
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) merujuk kepada tindakan pihak peguam negara menerusi timbalan pendakwa raya yang memohon untuk menarik semula kes Zahid Hamidi berkaitan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.
Abim menggesa agar Pejabat Peguam Negara memberikan penjelasan di sebalik keputusan ini dibuat bagi mengelak seberang salah faham dan menghentikan sebarang spekulasi yang berpotensi memberi kesan terhadap persepsi masyarakat awam terhadap sistem keadilan negara.
Dalam masa sama, Abim turut menggesa iltizam untuk menstruktur semula kuasa pendakwaan dengan pengasingan kuasa antara pendakwa raya dan Pejabat Peguam Negara dapat direalisasikan dengan kadar segera bagi mengelak sebarang bayang-bayang keraguan dalam tindakan yang dibuat oleh pendakwa raya dalam pendakwaan.
Muhammad Faisal Abdul Aziz ialah presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme