Home Civil Society Voices Satu reformasi, dua standard? kumpulan mahasiswa desak kerajaan jelaskan nasib dua akta...

Satu reformasi, dua standard? kumpulan mahasiswa desak kerajaan jelaskan nasib dua akta lain

Adam Ali menerima memo reformasi dari aktivis mahasiswa - HARAM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kolektif Mahasiswa UiTM (KMUiTM) menyambut baik hasrat kerajaan persekutuan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), namun menuntut kerajaan menjelaskan sama ada reformasi tersebut turut melibatkan Akta Universiti Teknologi Mara 1976 dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

KMUiTM menegaskan bahawa pengumuman pemansuhan Auku sahaja tidak memadai sekiranya sekatan terhadap kebebasan mahasiswa masih dikekalkan melalui undang-undang, peraturan atau kerangka pentadbiran yang lain.

“Selagi belum dimansuhkan, selagi itu belum terbukti,” tegas KMUiTM.

Pada masa yang sama, KMUiTM mempersoalkan perubahan pendirian kerajaan berhubung masa depan Auku.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir, menyatakan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan Auku, sebaliknya mengambil pendekatan pindaan dan penambahbaikan terhadap akta tersebut.

Namun, selepas pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kerajaan kini menyatakan bahawa pemansuhan Auku telah lama dirancang.

“Jika benar telah lama dirancang, mengapa pendirian yang disampaikan kepada mahasiswa sebelum ini adalah sebaliknya?” kata KMUiTM.

KMUiTM berkata perubahan dasar bukan sesuatu yang ditolak mahasiswa, tetapi kerajaan perlu memberikan penjelasan yang jujur dan terbuka mengenai proses serta pertimbangan yang membawa kepada perubahan pendirian tersebut.

Dua akta lain juga mesti dijelaskan

Sebagai mahasiswa UiTM, KMUiTM turut menuntut penjelasan mengenai kedudukan Akta Universiti Teknologi Mara dalam agenda reformasi pendidikan tinggi kerajaan.

Persoalan yang sama turut dibangkitkan berhubung Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) yang melibatkan institusi-institusi pendidikan tertentu.

Menurut KMUiTM, jika matlamat pemansuhan Aukuk adalah untuk memperluaskan kebebasan dan demokrasi mahasiswa, maka kerajaan perlu menjelaskan sama ada prinsip yang sama akan diterapkan kepada mahasiswa yang berada di bawah kerangka perundangan berbeza.

“Jangan sekadar mansuhkan Auku tetapi mengekalkan sekatan yang sama melalui kerangka baharu,” kata KMUiTM.

READ MORE:  'Malaysian academics are cowards'?

Ukuran reformasi

KMUiTM turut menuntut kerajaan menjelaskan indikator yang akan digunakan bagi menentukan sama ada kebebasan mahasiswa benar-benar diperluaskan selepas Auku dimansuhkan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • kebebasan bersuara dan mengkritik
  • kebebasan berpersatuan dan menubuhkan organisasi mahasiswa
  • kebebasan menjalankan aktiviti dan perhimpunan
  • kebebasan mahasiswa melibatkan diri dalam politik
  • autonomi badan perwakilan mahasiswa daripada kawalan pentadbiran universiti

KMUiTM berkata kejayaan reformasi tidak seharusnya diukur berdasarkan pemansuhan atau penggantian nama sesuatu akta semata-mata.

Sebaliknya, ukuran sebenar adalah sama ada mahasiswa selepas reformasi mempunyai lebih banyak kebebasan, autonomi dan perlindungan berbanding sebelumnya.

Mahasiswa bukan alat politik

KMUiTM turut menegaskan bahawa mahasiswa tidak boleh dijadikan alat politik oleh mana-mana pihak.

Reformasi mahasiswa, katanya, mesti menghasilkan perubahan perundangan dan institusi yang berkekalan, bukannya sekadar retorik untuk mendapatkan sokongan mahasiswa.

“Kami menyambut baik pengumuman ini, tetapi kami akan menilai kerajaan berdasarkan tindakan, bukan pengumuman,” tegas KMUiTM.

KMUiTM akan terus memantau proses pemansuhan Auku serta menuntut penjelasan mengenai hala tuju Akta Universiti Teknologi Mara, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), dan kerangka perundangan baharu yang bakal menggantikannya. – Kolektif Mahasiswa UiTM

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x