
Semasa negara dilanda bencana banjir yang serius di hampir keseluruhan negara, terdapat satu insiden yang menggemparkan masyarakat berkenaan dakwaan salah laku seks anggota polis terhadap seorang tahanan wanita di balai Polis Serdang pada 18 Disember 2021.
Mengikut laporan media, seorang anggota dari unit siasatan jenayah dari balai polis tersebut telah dituduh memaksa seorang suspek wanita untuk melakukan seks oral semasa soal siasat ke atas wanita berkenaan diadakan di sebuah bilik di balai polis tersebut.
Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) ingin menegaskan bahawa dakwaan insiden salah laku seks ini telah menimbulkan keraguan samada wujud sebarang garis panduan polis dalam mengendalikan suspek-suspek wanita yang disoal siasat bagi tujuan penyiasatan kes.
Edict mengatakan insiden seperti yang dilaporkan di dalam kes terbaru ini bukanlah satu dakwaan yang terpencil dan unik yang pernah dilemparkan terhadap anggota polis. Edict mengambil maklum bahawa insiden terbaru ini adalah merupakan salah satu insiden daripada beberapa insiden yang pernah dilaporkan sebelum ini.
Edict dengan ini menuntut agar pihak ketua polis negara serta Kementerian Dalam Negeri dengan segera mengeluarkan kenyataan berkenaan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak polis agar kes-kes seperti ini tidak berulang semula di masa-masa depan. Kes-kes salah laku seks, salahguna kuasa, pengabaian tugas serta kecuaian tidak boleh dibenarkan berlaku lagi demi membina keyakinan masyarakat umum terhadap polis.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Edict pada tahap ini juga menimbulkan persoalan berkenaan semua tindakan yang telah diambil oleh polis serta Kementerian Dalam Negeri terhadap semua anggota polis yang terlibat di dalam kes-kes kematian dalam tahanan polis di mana mahkamah mendapati anggota-anggota tersebut telah berlaku cuai, mengabaikan tugas serta menyalahgunakan kuasa. Contoh-contoh kes tersebut adalah seperti di dalam kes Chandran Perumal (2021), Cheah Chin Lee (2012) dan Syed Mohd Azlan (2019).
Pada masa yang sama, Edict menyarankan kepada kerajaan Malaysia agar tidak melengahkan lagi penubuhan IPCMC [Independent Police Complaints and Misconduct Commission] seperti yang telah dicadangkan oleh suruhanjaya diraja berkenaan polis pada tahun 2005. Edict percaya hanya dengan penubuhan IPCMC tersebut keyakinan masyarakat terhadap institusi polis dapat dipulihkan. – Edict
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme