Home Civil Society Voices Sarawak: Rose melancarkan kempen persempadanan semula #Kita Ada Nombor

Sarawak: Rose melancarkan kempen persempadanan semula #Kita Ada Nombor

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Menjelang jangkaan persempadanan semula kawasan pilihan raya Sarawak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose) akan melancarkan kempen persempadanan semula #KitaAdaNombor.

Kempen ini adalah usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan pengundi tentang kepentingan persempadanan semula sempadan kawasan pilihan raya dan bagaimana pengundi boleh mengambil bahagian dan terlibat dalam persempadanan ini.

Semakan terakhir persempadanan semula sempadan pilihan raya bagi Sarawak selesai adalah pada Ogos 2015, maka SPR boleh membuat semakan semula pada bila-bila masa sahaja.

Dalam usaha untuk mencapai perwakilan rakyat yang sama dan lebih bermakna di peringkat dewan undangan negeri (dan peringkat persekutuan) mengikut prinsip Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan, Rose ingin mencadangkan supaya SPR melukis semula keseluruhan 82 kerusi dewan negeri Sarawak serta 31 kerusi Parlimen bagi memperbetulkan permasalahan pembahagian yang tidak sekata (malapportionment) sekali gus turut menghormati prinsip “satu orang, satu undi, satu nilai”.

Permasalahan yang melibatkan persempadanan tidak sekata (gerrymandering) juga perlu diselesaikan atau diperbetulkan semula dimana ianya berkonsepkan kepada ahli politik bertindak untuk memilih sendiri pengundinya dan bukan pengundi yang memilih sendiri ahli politik atau perwakilan.

Rose juga menyeru pengundi untuk terlibat sama dalam kempen demokrasi ini dalam usaha untuk mendapatkan perwakilan yang lebih baik (dan seterusnya membantu mereka ke arah kehidupan yang lebih baik).

Hal ini demikian kerana, persempadanan semula yang tidak adil akan memenangkan sesetengah pihak sekiranya pilihan raya diadakan pada masa akan datang.

Selepas pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 pada awal tahun 2022, jumlah pengundi di Sarawak telah meningkat sebanyak 79.5% daripada 1,109,134 (persempadanan semula 2015) kepada 1,990,322 pada April 2024, dengan purata 3,100 anak Sarawak berumur 18 tahun didaftarkan secara automatik setiap bulan.

READ MORE:  Bersih bertemu timbalan PM kedua, tekankan isu persempadanan dan undi awal (Malay/English)

Oleh itu, untuk masa sekarang adalah penting bagi SPR untuk melukis sempadan yang adil sebelum pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Rose menjemput orang ramai untuk menyertai kempen ini secara atas talian: Instagram, Facebook dan Tiktok.

Orang ramai juga dijemput untuk hadir ke sesi kempen secara fizikal yang akan diadakan pada bulan Julai iaitu pada tarikh 6 Julai di Miri, 13 Julai di Kuching, 20 Julai di Sibu dan 27 Julai di Samarahan.

Kempen ini akan merangkumi ruang pameran dan forum yang akan menampilkan ahli-ahli panel jemputan khas termasuk ahli dewan negeri atau ahli parlimen kawasan tempatan anda.

Rose akan memberikan maklumat berkenaan tempat-tempat kempen secara fizikal bagi setiap kawasan melalui laman media sosial.

Kempen secara fizikal yang pertama akan diadakan di Miri, Sarawak iaitu pada hari Sabtu, 6 Julai yang akan bermula pada jam 18:00 sehingga 22:00 dengan panel jemputan khas forum bersama, iaitu Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man.

Dalam pada itu, Rose akan mengumpul dana untuk kempen dan menyeru orang ramai untuk menyokong kempen ini dengan membeli totebag “Demokrasi” edisi terhad pada harga RM50 bagi setiap satu, atau boleh menderma terus kepada kami di CIMB Bank Akaun No. 8603651618 “Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat”. – Rose

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x