[ENGLISH VERSION BELOW] Dunia kini berada di dalam penderitaan alam sekitar. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rakyat Malaysia supaya peka dengan situasi serius yang sedang kita hadapi dan mengambil langkah untuk memperlahankan kesan pemanasan global.
Sejak beberapa tahun lalu Malaysia mengalami turun naik cuaca yang melampau yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda akibat banjir dan tanah runtuh yang teruk, dan juga mengganggu pengeluaran makanan. Rakyat Malaysia tidak mempunyai alternatif selain menyertai komuniti global dalam mengurangkan kesan pemanasan global yang disebabkan oleh gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana yang memerangkap haba yang terpancar dari permukaan Bumi ke angkasa.
Rakyat Malaysia tidak seharusnya leka, memikirkan bahawa kenaikan paras laut yang disebabkan oleh pencairan glasier dan litupan ais hanya akan menjejaskan negara tertentu sahaja. Ia mempunyai kesan global seperti yang dapat dilihat daripada peningkatan paras laut di kebanyakan bahagian di dunia ini. Mengelakkan kawasan pantai daripada tenggelam oleh laut dengan kesan bencana memerlukan usaha global.
Pengurangan besar dalam pelepasan adalah pendekatan yang betul untuk mengurangkan dan menangguhkan pemanasan global yang diramalkan oleh saintis akan membanjiri kawasan rendah, termasuk Malaysia. Bagi mereka yang ragu-ragu terhadap kesan pemanasan global, contoh terbaik ialah Kiribati, sebuah negara di tengah Pasifik, yang dua pulaunya Abanuea dan Tebua Tarawa tenggelam sepenuhnya pada 1999.
Bagi menangani masalah iklim ini memerlukan perubahan dalam gaya hidup. Kita perlu mengurangkan penggunaan, terutamanya pengambilan daging, menggunakan pengangkutan awam dan mencegah pembaziran.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pengangkutan, sebahagian besarnya berasaskan kereta dan motosikal persendirian, menyumbang kepada 28% daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau dan industri ternakan menyumbang 19%.
Kita mestilah beralih kepada menggunakan pengangkutan awam dan makan lebih banyak makanan vegetarian.
Penggunaan tenaga kita mesti beralih daripada minyak dan gas kepada tenaga bersih. Memilih sumber tenaga lestari yang bersih seperti hidrogen, tenaga solar, kuasa angin, kuasa hidro dan kuasa gelombang adalah cara ke hadapan.
Malaysia, dalam beralih kepada tenaga lestari yang bersih, menggunakan gas asli, yang kurang mencemarkan untuk menghasilkan tenaga elektrik, sambil melihat lebih banyak pilihan yang lebih bersih.
Kerajaan perlu meningkatkan penambahbaikan sistem pengangkutan awam dan menghalang pemilikan kereta seperti apa yang dilakukan Singapura.
Baru-baru ini dilaporkan jumlah kenderaan berdaftar mencecah 36.3 juta unit setakat Oktober 2023. Hampir 24 juta daripadanya aktif dengan lesen kenderaan bermotor atau cukai jalan yang sah. Bayangkan jumlah karbon dioksida dan bahan pencemar lain yang dimuntahkan oleh kenderaan ini apabila ia digunakan.
Sementara itu, pengguna boleh mempertimbangkan untuk memasang panel solar pada bumbung mereka, mematikan peralatan elektrik apabila meninggalkan bilik, membeli peralatan elektrik yang cekap tenaga (contohnya lampu LED, penyaman udara, memasang lampu dengan pengesan gerakan yang akan padam apabila tiada sesiapa di dalam bilik) dan banyak lagi cara lain yang boleh didapati di laman sesawang Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa generasi rakyat Malaysia kini untuk membantu dalam usaha global untuk cuba menghentikan kesan negatif pemanasan global dengan mengurangkan penggunaan elektrik seberapa yang boleh agar generasi akan datang dapat terus menikmati apa yang Bumi tawarkan.
Ini adalah usaha paling kecil tetapi penting yang boleh dilakukan oleh setiap rakyat Malaysia untuk menjadikan dunia ini mampan bagi generasi akan datang.
Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
English version
It’s everyone’s responsibility to keep Malaysia from being flooded
The world is in environmental distress. The Consumers Association of Penang (CAP) calls on everyone in Malaysia to be aware of the serious situation we are facing and take steps to slow the effects of global warming.
Over the past years, Malaysia has experienced extreme weather fluctuations, resulting in the loss of lives and properties from severe floods and landslides, and disrupting food production.
People in Malaysia have no alternative but to join the global community in reducing the impact of global warming caused by greenhouse gases such as carbon dioxide and methane that trap heat radiating from the Earth’s surface into space.
The people in Malaysia should not be complacent, thinking that the rising sea level, caused by melting glaciers and ice caps, will just affect certain countries. It has a global impact, as can be seen from the rising sea levels in many parts of the world.
Preventing coastal areas from being drowned by the sea with catastrophic consequences needs a global effort.
A substantial reduction in the release is the correct approach to reduce and delay global warming, which scientists predict will flood low-lying areas, Malaysia included.
For sceptics of global warming effects, an excellent example is Kiribati, a country in central Pacific where two of its islands Abanuea and Tebua Tarawa were completely submerged in 1999.
To tackle the climate requires changes in our lifestyle. We need to cut down our consumption, particularly meat, use public transport and prevent waste.
Transport, largely based on private cars and motorcycles, contributes 28% of the total greenhouse gas emissions, and the livestock industry contributes 19%. We must shift to take public transport and eat more vegetarian food.
Our energy consumption must transition from oil and gas to clean energy. Opting for clean, sustainable energy sources such as hydrogen, solar energy, wind power, hydropower and wave power is the way forward.
Malaysia, in transitioning to clean, sustainable energy, is using natural gas, which is less polluting to produce electricity, while looking into much cleaner options.
The government should escalate the improvement of the public transport system and deter car ownership, just like what Singapore did.
It was recently reported that the number of registered vehicles reached 36.3 million as of October 2023. Almost 24 million of them are active with valid motor vehicle licenses or road taxes. Imagine the amount of carbon dioxide and other pollutants that these vehicles spew out whenever they are in use.
Meanwhile. consumers can consider installing solar panels on their roofs, switching electrical equipment off when leaving the room, purchasing energy-efficient electrical equipment (eg installing LED lighting, air-conditioners and lights with motion detectors that switch off when there is no one in the room), and many other ways that one can find in Tenaga Nasional’s website.
The Consumers Association of Penang (CAP) urges the present generation of people in Malaysia to help in the global effort to try to stop the negative impacts of global warming by reducing electricity consumption whenever possible, so that future generations can continue to enjoy what Earth has to offer.
This is the least but significant effort that everyone in Malaysia can take to make the world sustainable for future generations. – CAP
Mohideen Abdul Kader is Consumers Association of Penang (CAP) president
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme