Home Civil Society Voices Satu lagi kematian dalam lokap polis di Kota Bharu

Satu lagi kematian dalam lokap polis di Kota Bharu

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) dimaklumkan bahawa terdapat satu lagi kes kematian dalam lokap polis di ibu pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan.

Tahanan dikatakan baru sahaja ditahan beberapa hari lalu dan dipukul dengan teruk oleh pihak polis sehingga menyebabkan kematian pada 16 November.

Edict bagaimanapun gagal mendapat kerjasama pihak polis dalam mendapatkan maklumat berkenaan kes berkenaan.

Edict sangat kecewa dengan kes-kes penderaan dan kematian dalam tahanan yang masih berlaku dengan rancak di Kelantan. Pada 12 November, Edict telah mengeluarkan kenyataan mengenai kes seorang tahanan bernama Syafriezan yang dibelasah separuh mati oleh pihak polis di ibu pejabat Polis Bachok, Kelantan. Dan empat hari kemudian, berlaku pula satu lagi kes kematian dalam lokap yang dilaporkan berlaku akibat kekerasan melampau pihak polis.

Edict berharap pihak ibu pejabat Polis Kelantan dapat mengambil langkah serius dalam membendung budaya memukul tahanan sehingga mati ini.

Kami juga menggesa pihak Bukit Aman agar mengambil langkah menyiasat para anggota yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan ini dengan adil dan saksama.

Edict juga menggesa pihak kerajaan agar menyegerakan pelaksanaan IPCMC [Independent Police Complaints and Misconduct Commission) dan bukannya IPCC [Independent Police Complaints Commission) agar kes-kes salahguna kuasa anggota polis dapat disiasat dengan bebas dan adil oleh sebuah badan yang independen. – Edict

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x