Hampir 60 kumpulan masyarakat sivil and parti politik membantah perlantikan Taib Mahmud sebagai ketua negeri Sarawak. (English version below)
English version below
Kami, yang menandatangani di bawah, menyatakan bantahan kuat kami kepada spekulasi pelantikan Taib Mahmud sebagai Ketua Negeri Sarawak (Yang di-Pertua Negeri) selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun.
Memandangkan andaian jawatan yang mulia itu akan menjadi penghinaan kepada negara, kami dengan ini menyenaraikan sebab-sebab mengapa beliau mesti dihentikan daripada berbuat demikian:
1. Rasuah dan eksploitasi yang keterlaluan
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Taib Mahmud telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri dalam 33 tahun yang lalu dengan secara keterlaluan mengeksploitasi sumber asli Sarawak untuk keuntungan peribadi. Sarawak dikatakan mempunyai kadar penebangan hutan tertinggi di Asia, dilaporkan telah kehilangan lebih daripada 90 peratus daripada hutan semulajadi untuk pembalakan.
Pentadbiran Taib juga telah membina empangan mega yang tidak wajar dari segi ekonomi dan memudaratkan alam semulajadi di seluruh negeri.
Ironinya, Sarawak tetap menjadi salah satu negeri-negeri yang paling miskin di Malaysia walaupun mengandungi pelbagai sumber semula jadi, manakala Taib telah menjadi salah seorang manusia terkaya di negara ini. Satu kajian terperinci oleh NGO Bruno Manser Fund berpangkalan di Switzerland menganggarkan kekayaan Taib berjumlah US$15bn (RM46bn) dan nilai himpunan bersih oleh 20 ahli keluarga Taib adalah hampir US$21bn (RM64bn).
Siasatan sulit yang dilakukan oleh International NGO Global Witness mengimplikasikan penglibatan Taib dalam rasuah, merampas tanah dan pengelakan cukai melalui kawalannya ke atas lesen pembalakan dan perladangan kelapa sawit di Sarawak.
2. Pelanggaran hak asasi manusia yang nyata
Pemerintahan autoritarian Taib di Sarawak telah melihat demokrasi dan hak asasi manusia yang terjejas setiap hari, hak-hak sivil dan politik ditindas dengan teruk, kebebasan media sangat terhad dan penipuan pilihan raya secara terang-terangan.
Khususnya, Taib telah melakukan pelanggaran hak asasi manusia secara besar-besaran terhadap orang asal terutamanya kepada komuniti pedalaman, walaupun dirinya menjadi anak negeri dari puak Melanau. Majoriti daripada mereka telah dinafikan pembangunan dan hidup dalam kemiskinan.
Ramai yang telah dicabut Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka dan mengalami pembunuhan budaya, dimana Taib, keluarga dan kroninya tanpa segan silu dan melampaui batas merebut tanah untuk projek mega empangan, pembalakan dan perladangan. Di kawasan beliau sendiri di Balingian, penduduk tempatan mengalami pencemaran yang serius disebabkan oleh kilang aluminium, yang operasinya diluluskan oleh Taib sendiri.
Ketua negeri harus menjadi simbol perpaduan untuk rakyat Sarawak dari semua lapisan masyarakat dan daripada pelbagai kepercayaan politik. Jelas sekali, Taib – melambangkan jurang etnik dan politik sementara itu membawa sebegitu banyak penderitaan kepada begitu ramai rakyat Sarawak – adalah benar-benar tidak layak untuk jawatan Yang Dipertua Negeri.
3. Pemerintahan dinasti
Terdapat kebimbangan yang serius bahawa, memandangkan penguasaan dinasti puak beliau ke atas negeri ini, pertukaran dari jawatan Ketua Menteri itu kepada Ketua Negeri di pihak Taib bermakna pemerintahan yang berpanjangan dan bukan bersara aktif dari politik. Ia adalah berbaloi untuk mengingatkan bahawa bapa saudara beliau Rahman Yaakob meletak jawatan sebagai Ketua Menteri untuk menjadi Ketua Negara pada tahun 1981, membolehkan bapa saudara dan anak saudara untuk menggenggam Sarawak dengan kukuh.
Hari ini, pengganti yang dipilih Taib adalah tidak lain daripada bekas abang ipar beliau sendiri, iaitu Adenan Satem, dengan peralihan yang dijadualkan pada 28 Februari 2014, bertepatan pada hari apabila penggal Ketua Negeri sekarang berakhir.
Sekiranya ini berlaku, kedua-dua bekas biras ini, yang bertanggungjawab bagi Astana Negeri dan Pejabat Ketua Menteri masing-masing, akan mempunyai kawalan penuh terhadap Sarawak, yang juga akan membayangkan bahawa Taib boleh dilindungi oleh bekas abang ipar beliau daripada penyiasatan dan pendakwaan salah laku terhadap Rakyat Sarawak.
Pada pencerahan ini, kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk bangkit dan melibatkan diri dalam menghentikan pelantikan Taib sebagai Ketua Negeri, penduduk Sarawak berhak menikmati demokrasi sebenar di mana tidak ada puak atau keluarga yang dibenarkan untuk mentadbir negeri seperti entiti dan harta peribadi.
Di samping itu, Taib mesti dipertanggungjawabkan terhadap jenayah yang dilakukan kepada Sarawak dan Rakyat Sarawak. Tempat yang sebenarnya untuk Taib Mahmud adalah di kandang tertuduh, menghadapi tuduhan rasuah, merampas tanah dan pengelakan cukai, dan bukannya di Astana Negeri .
【Satu petisyen dalam talian telah diadakan untuk membolehkan setiap individu juga menyuarakan bantahan mereka. Semua dijemput untuk klik url ini untuk membuat tandatangan dalam talian di sini.】
A national disgrace if Taib Mahmud is appointed as Sarawak’s head of state
We, the undersigned, register our strongest objection to the speculated appointment of Taib Mahmud as the Head of State (Yang di-Pertua Negeri) of Sarawak after his resignation as Chief Minister for 33 years.
Considering that his assumption of the dignified office would be a national disgrace, we hereby list out the reasons why he must be stopped from doing so:
Outrageous corruption and exploitation
Taib Mahmud has abused his power as Chief Minister over the past 33 years by outrageously exploiting Sarawak’s natural resources for personal gain. Sarawak is said to have the highest rate of deforestation in Asia, reportedly having lost more than 90 per cent of its primary forest to logging.
Taib’s administration has also been building economically unjustified and environmentally detrimental mega dams throughout the state.
Ironically, Sarawak remains one of the poorest states in Malaysia despite all her natural resources, while Taib has become one of the country’s richest men. A detailed research by Swiss-based NGO Bruno Manser Fund estimated Taib’s wealth at US$15bn (RM46bn) and the combined net worth of 20 Taib family members at close to US$21bn (RM64bn).
International NGO Global Witness’ undercover investigation implicates Taib’s involvement in corruption, land grabbing and tax evasion through his control over licences on logging and oil palm plantations in Sarawak.
2. Grave human rights violations
Taib’s authoritarian rule in Sarawak has seen democracy and human rights being undermined on a daily basis, as civil and political rights are severely repressed, media freedom heavily restricted and elections blatantly rigged.
In particular, Taib has committed mass human rights violations against the natives especially the interior communities, despite himself being a native from the Melanau group. A majority of them have been denied development and live in extreme poverty.
Many have been uprooted from their Native Customary Rights (NCR) lands and are experiencing cultural genocide as Taib, his families and cronies brazenly/wantonly grab land for mega dam projects, logging and plantations. In his own constituency in Balingian, the locals suffer from serious pollution caused by an aluminium factory, whose operation Taib had approved.
The head of state should be a symbol of unity for Sarawakians from all walks of life and of all political persuasions. Clearly, Taib – emblematic of the ethnic and political divide while having brought much suffering to so many Sarawakians — is completely unfit for the office of Yang diPertua Negeri.
3. Dynastic rule
There are serious concerns that, given his clan’s dynastic dominance over the state, a switch from the office of the Chief Minister to that of the Head of State on the part of Taib would mean an extended rule rather than retirement from active politics. It is worth reminding that his maternal uncle Rahman Yaakob stepped down as Chief Minister to become the Head of State in 1981, enabling the uncle and nephew to take a firm grip on Sarawak.
Today, Taib’s chosen successor is none other than his ex-brother-in-law, ie. Adenan Satem, with the transition scheduled for 28 February 2014, exactly the day when the current Head of State’s term ends.
Should this come to pass, the two ex-in-laws, in charge of Astana Negeri and the Chief Minister’s Office respectively, would have full control of Sarawak, which would also imply that Taib could be protected by his ex-brother-in-law from investigation and prosecution of his wrongdoings against the People of Sarawak.
In the light of all this, we call upon all Malaysians to stand up and be counted in stopping Taib’s appointment as the Head of State, for the people of Sarawak deserve a true democracy in which no one clan or family should be permitted to administer the state like a private property or entity.
Besides that, Taib must be held accountable for his crimes against Sarawak and Sarawakians. Taib Mahmud’s only rightful place is the accused’s dock facing charges of corruption, land grabbing and tax evasion, not Astana Negeri.
【An online petition has been set up to allow individuals to also voice against the purported appointment. We invite all to sign the online petition here: http://chn.ge/1cbEJuh】
Signed by:
NGOs
1 Aliran
2 All Women’s Action Society(Awam)
3 Baramkini
4 Bersih Sibu
5 Centre for Orang Asli Concerns (COAC)
6 Civil Rights Committee of The KL & Selangor Chinese Assembly Hall
7 Community Development Centre
8 Damn the Dams Action Group
9 Engage
10 Gerakan Bunga Raya
11 Hands Of Malaysians Extended (Home)
12 Himpunan Hijau
13 Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)
14 Jihad for Justice
15 Johor People’s Action Group (JPAG)
16 Johor Yellow Flame
17 Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
18 Kelab Bangsar Utama
19 Kill the Bill
20 Komas
21 LLG Cultural Development Centre
22 Malaysia Youth & Students Democratic Movement (DEMA)
23 Malaysian for Beng Hock
24 Malaysian Spring Single Mothers’Society
25 Malaysian Election Observers Network (Meo-Net)
26 Mama Bersih
27 National Indian Rights Action Team (Niat)
28 Northen Green Youth
29 Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
30 Pahang Ban Cyanide in Gold Mining Action Group (BCAC)
31 Penang Voters Awareness
32 Peoples’ Green Coalition
33 Persatuan Alumni PBTUSM KL & Selangor
34 Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
35 Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan KL
36 Persatuan Sahabat Wanita, Selangor (PSWS)
37 Pertubuhan Pembangunan Wanita Malaysia, PJ Branch
38 Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan (PSHK)
39 Radio Bangsar Utama
40 Sahabat Rakyat Working Committee
41 Save Malaysia Stop Lynas (SMSL)
42 SAVE Sarawak’s Rivers Network
43 Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
44 SEED Lemon Melaka
45 Selangor and KL Hokkien Association Youth Section
46 Sembang-sembang Forum
47 Serdang Bharu School Alumni Youth Section
48 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
49 Solidarity for Civil Rights in China (SCRC)
50 Suaram Penang
51 SUARAM
52 Sunflower Electoral Education Movement (Seed)
53 Sunflower Paper
54 The Islamic Renaissance Front
55 Writer Alliance for Media Independence (Wami)
Political Parties
1 Angkatan Muda Keadilan (AMK)
2 DAP Socialist Youth (DAPSY)
3 Dewan Pemuda Pas Malaysia(DPPM)
4 Parti Sosialis Malaysia
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme