
[ENGLISH VERSION BELOW] CSO Platform for Reform memuji komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada “kerajaan perpaduan” terhadap pembaharuan institusi.
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said yang telah menunjukkan kepemimpinan yang luar biasa dengan mengadakan sesi libat urus dengan pertubuhan masyarakat sivil dan pihak yang berkepentingan.
Ini merupakan sebuah permulaan yang baik kepada kerja pembaharuan yang bermula pada tahun 2018, di mana CSO Platform for Reform dan ahli-ahli masyarakat madani yang lain telah membuat sumbangan yang besar terhadap agenda reformasi dengan mengemukakan lebih 50 syor kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC). Cadangan ini merangkumi pelbagai pembaharuan dalam peringkat dasar, undang-undang, Parlimen, tadbir urus, pelantikan serta institusi.
Dalam pertemuan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul baru-baru ini, CSO Platform for Reform telah menerima sokongan beliau yang secara prinsipnya telah menerima syor kami untuk pembaharuan. Ini termasuklah penggunaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mengasingkan kuasa dan meningkatkan akauntabiliti melalui penubuhan jawatankuasa pilihan khas yang inklusif rentas parti dan akta perkhidmatan parlimen.
Speaker juga menekankan kepentingan mesyuarat yang lebih fokus antara CSO Platform for Reform dan ahli Parlimen rentas parti untuk mempromosikan sesi libat urus parlimen bersama orang awam.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kerajaan terdahulu telah gagal dalam melaksanakan pembaharuan ini dimana ia telah memberi kesan teruk kepada sistem tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan.
CSO Platform for Reform ingin menyeru kerajaan perpaduan untuk mengambil tindakan segera dan membentangkan laporan IRC kepada umum. Laporan itu berfungsi sebagai asas permulaan untuk menjadikan sistem pentadbiran kerajaan yang lebih baik dan mesti dibentangkan kepada orang awam tanpa sebarang penangguhan.
Dengan keboleh capaian kepada laporan IRC, orang awam dengan maklumat yang jelas dapat membuat keputusan untuk menyokong dan mendorong semangat pembaharuan.
Kami menggesa kerajaan untuk bertindak segera mengikut syor kami dan melaksanakan pembaharuan tanpa sebarang penangguhan lagi. Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang telus, bertanggungjawab dan responsif, dan CSO Platform for Reform akan terus menyokong agenda pembaharuan ini sehingga ia dapat direalisasikan sepenuhnya. – CSO Platform for Reform
English version
Release the Institutional Reform Committee recommendations now
The CSO Platform for Reform commends the “unity government’s” unwavering commitment to institutional reforms.
The Law Minister, Azalina Othman Said, has demonstrated remarkable leadership by convening consultations with civil society organisations (CSOs) and stakeholders.
This is a good restart to the reforms work that started in 2018, where the members of the CSO Platform for Reform and other members of the civil society made substantial contributions to the reform agenda by submitting over 50 proposals to the Institutional Reform Committee (IRC). These proposals encompassed a wide range of reforms in policies, laws, Parliament, governance, appointments and institutions.
During a recent meeting with the Speaker of the House of Representatives, Johari Abdul, the CSO Platform for Reform was pleased to receive his support in principle for our recommendations for reform. These include the use of the Public Service Commission to decentralise power and enhance accountability through the establishment of inclusive and cross-party parliamentary special select committees and the parliament services act.
The Speaker also emphasised the importance of focused meetings between the CSO Platform for Reform and cross-party MPs to promote parliamentary engagement with the public.
The previous governments’ lack of significant progress in implementing these reforms has severely affected the governance, transparency and accountability of the government.
The CSO Platform for Reform calls on the unity government to take immediate action and make the IRC report public. The report serves as the foundation for a better government and must be made available to the public without delay. With accessibility to the report, the public will be able to make informed decisions in pushing for reforms.
We implore the government to act expeditiously on our recommendations and to implement the reforms without any further delay. The people of Malaysia deserve a transparent, accountable and responsive government, and the CSO Platform for Reform will continue to advocate for these reforms until they are fully realised. – CSO Platform for Reform
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme