
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada kes semakan kehakiman yang difailkan seorang peguam Syed Amir Syakib Arsalan Syed Ibrahim yang mencabar Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dan kuasanya untuk melantik hakim dengan alasan bahawa Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 tidak mengikut perlembagaan.
Menurut beliau akta tersebut yang digubal pada tahun 2009 telah mengganggu proses perlembagaan dan kebebasan kehakiman dengan membenarkan perdana menteri dan pegawai kerajaan mempengaruhi pelantikan kehakiman.
Bersih menilai perkembangan ini sebagai satu proses untuk membuka lembaran baharu ke arah pelaksanaan reformasi kehakiman yang lebih baik.
Dalam masa yang sama Bersih menyambut baik jaminan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk tidak mencampuri urusan kes tersebut dan memberi kebebasan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
Ini termasuk jaminan kerajaan untuk meneliti semula secara menyeluruh kerangka Akta SPK ini menerusi libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk NGO.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih ingin menegaskan bahawa sebarang kelompongan yang wujud khususnya dalam isu melibatkan proses pelantikan hakim harus diperbaiki segera agar dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap prinsip tatakelola yang baik dan proses kawal dan imbang yang berkesan negara.
Bersih telah mengeluarkan satu kertas kajian yang memberikan cadangan komprehensif untuk memastikan cabang kehakiman menjadi lebih bebas.
Cadangan utama Bersih adalah supaya SPK perlu diangkat sebagai badan perlembagaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya dengan memastikan proses lantikan anggota suruhanjaya yang lebih bebas dan tidak bergantung kepada kuasa perdana menteri.
Cadangan ini turut disuarakan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat. Bersih juga mencadangkan agar anggota masyarakat sivil yang berkelayakan dalam isu perundangan untuk menganggotai SPK agar turut mendapat pandangan daripada pertubuhan masyarakat sivil.
Bersih juga menegaskan bahawa usaha berterusan wajib dilakukan oleh pihak pemerintah bagi memelihara doktrin pengasingan kuasa agar kita tidak lagi mengulangi peristiwa hitam krisis kehakiman yang membawa kepada krisis perlembagaan suatu ketika dahulu. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme