengapa suatu rang undang-undang sebegitu penting, yang terdiri daripada 91 muka surat dan 93 fasal, tidak diberikan masa yang sewajarnya agar membolehkan setiap Ahli Parlimen dapat menilai dan memberi maklum balas dengan secukupnya.
- Jawatankuasa pilihan khas parlimen diketepikan sepenuhnya oleh kerajaan: Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi tidak dirujuk sama sekali semasa proses penggubalan rang undang-undang ini. Lebih-lebih lagi, walaupun peraturan mesyuarat 80B(3) menyatakan bahawa jawatankuasa pilihan khas parlimen yang berkaitan mesti “meneliti Rang Undang-Undang” yang telah dibaca buat kali pertama, kerajaan masih enggan memberikan masa untuk jawatankuasa tersebut meneliti rang undang-undang ini dan terus menjalankan perbahasan.
- Libat urus dan maklum balas penting daripada pihak berkepentingan tidak diadakan atau diabaikan sepenuhnya: Penglibatan dan perkongsian kemas kini daripada Kementerian Kewangan mengenai status rang undang-undang ini adalah terhad. Ini adalah jelas bahawa banyak cadangan daripada pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil tidak dipedulikan, termasuk pengurangan fungsi menteri kewangan dalam proses perolehan, dan penetapan tahap minima bagi pendedahan wajib maklumat berkenaan dengan perolehan.
- Ahli-ahli Parlimen kerajaan memberikan gambaran salah tentang kritikan sah terhadap rang undang-undang: Semasa perbahasan di Dewan Rakyat, ramai Ahli Parlimen yang menyokong rang undang-undang ini menangkis kritikan dengan merujuk kepada dasar yang tidak termaktub dalam rang undang-undang ini, seperti “kawalan Parlimen” atau “semak dan imbang” terhadap perolehan kerajaan.
Kami sebulat suara dalam pendirian bahawa rang undang-undang ini akan membawa kemudaratan besar kepada masa depan Malaysia dalam jangka panjang jika kelemahan-kelemahan yang dinyatakan tidak ditangani.
Sekiranya suatu skandal besar berbangkit akibat peruntukan rang undang-undang ini, setiap Ahli Parlimen yang menyokongnya akan dipertanggungjawabkan atas kemudaratan yang berlaku akibat keengganan mereka untuk mendengar amaran berulang daripada masyarakat sivil.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Perubuhan-pertubuhan dan individu yang menyokong dengan tegas menyeru agar:
- Kerajaan “Madani” mesti menyatakan komitmen mereka dengan jelas bahawa jurang dan kelemahan dalam Akta Perolehan Kerajaan, setelah diluluskan, akan ditangani dengan segera melalui penggubalan pindaan, perundangan subsidiari serta garis panduan secara terbuka, telus dan dengan rundingan bersama semua pihak berkepentingan yang relevan.
- Kerajaan Madani mesti memastikan bahawa ketelusan dan penyertaan awam yang bermakna menjadi elemen utama dalam proses perolehan, yang hampir tidak wujud dalam Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan.
- Kerajaan Madani mesti menjalankan penilaian impak secara menyeluruh dan berkala terhadap pelaksanaan kerangka perolehan baharu ini, serta menyemak dan meminda akta, setelah diluluskan, dan/atau mana-mana perundangan subsidiari yang berkaitan.
- Kerajaan Madani mesti komited untuk mewajibkan dialog yang terbuka dan membina terhadap semua rang undang-undang yang berkepentingan awam, walaupun ia tidak diwajibkan oleh undang-undang. Selain itu, keperluan di bawah peraturan mesyuarat 80B(3) mesti dipatuhi – setiap rang undang-undang pada masa hadapan mestilah dirujuk terlebih dahulu melalui jawatankuasa pilihan khas parlimen yang berkaitan.
English version
Government Procurement Bill: Sorely needed but with institutionally dangerous flaws
We, the undersigned civil society organisations, are alarmed by the recent passing of the Government Procurement Bill by the House of Representatives and the Senate.
The rushed passing of the bill, the lack of consultations held on the draft bill, coupled with questionable provisions granting the finance minister a disproportionate degree of power over public expenditure greatly alarms civil society organisations.
Key issues regarding the Government Procurement Bill and the process by which it was enacted and passed include:
- The law grants huge discretionary powers to the Minister of Finance: The finance minister is empowered to approve procurement contracts, set the procedures by which they are approved, and even to appoint members of the appeal tribunal. The finance minister also has wide powers of exemption which makes applicability of the law subject to his or her discretion.
- The mechanism of checks and balances is weak and inadequate: The appeals tribunal is non-independent from the influence of ministers, adding to the fact that the mechanism itself is inadequate. Furthermore, there is no provision that ensures transparency and public scrutiny. Instead, the duty to publish information is completely discretionary and decided by the registrar, who is also answerable to the executive.
- The hasty process by which the bill was passed: The duration between the submission of the bill by the Attorney General’s Chambers and the bill being voted on by the House of Representatives took place within a span of only 16 days. This raises serious questions about why such a monumental bill, consisting of 91 pages and 93 clauses, was not given the due time that was needed for all MPs to adequately assess and respond to it.
- The parliamentary special select committee was completely sidestepped by the government: The Special Select Committee on Finance and Economy was not consulted at all during the drafting process of the bill. Further, despite standing order 80B(3) stating that the relevant special select committee shall “scrutinize Bills” that have been read the first time, the government refused to allow time for the committee to consider the bill and proceeded with debate anyway.
- Key consultations and feedback from relevant stakeholders were either not held or completely ignored: The Ministry of Finance’s engagements and updates on the status of the bill were limited. It is clear that many of the recommendations provided by civil society groups were roundly ignored. These include the reduction of the role of the finance minister in the procurement process, and prescription for a minimum standard for the mandatory publishing of procurement-related information.
- Government MPs misrepresented legitimate criticism of the bill: Many MPs who expressed support for the bill in the House of Representatives countered criticism by referring to policy positions not even found in the bill, such as “parliamentary controls” or “checks and balances” on government procurement.
The undersigned civil society group are united in the stance that this legislation will bring major harm to Malaysia’s long-term future if the identified flaws are not addressed.
If and when a major scandal emerges as a result of the bill’s provisions, every MP who voted in favour of it will be responsible for the harm caused by their refusal to acknowledge civil society’s repeated warnings.
The undersigned organisations and concerned individuals strongly urge for the following:
- The “Madani” (trustworthy) government must expressly state its commitment that the gaps and inadequacies in the Government Procurement Act, once passed, will be addressed promptly by drafting amendments, subsidiary legislation and guidelines in an open, transparent manner and in consultation with all relevant stakeholders.
- The Madani government must ensure that transparency and meaningful public participation forms a key part of the procurement process, which is almost entirely absent in the Government Procurement Bill.
- The Madani government must conduct comprehensive periodic impact assessments on the implementation of this new procurement framework, and review and amend the act, once passed, and any subsidiary legislation accordingly.
- The Madani government must commit to facilitating open and constructive dialogue on all bills of public importance even if it is not legally mandated. Furthermore, the requirement under standing order 80B(3) must be upheld – future bills must go through the relevant parliamentary select committees first.
Endorsed by:
Organisations
- The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
- Rasuah Busters
- Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
- Society for Equality, Respect and Trust for All Sabah (Serata)
- Bersih
- Pusat Komas
- North South Initiative
- Islamic Renaissance Front
- Lawyer Kamek, Sarawak
- Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose)
- Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
- Zero Waste Sabah
- Gindol Initiative for Civil Society Borneo
- Centre for Independent Journalism (CIJ)
- Save KL Coalition
- Agora Society Malaysia
- Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
- CSO Platform for Reform
- Greenpeace Malaysia
- Siuman Collective
- Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama)
- Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor dan Kuala Lumpur (Association of Family Support and Welfare, Selangor and Kuala Lumpur) (Family Frontiers)
- Klima Action Malaysia (Kamy)
- Adrian Anthony Pereira
- Prof Edmund Terence Gomez
- Cynthia Gabriel
- Datuk Hussamuddin Yaacub
- Tan Sri Syed Hamid Albar
- Shah Hakim Zain
- Dato’ Hjh Sutinah Sutan
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Individuals
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama


I am in total agreement. This bill should be withdrawn! It is flawed as correctly pointed out in the Article mentioned above. I hope more people would come out and state their disagreement about this Bill. The Government should not disregard the views of the people.