Home Civil Society Voices Serangan ketenteraan AS ke atas Venezuela dibantah

Serangan ketenteraan AS ke atas Venezuela dibantah

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Ikram memandang serius perkembangan terkini di Amerika Latin susulan serangan ketenteraan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat ke atas Venezuela, termasuk penahanan Presiden Nicolas Maduro.

Ikram menegaskan bahawa sebarang campur tangan ketenteraan unilateral terhadap sebuah negara berdaulat adalah bercanggah dengan prinsip undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta nilai keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Kejatuhan sesebuah kerajaan melalui tekanan ketenteraan luar tanpa proses yang sah dan telus, hanya akan membuka ruang kepada ketidakstabilan, penderitaan rakyat awam dan konflik berpanjangan.

Ikram berpandangan bahawa persaingan kuasa besar dan kepentingan ekonomi tidak seharusnya dijadikan justifikasi untuk mencabul kedaulatan negara lain dan dunia tidak boleh terus menerima prinsip “yang kuat menentukan segalanya” sebagai asas hubungan antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, Ikram:

  • Mengecam sebarang bentuk pencerobohan dan penggunaan kekerasan terhadap negara berdaulat
  • Menggesa PBB dan komuniti antarabangsa memainkan peranan lebih tegas dan berprinsip dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa tanpa pilih kasih
  • Menyeru agar keselamatan dan kebajikan rakyat Venezuela diberi keutamaan, serta proses politik yang adil dan inklusif dihormati
  • Mengajak masyarakat antarabangsa untuk menilai secara kritikal kesan jangka panjang tindakan kuasa besar terhadap kestabilan global.

Ikram akan terus memantau perkembangan lanjut termasuk reaksi kuasa-kuasa besar lain seperti Rusia dan China serta implikasinya terhadap keseimbangan geopolitik dunia dan menegaskan komitmen untuk terus bersuara demi keadilan, kedaulatan negara dan keamanan sejagat.

“Tiada keamanan tanpa keadilan dan tiada keadilan tanpa prinsip.”

Badlishah Sham Baharin adalah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x