Lawyers for Liberty tegas dengan pendirian untuk kesemua warga asing dan pelarian ini dilepaskan jika ditangkap dan diberi bantuan untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 tanpa ancaman ditahan.
Langkah kerajaan yang giat menyerbu warga asing dan pelarian di Malaysia sejak dua minggu lepas dan bersambung lagi pada 11 Mei adalah tindakan yang zalim dan tidak wajar selain melanggar saranan kedua-dua badan antarabangsa World Health Organization (WHO) dan International Labour Organization (ILO).
WHO dalam kenyataan mereka baru-baru ini memuji tindakan yang diambil kerajaan Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19 tetapi menyatakan Malaysia tidak patut mengenepikan kepentingan menjaga keperluan warga asing ketika ini.
Tindakan kerajaan terhadap warga asing termasuk pekerja asing ketika Covid-19 ini telah mendapat perhatian komuniti antarabangsa, yang memburukkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.
Komuniti pekerja asing dan pelarian ini adalah antara yang paling terkesan dengan pandemik Covid-19. Ini adalah kerana mereka kehilangan pekerjaan, memandangkan ramai yang bergaji hari, sekaligus memberi impak kepada ketidakstabilan ekonomi negara.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kebajikan warga asing dan pelarian ini harus diambilkira oleh kerajaan dari aspek kemanusiaan, serta kesihatan awam.
LFL tegas dengan pendirian untuk kesemua warga asing dan pelarian ini dilepaskan jika ditangkap dan diberi bantuan untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 tanpa ancaman ditahan.
Masalah migran tidak berdokumen perlu ditangani oleh pihak berkuas secara komprehensif dan mengambilkira kegagalan serta kepincangan polisi berkenaan pengambilan pekerja asing dalam semua sektor ekonomi Malaysia.
Nurainie Haziqah Shafii adalah dari Lawyers for Liberty
11 Mei 2020
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme