Home Civil Society Voices Sekatan tayangan dokumentari dan forum hak berhimpun di UM dikutuk

Sekatan tayangan dokumentari dan forum hak berhimpun di UM dikutuk

Tindakan anti-demokrasi dan cemarkan kebebasan akademik

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sekretariat Himpun, sebagai gabungan pemantau hak berhimpun, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan timbalan naib-canselor hal ehwal pelajar (HEP) Universiti Malaya yang menyekat penganjuran tayangan dokumentari dan forum mengenai hak berhimpun serta Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) pada 15 Jun.

Larangan ini bukan sahaja melanggar prinsip kebebasan akademik, malah membuktikan bahawa ruang demokratik terus disempitkan di bawah pentadbiran yang mengaku reformis.

Alasan “keselamatan dan ketenteraman awam” sering dijadikan alat untuk membisukan perbincangan kritis, sedangkan dialog sebegini penting untuk memupuk kesedaran sivik dalam kalangan mahasiswa.
Sekretariat Himpun menuntut:

  • Penjelasan terbuka dan rasmi daripada pihak pentadbiran UM, khususnya timbalan naib-canselor, berkenaan justifikasi sekatan ini.
  • Jaminan tiada tindakan balas terhadap penganjur (Liga Mahasiswa Malaysia) dan peserta forum
  • Komitmen UM untuk memulihara kebebasan akademik, termasuk hak mahasiswa menganjurkan wacana awam tanpa gangguan

Kami menegaskan bahawa universiti harus menjadi benteng terhadap wacana intelektual, bukan alat kawalan autoriti.

Sekatan ini mencerminkan mentaliti takut kepada suara rakyat dan bertentangan dengan semangat reformasi yang diwar-warkan kerajaan.

Sekretariat Himpun menyatakan solidariti penuh kepada Liga Mahasiswa Malaysia dan semua mahasiswa UM yang terus berani memperjuangkan hak bersuara.

Kami menyeru semua pihak, termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi, untuk menghentikan sekatan terhadap kebebasan akademik dan memastikan ruang demokrasi di kampus dipulihkan.

Perkara ini selaras komitmen kementerian dalam pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti terbaru yang memberi ruang kepada mahasiswa menjalankan aktiviti tanpa kelulusan pentadbiran universiti. – Sekretariat Himpun

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x