Home Civil Society Voices Siasatan kes kematian dalam tahanan: Polis tidak boleh mendahului mahkamah

Siasatan kes kematian dalam tahanan: Polis tidak boleh mendahului mahkamah

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) merujuk laporan berita di Free Malaysia Today bertarikh 18 Januari 2022 berkenaan kenyataan pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Azri Ahmad, bahawa hasil siasatan kes kematian dalam tahanan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga turut memberitahu media mengenai punca kematian mangsa tersebut tanpa melalui satu proses inkues kematian yang sepatutnya dijalankan oleh Mahkamah Koroner.

Walaupun Edict menyokong usaha penubuhan pasukan khas bagi menyiasat kes-kes kematian dalam tahanan oleh pihak Bukit Aman, namun Edict tidak bersetuju dengan beberapa tindakan polis yang mengumumkan hasil siasatan tanpa melalui satu proses inkues di Mahkamah Koroner serta menyerahkan hasil siasatan tersebut kepada Jabatan Peguam Negara.

Sebaliknya Edict menggesa pihak Bukit Aman untuk merujuk Kanun Prosedur Jenayah yang menyatakan bahawa hasil siasatan daripada pihak polis hendaklah diserahkan kepada hakim koroner agar satu siasatan inkues dapat dijalankan dan hanya Mahkamah Koroner yang boleh mengumumkan punca dan penyebab kematian seseorang tahanan.

Menurut Kanun Prosedur Jenayah, Seksyen 329(5), pegawai polis yang bertugas hendaklah menyerahkan laporan siasatan kematian dalam tahanan kepada pihak hakim koroner sebaik siasatan awal selesai dijalankan oleh pihak polis.

Justeru, tindakan unit siasatan kematian dalam tahanan Bukit Aman menyerahkan laporan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara adalah bertentangan dengan kehendak Kanun Prosedur Jenayah. Begitu juga dengan tindakan polis yang mengumumkan punca kematian tahanan: hal ini adalah bertentangan dengan Seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah, dimana hanya Mahkamah Koroner yang boleh memberikan punca kematian seseorang tahanan selepas satu proses inkues dijalankan.

Oleh yang demikian, kami di Edict berharap pihak polis Bukit Aman dapat memperbetulkan tindakan dalam hal ini supaya segala tindakan yang diambil adalah berlandaskan kedaulatan undang-undang. – Edict

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x