Home Civil Society Voices 2010 Civil society voices RMK10: Isu adalah pengagihan bukan pertumbuhan!

RMK10: Isu adalah pengagihan bukan pertumbuhan!

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Jelasnya, RMK10 ini begitu baik untuk syarikat-syarikat swasta di Malaysia yang ada hubungan rapat dengan pihak memerintah. Durian bernilai berjuta-juta ringgit sedia runtuh. Runtuh untuk tangan siapa, tanya Dr Jeyakumar Devaraj.

Pelan Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10) ini bergantung sangat pada pelaburan swasta sebagai “main driver of economic growth”. Adalah hasrat kerajaan untuk meningkatkan jumlah yang dilabur oleh pihak swasta daripada RM60 biliun setahun ke RM115 biliun setahun dalam lima tahun antara 2011 dan 2015.

Antara langkah yang terkandung dalam dokumen RMK10 adalah:

  • Mewujudkan Environment yang mesra kepada peniaga (business). Kerajaan sekarang dalam usaha melonggarkan syarat dalam undang-undang perlindungan para pekerja. Umpamanya, kerajaan ingin menjadikan lebih mudah untuk memberhentikan seorang pekerja
  • Mengurangkan cukai korporat dan gantikannya dengan cukai GST. Beban cukai akan dipindah daripada sektor korporat ke kepala rakyat biasa
  • Memotong subsidi supaya dapat mengurangkan defisit dalam bajet. Tujuan ini adalah  supaya mendapat penilaian yang positif daripada agensi antarabangsa yang menasihatkan para pelabur.
  • Menyediakan dana sebanyak RM20 bilion untuk membantu pihak swasta melabur.

Tn Yg Di Pertua, dana RM 20 bilion ini adalah satu dana yang sangat besar. Negeri yang terkaya di Malaysia adalah Selangor. Bajet tahunan Selangor adalah RM1.4 bil. Dana yang akan diperuntukkan untuk para pelabur swasta di Malaysia adalah 15 kali ganda lebih besar berbanding bajet tahunan Selangor.

Jelasnya, RMK10 ini begitu baik untuk syarikat-syarikat swasta di Malaysia yang ada hubungan rapat dengan pihak memerintah. Durian bernilai berjuta-juta ringgit sedia runtuh. Runtuh untuk tangan siapa?

Masalahnya untuk rakyat Malaysia adalah hampir kesemua peranan kerajaan untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia akan membawa kesan yang negatif pada masyarakat marhein di Malaysia.

  • Perlindungan di sisi undang-undang untuk para pekerja akan dikurangkan
  • Cukai GST akan dikenakan dan kos hidup rakyat biasa akan meningkat
  • Subsidi beras, tepung dan gula akan ditarik balik.
  • Kualiti rawatan di hospital kerajaan akan terus merosot akibat polisi ‘health tourism’ (pelancungan kesihatan)
  • Kos pendidikan semakin naik akibat penswastaan

Nampaknya Malaysia sudah turut serta dalam “race to the bottom”. Satu perlumbaan untuk kecundang ke bawah – dari segi perlindungan untuk pekerja, dari segi perlindungan untuk persekitaran – kita menurunkan standard kita.

Oleh kerana persaingan hebat untuk mendapatkan pelaburan swasta kerajaan sanggup mengkorbankan kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Persaingan hebat ini bukan hanya uutuk pelabur asing. Pelabur tempatan juga boleh membawa modal mereka untuk melabur di negara lain yang menawar mereka terma yang lebih baik.

Inilah realiti ekonomi dunia pada takat ini. Para pelabur adalah agung. Mereka boleh pergi ke mana-mana negara. Oleh itu kerajaan-kerajaan yang memilih strategi pembangunan yang bergantung pada pelabur swasta terpaksa memujuk pelabur sampai ke tahap kita mengabaikan rakyat kita sendiri.

Inilah bahaya strategi pembangunan yang bergantung pada sektor swasta. Tetapi inilah polisi utama kerajaan dalam RMK10

Mengikut dokumen RMK10, perkembangan GDP atau Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK sebanyak 6 peratus adalah disasarkan. Ini merupakan satu target yang amat sukar untuk dicapai. Sistem ekonomi global yang menghadapi masalah serius dalam permintaan kasar. Pendekatan korporat untuk mengurangkan kos termasuk gaji yang dibayar menjejaskan kemampuan rakyat biasa membeli barangan yang dikeluarkan oleh para pelabur.

Kelembapan perminataan pasaran adalah masalah pokok yang menyebabkan krisis ekonomi pada zaman ini. Respon tradisional negara-negara maju adalah untuk memakai kaedah Keynes untuk mengacukan ekonomi dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Di Malaysia juga kita telah memakai kaedah ini  – RM7 bil pada hujung tahun 2008 dan selepas itu RM60 bil sebagai usaha merangsangkan ekonomi.

