[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), jabatan serta agensi yang berkenaan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah hakisan pantai dan pencemaran laut yang berlaku di Tanjung Asam dekat Gertak Sanggul ketika ini.
Tinjauan CAP mendapati bahawa hakisan pantai sejak lebih setahun yang lalu ini telah menyebabkan keindahan alam semulajadi pantai tersebut dan sekitarnya berubah keadaan kerana banyak pokok yang telah tumbang dan air laut di sini semakin tercemar.
Bangsal untuk pengunjung pantai berteduh juga telah mengalami kerosakan akibat diancam hakisan dan dibadai ombak.
Sebelum ini air laut di sini bersih dan tidak berkelodak, tetapi sekarang telah tercemar. Pasir di kawasan pantai dahulunya putih bersih kini bertukar warna menjadi hitam.
Malah ancaman ombak juga semakin kuat melanda kawasan pantai tersebut dan paras air laut turut meningkat hingga ke jalan utama laluan orang ramai ke pantai berkenaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
CAP menggesa pihak kerajaan menjalankan siasatan dan kajian secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar masalah hakisan pantai ini berlaku.
CAP berpendapat, kemungkinan kejadian tersebut disebabkan oleh pelaksanaan projek tambak laut berhampiran yang menghalang arus, menyebabkan air laut berpatah balik dan membadai pantai Tanjung Asam.
CAP bimbang jika terbukti masalah ini berpunca dari pelaksanaan projek tambak laut, kesan buruk yang lebih serius ke atas alam sekitar akan berlaku pada masa akan datang jika masalah ini dibiarkan berlarutan dan gagal ditangani dengan berkesan.
CAP meminta kerajaan Pulau Pinang mendedahkan kepada umum hasil siasatan dan kajian yang dibuat tentang perkara ini, serta langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah yang berlaku. – CAP
English version
Save Tanjung Asam beach
The Consumers’ Association of Penang (CAP) urges the Penang state government, the Penang Island City Council and relevant departments and agencies to investigate and take immediate action to address the coastal erosion and marine pollution currently affecting the Tanjung Asam beach, near Gertak Sanggul.
CAP’s recent survey found that coastal erosion over the past year has altered the natural beauty of the beach and its surroundings, as many trees have toppled and the seawater has become increasingly polluted.
Shelters intended for beachgoers have also sustained damage due to the threat of erosion and the impact of crashing waves.
Previously, the seawater here was clean and clear, but it is now polluted. The sand, which was once pristine white, has turned black.
The coastal area is being battered by increasingly powerful waves. The sea level has risen to the point where water reaches the main public access road to the beach.
CAP urges the government to conduct a comprehensive investigation to identify the root cause of the coastal erosion in this area.
CAP believes the phenomenon may be linked to a nearby land reclamation project that obstructs currents, causing seawater to surge back and batter the Tanjung Asam coastline.
CAP is concerned that if this problem is proven to stem from the land reclamation project, more serious environmental consequences will arise in the future should the issue be allowed to persist without effective resolution.
CAP calls upon the Penang government to publicly disclose the findings of the investigations and studies conducted on this matter, as well as the measures being taken to address the problem. – CAP
Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang (CAP).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











