Home Civil Society Voices Segerakan Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli Parlimen 2021

Segerakan Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli Parlimen 2021

45 views

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menyambut baik inisiatif Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said, menghantar notis usul bagi membentangkan Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli Parlimen 2021 dan cadangan penubuhan kaukus reformasi parlimen dan demokrasi pelbagai parti.

Rang undang-undang berkenaan mencadangkan agar pilihan raya pecat (recall elections) diperkenalkan untuk mencegah rasuah politik melalui amalan lompat parti yang mengakibatkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap ahli-ahli politik.

Cadangan-cadangan berkenaan merupakan langkah penting demi memulihkan amalan demokrasi dan memperkukuhkan institusi Parlimen yang sepatutnya meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan setelah lebih setahun negara dilanda krisis politik.

Sehubungan dengan itu, Ikram menggesa agar Yang di-Pertua Dewan Rakyat memberi pertimbangan sewajarnya dan mengutamakan usul rang undang-undang berkenaan untuk dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat yang bakal berlangsung pada bulan ini.

Untuk membawa negara ke tahap yang lebih baik, Ikram menyokong usaha-usaha yang dapat memartabatkan institusi-institusi kenegaraan yang telah dibangunkan semenjak tertubuhnya negara ini.

Ikram sentiasa bersedia untuk menghulurkan sokongan terhadap usaha-usaha memulihkan institusi-institusi berkenaan.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x