Tetapi strategi meningkatkan perbelanjaan kerajaan ada hadnya. Di Eropah beberapa kerajaan tidak dapat membayar balik hutang yang diambil untuk melaksanakan kaedah Keynes – untuk buat “pump priming” – umpamanya negara Iceland dan Greece. Sekarang kita dengar negara Espanyol dan Portugal juga menghadapi masalah membayar balik hutang awam.

Mereka hampir muflis dan memerlukan bantuan kerajaan lain untuk diselamatkan. Sekarang di Eropah satu tren baru untuk kurangkan perbelanjaan kerajaan sedang dilaksanakan. Balance the budget – memperimbangkan belanjawan Negara. Masalah tren baru ini adalah ia akan melemahkan lagi permintaan kasar dalam negara dan membawa pada kegawatan ekonomi sekali lagi.

Oleh kerana ekonomi global mempunyai kelemahan yang berpunca daripada strukturnya sendiri, risiko kegawatan ekonomi akan sekali lagi melanda dunia dalam lima tahun yang akan datang adalah besar. Oleh itu kemungkinan Malaysia akan mencapai pertumbuhan GDP sebanyak 6 peratus setahun untuk 10 tahun yang akan datang adalah amat tipis.

Saya ingin tanya pada pakar-pakar ekonomi di EPU dan Kementerian Kewangan yang menggubal pelan RMK10: adakah anda tidak tahu bahawa suasana ekonomi dunia tidak baik? Bahawa adalah sukar sangat untuk mencapai perkembangan GDP sebanyak 6 peratus setahun? Ataupun tahu, tetapi buat jangkaan yang begitu optimis kerana diarah oleh pihak Menteri Kewangan dan Perdana Menteri?

Tetapi katakan ia-nya boleh berlaku, katakan kita berupaya memperkembangkan ekonomi negara sebanyak 6 peratus setahun untuk 10 tahun yang akan datang, adakah itu yang kita harus melakukan?

Kita semua tahu mengenai masalah pencemaran alam sekitar.

  • Masalah pemanasan dunia.
  • Masalah perubahan cuaca.
  • Masalah kenaikan paras air laut akibat pemanasan.

Perkembangan ekonomi 6 peratus setahun berturut-turut akan membawa pada perkembangan ekonomi sebanyak 80 peratus dalam 10 tahun. Keluaran karbon dioxide akan bertambah 80 peratus. Pencemaran akan bertambah.

Jika kita mahu melakukan perkembangan GDP 6 peratus setahun, dan Thailand juga mahu melakukannya, Indonesia dan Filipina dan negara Cina dan India juga mahu melakukannya, mampuslah kita semua! Apakah yang akan berlaku pada cuaca dunia?

Bila kita bincang isu pemanasan dunia di Dewan ini semua sokong dan berhujjah kita harus ambil berat terhadap masalah alam sekitar. Tetapi apabila kita berbahas Rancangan Ekonomi untuk lima tahun yang akan datang – nampaknya kita telah lupa krisis alam sekitar dan masalah pemanasan dunia.

  • Pertumbuhan GDP 6 peratus – sokong     
  • Membina due kilang besar aluminium di Sarawak yang sangat mencemarkan – sokong
  • Empangan Bakun yang akan menengelami satu kawasan yang lebih luas daripada Singapura dan akan melepaskan banyak gas methane ke udara. Juga sokong! Undi lulus.

Tetapi kita juga kata kita mahu pelihara alam sekitar. What is going on here? Nampaknya kita di Dewan ini ada “split personality”. Di Bahasa Inggeris – kita bersifat schizophrenic!

Tuan yang di pertua, sebagai pemimpin kita mesti selalu sedar bahawa kita telah diamanahkan untuk menjaga alam sekitar. Saya difahamkan bahawa dalam Koran ada perkataan seperti berikut

Ingatlah ketika Tuhan menyatakan pada malaikat bahawa dia akan jadikan di atas muka bumi ini manusia sebagai khalifah.  

Khalifah. Vicegerent. Yang bertanggungjawab menjaga dunia dan alam sekitar.

Konsep bahawa kita memegang amanah untuk menjaga alam sekitar supaya dapat digunakan oleh generasi yang akan datang adalah termaktub di ajaran semua agama yang kita anuti di Malaysia.

Marilah kita memerhati perkataan kaum “Red Indian”: “You do not inherit the world from your forefathers; You borrow it from your grandchildren.” Kamu tidak mewarisi dunia ini daripada ibu-bapa kamu. Kamu meminjamnya daripada anak-cucu kamu. Inilah nasihat pemimpin kaum “Red Indian”.

Tetapi apabila kita buat pelan ekonomi, kita lupa tanggungjawab ini.

Saya akan memberi beberapa statistic untuk membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain di dunia

                                  Per kapita            Le                  <5 mortality
                                      (US $)

Malaysia                     12,160                69/74               12
Nepal                            1,010                62/63               59/ 1000
Uganda                          880                  49/51               134
Democratic                     270                  46/49               205
Rep of Congo

 
Negara Nepal mempunyai pendapatan per kapita sebanyak US$1,010 berbanding dengan US$12,160 yang didapati oleh Malaysia. Jangka hayat kaum wanita di Nepal adalah 63 tahun sahaja (berbanding 74 tahun di Malaysia), dan kadar kematian anak-anak di bawah umur lima tahun adalah 59 untuk tiap 1000 kelahiran. Kematian anak-anak sebelum umur lima tahun di negara Uganda adalah 134 setiap 1000 bilangan kelahiran – 11 kali lebih besar daripada kadar kematian kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Jika negara-negara miskin seperti di benua Afrika mahu memperkembangkan ekonomi mereka itu memang munasabah. Kita tidak boleh memanggil mereka jangan memperkembangkan ekonomi negara kamu  kerana masalah pemanasan dunia. Uganda, Congo mereka miskin; rakyat mereka merana; kadar kematian kanak-kanak begitu tinggi di masyarakat mereka. Tidak munasabah kita minta mereka jangan sasarkan perkembangan GDP sebanyak 6 peratus setahun.

Tetapi negara seperti Malaysia – adakah munasabah kita pun hendak terus memperkembangkan ekonomi kita? Ke tahap mana? Ya saya tahu. Amerika buat. England buat. Eropah buat. Jadi, jika mereka tidak bertanggungjawab – kita pun ikut juga?

Masalah di Malaysia, Dato Speaker, bukan KDNK (GDP) yang kecil. Masalah dia adalah pengagihan kekayaan negara yang berat sebelah. Masalah di Malaysia adalah pemborosan wang rakyat. Masalahnya adalah pembasiran wang dalam projek yang tidak perlu.

Umpamanya minggu lalu kami telah diberitahu cadangan memindahkan Parlimen ke Putra Jaya dengan anggaran kos RM800 juta. Sekejap sebelum itu kita diberitahu bahawa defisit dalam badjet membimbangkan; bahawa negara akan jadi bankrupt dalam sembilan tahun lagi. Oleh kerana ini subsidi untuk miskin akan ditarik balik. Tetapi RM800 juta untuk membina bangunan parlimen baru boleh dicadangkan! Kita ini ke mana? Where are we going?

Satu contoh lagi terdapat dalam pelan RMK10 yang mencadangan pembinaan sistem MRT yang baru dengan anggaran kos RM35 bil manakala NGO-NGO yang berpakaran dalam bidang pengangkutan awam menyatakan bahawa suatu sistem pengangkutan awam yang jauh lebih murah dapat dilaksanakan dengan memakai sistem bas awam. Saya mahu tanya – adakah projek MRT ini direka untuk kebajikan orang ramai di KL ataupun untuk kebajikan syarikat kroni yang akan dapat kontrak-kontrak lumayan?

Tuan Yg Di Pertua, tidak perlu untuk mencapai pendapatan perkapita sebanyak RM39,000 untuk wujudkan suatu negara kebajikan di tanah air ini. Sekarang juga, dengan pendapatan per kapita sebanyak RM 24,000 pun boleh mewujudkan satu negara kebajikan di mana rakyat hidup selesa. Tetapi untuk melaksanakan ini kita mesti mengawal ketamakan lapisan yang sedang membazirkan pendapatan negara!

Rancangan RMK10 ini masih terperangkap dalam mindset yang lama. Satu konsep pembangunan begara yang telah membatasi tarikh pelupusannya (past its “use by” date).

Penting kita sebagai wakil rakyat yang menentukan polisi dan rancangan negara membuka minda kita pada paradigm yang lain – pada konsep-konsep yang baru.

Saya ingin megemukakan satu syor praktikal: marilah kita menganjurkan suatu lawatan sambil belajar ke negara Venezuela tahun ini supaya kita dapat menyaksi pendekatan mereka dalam membangunkan negara mereka. Di Venezuela satu kaedah berlainan sedang digunapakai

  • Yang bukan bergantung pada FDI daripada luar negeri
  • Yang tidak bergantung pada kebaikhatian para pelabur
  • Yang tidak bergantung pada ketamakan untung di kalangan korporat.
  • Yang berdasarkan pengagihan kekayaan negara secara adil dan amalan demokrasi melalui referendum untuk semua perkara yang penting.

Saya rasa kita akan dapat belajar beberapa ide baru yang mungkin kita boleh pakai untuk membangunkan negara kita dan membantu rakyat kita.

Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan mengatakan bahawa untuk (pihak kami), RMK10 ini adalah rancangan yang cacat. Yang tidak ambil kira realiti dunia pada tahap ini; yang langsung tidak memikirkan tanggungjawab kita terhadap masalah alam sekitar; dan yang akan menyusahkan rakyat marhein di Malaysia.

(Pihak kami) tidak dapat menyokong RMK10 yang cacat ini dan akan terus membawa isu-isu subsidi, GST, penwastaan kesihatan dan ll ke perhatian rakyat Malaysia.

Dr Jeyakumar ialah Ahli Parlimen dari Sungai Siput. Ini adalah ucapan beliau di Parlimen pada 16 Jun 2010

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x