Home Civil Society Voices Satu kisah sudah terlalu banyak: Reformasi undang-undang hak warga emas (Malay/English)

Satu kisah sudah terlalu banyak: Reformasi undang-undang hak warga emas (Malay/English)

SABINEVANERP/PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Dalam kemeriahan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang dan meneruskan tradisi rumah terbuka, sebuah kisah menyayat hati bertajuk “Homeless Hari Raya for elderly couple thrown out by son” yang dilaporkan oleh MalaysiaNow telah menyerlahkan realiti yang seringkali tidak diendahkan oleh masyarakat kita.

Naratif ini menceritakan penderitaan warga emas di Malaysia, mendedahkan kisah sedih perjalanan hidup individu seperti Zainab dan suaminya, yang, walaupun sudah bertahun-tahun berkorban dan berusaha, mendapati diri mereka ditinggalkan dan menjadi gelandangan di hari-hari tua mereka.

Dalam kisah menyentuh hati yang diterbitkan pada 10 April ini, kita ditemukan dengan Zainab, seorang warga emas yang kehidupannya ditandai dengan kesukaran dan ketabahan. Walaupun sentiasa hidup dalam kesukaran, dia dan suaminya hidup sederhana dalam kehidupan yang normal, sehinggalah mereka terpaksa hidup di jalanan di Kuala Lumpur.

Artikel ini mengisahkan bagaimana mereka hilang tempat berteduh akibat daripada pengkhianatan keluarga dan pengabaian masyarakat, yang menggambarkan perjuangan yang dihadapi oleh ramai individu warga emas dalam kalangan kita.

Dalam kita merenung ikatan kekeluargaan yang mesra dan keselesaan berada di rumah semasa musim perayaan ini, penting untuk kita berhadapan dengan realiti yang dihadapi oleh warga emas.

Kisah ini adalah pengingatan yang memilukan mengenai keperluan mendesak reformasi undang-undang untuk melindungi hak dan kesejahteraan warga menua di Malaysia. Ia memberikan isyarat kepada kita untuk menyelami dengan lebih mendalam isu-isu sistemik yang menyebabkan pengabaian warga emas berterusan, dan berjuang untuk perubahan yang menghormati martabat dan sumbangan warga emas kita.

Menurut resolusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB 33/5, keganasan terhadap orang tua didefinisikan sebagai “fenomena meluas yang termasuk diskriminasi dalam ruang awam, diskriminasi bahasa dan pekerjaan, ketiadaan akses, pengasingan, pengabaian, eksploitasi kewangan, keganasan fizikal dan psikologi dan penyekatan keperluan asas, dan serangan fizikal”.

Dalam konteks Malaysia, penderaan warga emas mewujudkan kebimbangan sosial seiring dengan pergerakan Malaysia menuju ke arah menjadi negara menua pada tahun 2030.

Menurut dapatan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, antara tahun 2018 dan Jun 2022, sejumlah 2,144 warga emas ditinggalkan di hospital di seluruh negara. Apa yang mengejutkan, hanya 914 daripada warga emas ini berjaya disatukan semula dengan keluarga mereka -hanya 43% daripada jumlah keseluruhan.

Dalam tahun 2021 sahaja, seramai 752 warga emas telah diabaikan dan ditinggalkan, dengan 412 daripada mereka ditempatkan di rumah kebajikan.

Walaupun pekerja sosial dari hospital telah berusaha untuk menyatukan semula warga emas ini dengan ahli keluarga mereka, usaha pekerja sosial ini mendapat tentangan dan penolakan daripada keluarga warga emas tersebut yang sering kali memberikan alasan “masalah keluarga” sebagai sebab utama keengganan mereka menerima ahli keluarga yang mereka tinggalkan itu.

Selanjutnya, data kementerian menunjukkan bahawa hanya “23 kes penderaan terhadap warga emas yang dilaporkan antara tahun 2014 hingga 2016”. Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar kejadian penderaan terhadap warga emas mungkin tidak dilaporkan kerana takut diabaikan atau kekurangan tempat untuk membuat laporan.

Kekurangan laporan penderaan ini merupakan cabaran besar bagi agensi dan organisasi yang berkaitan untuk memerangi penderaan terhadap warga emas dengan berkesan, kerana ia menghalang kemampuan mereka untuk mengumpul data yang komprehensif dan mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian.

Dengan pengumuman bahawa kerajaan Malaysia akan membentangkan Rang Undang-Undang Warga Emas di Parlimen pada tahun ini, adalah penting untuk kita mengambil panduan daripada bidang kuasa lain yang telah menubuhkan mekanisme untuk mempertahankan hak warga emas.

READ MORE:  Respect has no age limit: An older adult's plea for dignity

Pengalaman negara-negara seperti Singapura, India dan AS memberikan panduan berharga dalam merumuskan undang-undang yang komprehensif untuk menangani keperluan populasi yang menua.

Di Singapura, Tribunal for the Maintenance of Parents menonjol sebagai institusi yang menjadi peneraju dalam memastikan kesejahteraan ibu bapa warga emas yang tidak mampu menyara diri mereka sendiri. Melalui tribunal ini, peruntukan undang-undang memberi kuasa kepada ibu bapa untuk mendapatkan bantuan bagi memastikan anak-anak mereka memberikan sokongan kewangan kepada mereka, dan dengan itu menangani isu penting penderaan kewangan dan pengabaian warga emas.

Dengan menggabungkan peruntukan yang sama ke dalam Rang Undang-Undang Warga Emas, Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif untuk melindungi hak dan kesejahteraan populasi warga emasnya.

Demikian juga di India, Maintenance and Welfare of Parents and Senior Citizens Act 2007 merupakan kerangka undang-undang yang direka untuk menangani keperluan warga emas melalui tribunal khusus. Tribunal ini mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam kes-kes ibu bapa warga emas yang memerlukan bantuan kewangan, dengan memastikan anak-anak atau saudara-mara mereka melaksanakan kewajipan terhadap ahli keluarga yang telah tua.

Dengan memanfaatkan peruntukan undang-undang ini sebagai model, Malaysia boleh membangunkan mekanisme yang kukuh untuk menyediakan sokongan dan perlindungan menyeluruh bagi warga emasnya.

Di AS, walaupun pendekatan yang diambil berbeza, matlamat utamanya adalah untuk memastikan kesejahteraan warga emas. Mahkamah keluarga memainkan peranan penting dalam menyelesaikan kes-kes yang melibatkan sokongan kewangan untuk ibu bapa warga tua, terutamanya di negeri-negeri yang mempunyai “filial responsibility laws” (undang-undang berkaitan tanggungjawab terhadap ibu bapa).

Melalui mekanisme undang-undang ini, anak-anak yang telah dewasa boleh diwajibkan untuk memberi bantuan kewangan kepada ibu bapa mereka yang mengalami kesempitan kewangan, mencerminkan komitmen terhadap kewajipan keluarga dan sokongan antara generasi.

Selanjutnya, mediasi berfungsi sebagai kaedah penyelesaian pertikaian alternatif untuk menyelesaikan perselisihan yang melibatkan warga emas.

Mediasi menyediakan platform bagi keluarga untuk menangani perselisihan berkaitan dengan penjagaan dan kesejahteraan ibu bapa warga emas di bawah bimbingan mediator yang neutral.

Dengan memudahkan dialog dan rundingan, proses mediasi memupuk persefahaman dan mencapai penyelesaian yang bermanfaat untuk semua pihak yang terlibat.

Yang lebih penting, mediasi memberikan kuasa kepada ibu bapa warga emas untuk mengekalkan autonomi dan kebebasan mereka dalam membuat keputusan tentang kebajikan mereka.

Dengan melibatkan mereka secara aktif dalam proses mediasi, keutamaan dan keinginan mereka dipertahankan, dan ini mengekalkan maruah dan penghormatan dalam penjagaan warga emas.

Mekanisme seperti ini perlu dikaji dan dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang Warga Emas yang dicadangkan.

Dalam usaha kami untuk melaksanakan reformasi yang bermakna dan melindungi hak warga emas, Badan Peguam Malaysia, melalui human rights committee dan MyBar ageing rights advisory committee, bersiap sedia untuk memberikan kepakaran dan sokongan yang diperlukan.

Dengan komitmen yang mendalam untuk mempertahankan prinsip-prinsip hak asasi manusia dan mempromosikan keadilan bagi semua anggota masyarakat, Badan Peguam Malaysia berada pada kedudukan yang sesuai untuk berkolaborasi dengan pihak berkepentingan dalam membentuk Rang Undang-Undang Warga Emas yang dicadangkan.

Melalui kerjasama dan komitmen yang teguh terhadap hak asasi manusia, kita boleh bekerjasama untuk membina masyarakat yang menghormati dan melindungi martabat dan kesejahteraan setiap warga emas – kerana kisah hidup seperti yang dilalui oleh Zainab, sudah terlalu banyak.

Mohamad Ezri Abdul Wahab ialah yang dipertua Badan Peguam Malaysia

English version

One story is far too many: Law reforms for older people’s rights

As many of us revel in the joy of Aidilfitri, spending time with loved ones and partaking in the cherished tradition of open house, a poignant story reported by MalaysiaNow titled “Homeless Hari Raya for elderly couple thrown out by son” brings to light a stark reality often overlooked in our society.

READ MORE:  Banks must do better: The struggle of older customers and those with disabilities

The narrative unveils the plight of senior citizens in Malaysia, shedding light on the harrowing journey of individuals like Zainab and her husband, who, despite their years of toil and sacrifice, find themselves abandoned and homeless in the twilight of their lives.

In a heartfelt account published on 10 April, we encounter Zainab, a senior citizen whose life has been marked by hardship and resilience. Although life has always been a struggle, she and her husband lived a humble but normal life until circumstances led them to the unforgiving streets of Kuala Lumpur.

The article narrates their descent into homelessness, driven by familial betrayal and societal neglect, encapsulating the struggles faced by many elderly individuals in our midst.

As we reflect on the warmth of family ties and the comfort of home during festive occasions, it is imperative to confront the harsh realities faced by our senior citizens.

The reported story serves as a poignant reminder of the urgent need for legal reforms to safeguard the rights and wellbeing of Malaysia’s ageing population.

It beckons us to delve deeper into the systemic issues that perpetuate elder neglect and abandonment and to advocate for change that honours the dignity and contributions of our elders.

According to the UN Human Rights Council resolution 33/5, violence against older persons is described as “a widespread phenomenon that includes discrimination in the public sphere, linguistic and employment discrimination, lack of access, isolation, neglect, financial exploitation, physical and psychological violence and the withholding of basic needs, and physical attacks”.

In the Malaysian context, elder abuse poses a troubling social concern that is escalating as Malaysia progresses toward becoming an ageing nation by 2030.

According to findings by the Ministry of Women, Family and Community Development, a distressing total of 2,144 senior citizens were abandoned at hospitals across the nation between 2018 and June 2022. Shockingly, only 914 of these seniors were successfully reunited with their families, accounting for a mere 43% of the total.

In 2021 alone, 752 senior citizens faced abandonment, with 412 of them being placed in welfare homes. Despite efforts by social workers in hospitals to reunite them with family members, their efforts were met by resistance and rejection among family members who managed to be traced, often citing “family problems” as the primary reason for their refusal to accept their abandoned senior family members.

Furthermore, the ministry’s data indicates that only “23 cases of elder abuse were reported between 2014 and 2016”, suggesting that a significant portion of elder abuse incidents likely go unreported due to fears of abandonment or lack of avenues for reporting.

The under-reporting of abuse poses a substantial challenge for the relevant agencies and organisations to combat elder abuse effectively, as it hampers their ability to gather comprehensive data and implement targeted interventions.

With the government of Malaysia announcing it will introduce a Senior Citizens Bill in Parliament this year, it is crucial that we take guidance from other jurisdictions that have already set up mechanisms to address senior citizen rights.

READ MORE:  Still tone deaf: Six years on, Telekom Malaysia's shoddy treatment of older adults continues

The experiences of countries like Singapore, India and the US offer valuable lessons in formulating comprehensive legislation to address the needs of ageing populations.

In Singapore, the Tribunal for the Maintenance of Parents stands out as a pioneering institution dedicated to ensuring the welfare of elderly parents who are unable to support themselves. Through this tribunal, legal provisions empower parents to seek assistance in compelling their children to provide essential financial support, thereby addressing the pressing issue of elder financial abuse and neglect.

By incorporating similar provisions into its Senior Citizens Bill, Malaysia can adopt a proactive approach to protecting the rights and wellbeing of its elderly population.

Similarly, India’s Maintenance and Welfare of Parents and Senior Citizens Act, 2007 exemplifies a legislative framework designed to address the needs of senior citizens through specialised tribunals. These tribunals possess the authority to intervene in cases where elderly parents require financial assistance, ensuring that children or relatives fulfil their obligations towards their ageing family members.

By leveraging the provisions of this act as a model, Malaysia can develop robust mechanisms to provide comprehensive support and protection for its senior citizens.

In the US, although the approach may differ in structure, the overarching goal of ensuring the welfare of senior citizens remains paramount. Family courts play a crucial role in adjudicating cases involving financial support for elderly parents, particularly in states with filial responsibility laws. Through these legal mechanisms, adult children may be compelled to provide financial assistance to their financially distressed parents, reflecting a commitment to familial obligations and intergenerational support.

Furthermore, mediation serves as a notable form of alternative dispute resolution to resolve disputes involving senior citizens.

It provides a platform for families to navigate disagreements relating to the care and wellbeing of ageing parents under the guidance of a neutral, third-party mediator.

By facilitating dialogue and negotiation, the mediation process fosters understanding and reaches mutually beneficial solutions for all involved parties.

Most importantly, mediation empowers ageing parents to maintain autonomy and independence in decision-making regarding their care. By actively involving them in the mediation process, it ensures that their preferences and priorities are upheld, thereby promoting dignity and respect in elder care arrangements.

Such mechanisms should be studied and incorporated into the proposed Senior Citizens Bill.

In our endeavour to enact meaningful reform and safeguard the rights of senior citizens, the Malaysian Bar, through its human rights committee and MyBar ageing rights advisory committee, stands ready to lend its expertise and support.

With a deep commitment to upholding human rights principles and promoting justice for all members of society, the Malaysian Bar is well-positioned to collaborate with stakeholders in shaping the proposed Senior Citizens Bill.

Through collaborative action and a steadfast commitment to human rights, we can work together to build a society where the dignity and wellbeing of every senior citizen is respected and protected – because one story, like Zainab’s, is far too many.

Mohamad Ezri Abdul Wahab is president of the Malaysian Bar.

This piece is reproduced from here and has been edited for style only.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x