
Kenyataan akhbar ini merupakan respon mengenai pelantikan wakil rakyat Arau, Shahidan Kassim, sebagai anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial.
Sisters in Islam (SIS) membantah keras pelantikan wakil rakyat Arau, Shahidan Kassim, sebagai anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial.
Bantahan ini adalah berdasarkan pendakwaan yang dikenakan terhadap Shahidan yang telah dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 pada 2018 kerana telah mencabul kanak-kanak perempuan yang berusia 15 tahun.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial mempunyai tanggungjawab yang berat untuk melindungi golongan wanita dan kanak-kanak dengan mengkaji semula undang-undang yang berdasarkan keganasan yang berdasarkan gender dan penderaan kanak-kanak.
Menurut wakil rakyat Lanang, Alice Lau, pada mulanya, Shahidan adalah salah satu daripada dua orang ahli parlimen yang telah membantah dan menolak penubuhan jawatankuasa khas ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Walaupun tuduhan terhadap Shahidan telah digugurkan oleh Mahkamah Sesyen Kangar pada tahun 2019 kerana keluarga mangsa enggan meneruskan kes dan telah menarik balik kes tersebut, namun ini menimbulkan persoalan mengenai kredibiliti beliau untuk memegang tempat dalam jawatankuasa yang tertumpu kepada perlindungan, hak serta hal-ehwal wanita dan kanak-kanak, sebuah jawatankuasa yang tidak disokong beliau dari awal lagi.
Selain Sisters in Islam, lebih 90 buah organisasi wanita, kanak-kanak dan NGO-NGO serta individu-indiviu yang lain turut membantah pelantikan ini.
Mereka yang terlibat dalam pelantikan anggota jawatankuasa ini mesti mengambil kira tindakbalas yang ditunjukkan oleh rakyat dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang lain mengenai pelantikan awal Shahidan.
Respon yang ditunjukkan membuktikan bahawa kesalahan pelantikan ini merupakan sesuatu yang amat serius dan tidak harus dipandang remeh.
Kenyataan Shahidan untuk menarik diri dari jawatankuasa ini adalah tindakan yang tepat.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme