[ENGLISH VERSION BELOW] Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai Pendanaan Politik gembira dengan komitmen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk membentangkan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik sewaktu sidang Parlimen bulan Oktober nanti.
Namun, memandangkan sidang Parlimen telah diawalkan ke 7 Oktober, adalah penting bahawa perbincangan mengenai kandungan rang undang-undang ini dilakukan dengan teliti, dengan ahli-ahli Parlimen diberikan masa yang mencukupi untuk mempertimbangkan dan memberikan cadangan penambahbaikan terhadap Rang Undang-undang Pendanaan Politik.
“Amat penting untuk kita sedari bahawa keperluan dan kebimbangan setiap parti mengenai pendanaan politik adalah berbeza. Perbezaan ini harus dibincangkan secara terbuka dan diambil kira untuk memastikan RUU ini adil kepada semua parti politik. Amat penting juga untuk Ahli Parlimen diberi peluang untuk menerima nasihat dan input daripada pakar dan pemegang taruh. Contoh terkini jawatankuasa pilihan khas parlimen yang ditubuhkan untuk mempertimbangkan RUU anti-lompat parti adalah satu contoh positif dan perlu dilakukan juga untuk pendanaan politik. Memperkenalkan satu RUU sepenting ini tidak sehaurusnya dilakukan dengan terburu-buru dan pertimbangan yang melibatkan semua pihak merupakan satu keperluan”, ulas Ahmad Fadhli, pengerusi KRPPM mengenai Pendanaan Politik.
Sambung Ahmad Fadhli, “Oleh itu, KRPPM mengenai Pendanaan Politik ingin menyeru kerajaan untuk bersetuju menggubal satu RUU Pendanaan Politik yang mengambil yang terbaik daripada kedua-dua RUU yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dan KRPPM ini, berbanding tergesa-gesa membentangkan RUU oleh Jabatan Peguam Negara dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Oktober–November.”
“Draf RUU yang disediakan oleh KRPPM ini telah dikemukakan sebagai satu rang undang-undang persendirian kepada Dewan Rakyat pada 13 Julai 2022. Kami berharap beberapa aspek daripada RUU kami ini akan dipertimbangkan oleh pihak kerajaan, termasuk elemen penting berkenaan pendanaan awam untuk parti politik, malah kami bersedia untuk menyumbang kepada proses merangka perundangan yang penting ini yang akan memberi impak ketara terhadap demokrasi Malaysia,” kata Ahmad Fadhli.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Ketua pegawai eksekutif Ideas (sekretariat kepada KRPPM mengenai Pendanaan Politik) Dr Tricia Yeoh berkata, “Kami memahami bahawa Menteri Undang-Undang Dato’ Seri Wan Junaidi telah memberikan komitmen beliau untuk mengadakan rundingan dengan pertubuhan masyarakat sivil dan semua parti politik sebagai sebahagian daripada proses menggubal RUU, dan hal ini amat dialu-alukan.
“Daripada perspektif pertubuhan masyarakat sivil dan badan pemikir, kami juga percaya bahawa satu jawatankuasa pilihan khas parlimen berbilang parti merupakan kaedah terbaik untuk menjalankan semakan terhadap draf RUU kerajaan. Kami berharap untuk melihat proses ini dibawa ke sidang Parlimen yang akan datang. Akhir sekali, kami juga berharap untuk melihat ahli dan parti politik kedua-dua belah pihak menyokong penubuhan jawatankuasa pilihan khas parlimen ini.”
English version
Set up multipartisan parliamentary special select committee to conduct a comprehensive, inclusive review of Political Financing Bill
The All-Party Parliamentary Group (APPG) on Political Financing is encouraged by the commitment by the Law and Parliamentary Affairs Minister, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, to table the Political Financing Bill during the October parliamentary sitting.
However, considering that the sitting has been brought forward to 7 October, it is imperative that deliberations on the bill’s contents be done thoroughly, with MPs given sufficient time to consider and recommend improvements to the bill.
“It is important to realise that the needs and concerns of each party with regard to political financing will differ. These differences must be openly discussed and taken into consideration to ensure the bill is fair to all political parties. It is also vital that MPs are given the opportunity to receive advice and input from subject matter experts and stakeholders. The recent example of the PSSC [parliamentary special select committee) set up to deliberate the anti-hopping bill is a positive one and ought to be replicated for political financing as well. Introducing a bill as important as this should not be rushed and deliberation with all parties is a must”, stated Ahmad Fadhli, chair of the APPG on Political Financing.
Ahmad Fadhli continued: “Hence, the APPG on Political Financing would like to call on the government to agree to formulate a political financing bill that draws the best from the bill prepared by the AG [Attorney General’s] Chambers and the bill prepared by this APPG, instead of rushing through the AG Chamber’s Bill in the October-November Dewan Rakyat meeting.”
“Our APPG’s draft bill was submitted as a private member’s bill to the Dewan Rakyat on 13 July 2022. We are hopeful that some aspects from our bill will be considered by the government, including the important element on public funding of political parties, and we remain ready to contribute to the process of drafting this important legislation that will have a significant impact on Malaysia’s democracy,” said Ahmad Fadhli.
The CEO of Ideas (the secretariat to the APPG on Political Financing), Dr Tricia Yeoh, commented: “We understand that the Law Minister, Dato’ Seri Wan Junaidi, has committed to consulting both civil society and all political parties as part of the process, and this is indeed welcomed. From the civil society and think tank perspective, we also believe that a multipartisan parliamentary special select committee is the best method to achieve a thorough review of the government’s draft bill. We look forward to seeing the process brought forward in the upcoming parliamentary sitting. Finally, we also hope to see politicians and political parties across the divide supporting the formation of the PSSC.”
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme