
Kami, 40 kumpulan dan 47 individu yang menandatangani/mengendors surat rayuan ini, amat tidak selesa dengan skim MySalam yang telah dilancar oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini.
Daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri kewangan dan menteri kesihatan, kami dapat memahami bahawa skim MySalam mengandungi dua komponen:
- Komponen I: Bayaran RM8,000 sekali gus kepada individu-individu dalam golongan B40 yang berumur 18 hingga 55 tahun sekiranya mereka mengidap 36 jenis penyakit
- Komponen II: Bayaran RM50 sehari untuk kemasukan ke hospital kerajaan untuk kumpulan yang sama, dengan had maksima 14 hari setiap tahun
Kami juga difahamkan bahawa Syarikat Insurans Great Eastern akan dibayar lebih kurang RM400 juta setahun (premium RM112 seorang untuk 3.7 juta individu) untuk jangka masa lima tahun untuk membekalkan perlindungan ini kepada kumpulan sasaran dalam golongan B40.
Mengikut kenyataan menteri kewangan, bayaran ini adalah daripada dana RM2bn yang telahpun dibayar oleh Syarikat Great Eastern kepada kerajaan Malaysia supaya dikecualikan syarat menjual 30% dari sahamnya kepada institusi Malaysia seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd.
Kami terima baik hasrat kerajaan menghulurkan bantuan kepada rakyat B40 walaupun negara dibebani oleh hutang dari pentadbiran BN sebelum ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Tetapi beberapa perkara dalam skim ini menimbulkan kedugaan dan kerisauan di kalangan pihak kami. Satu antara perkara ini adalah hakikat bahawa pihak kerajaan belum lagi melaksanakan satu penilaian aktuarial terhadap pakej yang ditawarkan oleh Great Eastern.
Terdapat beberapa klausa pengecualian (exclusion clauses) dalam skim MySalam ini yang akan mengelak ramai pesakit yang mengidap 36 penyakit-penyakit tersebut daripada menerima manfaat skim ini. Memang, skim ini tidak akan memberi manfaat kepada pesakit yang berumur lebih daripada 55 tahun dan pesakit yang didiagnosis sebelum 1 Januari 2019.
Selain daripada ini, untuk beberapa jenis penyakit pampasan hanya akan dibayar apabila penyakit itu sampai ke takat pesakit tidak boleh melakukan ADL (activiti harian).
Oleh kerana syarat-syarat pengecualian ini, adalah mustahil seseorang pesakit dengan penyakit Parkinsons (No. 30) akan menerima RM8,000 dalam jangka masa lima tahun yang akan datang, kerana penyakit ini biasanya berlaku di kalangan orang yang berusia lebih daripada 70 tahun, dan ambil masa lebih daripada 10 tahun untuk sampai tahap yang menyekat aktiviti harian dalam rumah (ADL).
Kes pesakit Parkinsons yang menghadapi masalah melaksanakan ADL sudah tentu telah didiagnosis 10 tahun sebelum ini dan oleh itu ia akan dikecualikan. Kes baru Parkinsons yang didiagnosed selepas 1 Januari 2019 tidak akan sampai ke tahap di mana mereka tidak dapat melakukan ADL dalam jangka masa lima tahun.
Syarat ADL ini juga akan mengecualikan ramai pesakit dengan meningitis (No. 3), encephalitis (No. 13) dan head injury (No. 24) daripada menerima manfaat skim MySalam.
Selain daripada syarat ADL juga ada syarat “permanency” ataupun kehilangan upaya kekal untuk penyakit meningitis, encephalitis dan head injury. Adakah kemungkinan bahawa syarikat Great Eastern akan menolak tuntutan pesakit yang mengidap penyakit-penyakit ini walaupun mereka memenuhi syarat mengalami kesusahan dengan aktiviti harian (ADL) dengan alasan “permanency” itu?
Ada juga syarat pengecualian yang tidak dinyatakan dengan jelas – serangan jantung (No. 18), kelemahan jantung ataupun cardiomyopathy (No. 8) dan barah (No. 7) hanya layak merima bayaran RM8,000 jika penyakit mereka cukup teruk – “of a specified severity”.
Adakah kerajaan Malaysia tahu mengenai tahap keterukan (severity) penyakit-penyakit ini yang ditetapkan sebagai kelayakan menerima bantuan RM8,000?
Ataupun adakah menteri kewangan percaya sahaja keikhlasan syarikat Great Eastern tanpa melakukan kajian terperinci terhadap kuantum bantuan yang akan diterima oleh golongan B40 melalui skim MySalam ini?
Kami rasa adalah amat perlu skim MySalam ini ditangguh sementara supaya satu kajian aktuarial boleh dijalankan untuk mendapat anggaran terhadap kuantum bayaran yang dijangka dalam satu tahun mengikut skim MySalam selepas semua syarat-syarat pengecualiannya diambil kira.
Jika kuantum ini jauh kurang daripada RM400 juta yang kena dibayar oleh kerajaan untuk perlindungan skim ini, kita harus membatalkan skim MySalam dan mencari kaedah lain untuk mengguna bayaran pampasan RM2bn bagi kebajikan golongan B40.
Satu antara kaedah yang boleh dipertimbangkan adalah untuk mengguna amaun ini untuk membantu pesakit daripada golongan B40 membayar alat dan perkakas yang sekarang perlu dibeli oleh pesakit hospital kerajaan seperti plate besi dan skrew untuk pembedahan otopedik, lens mata untuk pembedahan selaput mata (cataract), drug eluting stent untuk prosedur angioplasty dan sebagainya. Ini merupakan satu beban besar pada pesakit daripada golongan B40, dan bantuan membeli alat-alat ini akan amat meringankan beban finans mereka.
Kami berharap YAB perdana menteri boleh mencampur tangan dalam perkara ini untuk memastikan RM2bn daripada Syarikat Great Eastern diguna secara yang terbaik untuk rakyat B40.
Surat rayuan ini diendors oleh:
- Agora Society
- Aliran
- Association of Toy Libraries Malaysia
- All Women’s Action Society (Awam)
- Baramkini
- Blindspot
- Childline Malaysia (MCTF)
- Child Development Initiative Malaysia
- Citizens’ Health Initiative
- Concerned Citizens’ Group
- El Shaddai
- Federation of Reproductive Health Associations Malaysia (FRHAM)
- Foreign Spouses Support Group (FSSG)
- Gabungan Pembebasan Akademik
- G25 Malaysia
- Health Equity Initiatives
- Jaringan Raykat Tertindas (Jerit)
- Komrad Borneo
- Kuliah Buku (Kubu)
- Malaysian Chinese Association (MCA)
- Malaysian Council for Child Welfare
- Malaysian Hindu Youth Council
- Malaysian Dravidian Association
- Malaysia Muda
- Malaysia Rare Disorders Society
- Marhaen Institute
- Myskills Foundation (MSF)
- Parti Murbah
- Persatuan Sahabat Wanita
- Parti Socialis Malaysia (PSM)
- Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas)
- Sabah Women Action Resource Group
- Sahabat Rakyat (SR)
- Save Rivers
- Saya Anak Bangsa Malaysia
- Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
- Sunflower Electoral Education Movement (Seed)
- Tenaganita
- Women Development Organisation Malaysia
- Yayasan Chow Kit (YCK)
Dan oleh:
- Tan Sri Hasmy Agam
- Prof Emeritus Chan Chee Khoon
- Datin PH Wong
- Dato’ Dr Amar-Singh HSS
- Datin Dr Lim Swee Im
- Dato’ Dr Narimah Mat Awin
- Dr Aaron Fernandez
- Mr Anil Netto
- Dr Chee Heng Leng
- Mr Choo Seow Theang
- Dr David Quek
- Mr Henry Loh Kee Wey
- Ms Ho Yock Lin
- Ms Irene Xavier
- Mr Jeremy Kwan
- Mr Joseph Paul Maliamauv
- Ms Josie M. Fernandez
- Ms Katrina Maliamauv
- Mr Lee Kek Siong
- Dr Mary Cardosa
- Ms Mary Shanthi Dairiam
- Mr Mohd Nasir
- Mr Muhammad Sha’ani b. Abdullah
- Ms Nisha Subanayagam
- Ms Noor Farida Ariffin
- Mr Ng Kian Nam
- Dr Patricia Martinez
- Dr Prema Devaraj
- Dr Raj Karim
- Ms Ramani Gurusamy
- Dato Dr Ronald McCoy
- Ms Sarasvathy Muthu
- Dr Sharifah Munirah Alatas
- Ms Sharmila Sekaran
- Dr Subramaniam Pillai
- Dr Syed Husin Ali
- Dr Tan Ai Mei
- Ms Tham Hui Ying
- Dr Tium Ling Ta
- Dr TK Wong
- Dr Toh Kin Woon
- Dr Uma Devi Palanisamy
- Dr Wan Namaziah
- Mr Wee Soon Cheng
- Ms Wong Mei Lee
- Ms Yap Sook Yee
- Ms Yeong Moh Foong
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Tunggu surat dari hospital sampai 3 bulan …sebelum ni telifon pi tanya kata tak siap lagi padahal sudah siap dari bulan 5 …last2 kaunter tutup 🤣
Xlulus xtahu ape sebab… Sedangkan
saya injap bocor tahap 3..Harap perdana MeNtERi pertimbangkan saya mmg susah daif keluarga xberkemampuan… Harap sgt dpt duit ni.. Klu xpercaya dgn kesusahan saya… Dtglah kerumah saya.. Hubungi says 018-9528500