Home Civil Society Voices Skandal kapal LCS: Heret yang terlibat ke muka pengadilan

Skandal kapal LCS: Heret yang terlibat ke muka pengadilan

Parliament's Public Accounts Committee report on the littoral combat ships procurement scandal

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pertubuhan Ikram Malaysia amat kesal dan kecewa dengan dakwaan skandal penyelewengan dan salah laku dalam urus niaga pembelian kapal tempur pesisir (LCS) yang bernilai RM9bn yang didedahkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Ikram mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PAC yang telah melaksanakan tugas dengan teliti dan berintegriti.

PAC mendedahkan bahawa kerajaan Malaysia telah membayar RM6bn untuk pembelian tersebut, namun tiada satu pun kapal LCS yang siap sejak 2013. Perkara ini sama sekali tidak boleh diterima dan memerlukan tindakan segera oleh kerajaan.

Oleh itu, Ikram mendesak agar mereka yang terlibat dalam skandal ini disiasat segera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ikram juga menggesa supaya mereka yang bertanggungjawab dalam penyelewengan ini diheret ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang berat kerana telah menyebabkan ketirisan wang negara yang amat besar.

Kepimpinan berwibawa di negara ini dilihat semakin terhakis akibat hilangnya kompetensi dan integriti dalam menguruskan wang rakyat, apabila satu demi satu skandal kewangan kerajaan terdedah.

Ikram ingin menegaskan bahawa kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa adalah syarat kritikal untuk negara berada di landasan yang betul.

Skandal penyelewengan kewangan dan rasuah dalam sebarang projek kerajaan perlu disiasat dengan terperinci dan dibanteras hingga ke akar umbi bagi mengelakkan ketirisan besar wang negara pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Ikram menyeru agar rakyat Malaysia memilih pemimpin yang benar-benar kompeten, berintegriti dan berwibawa dalam pilihan raya umum yang akan datang, supaya negara dapat ditadbir dengan berkesan bagi memacu kemajuan dan kemakmuran.

Ikram juga menyeru agar rakyat menggunakan suara rakyat untuk menolak salah guna kuasa yang berlaku di tanah air kita yang tercinta dan teguh bersama-sama menolak ketirisan dan rasuah.

READ MORE:  When gifts become crimes: From minister to inmate in Singapore

Pada masa yang sama, Ikram menggesa agar semua projek utama negara yang melibatkan dana awam dipantau dengan segera dan ketat oleh jawatankuasa yang profesional dan bebas dari pengaruh politik, dengan berpandukan kepada amalan-amalan terbaik pengurusan.

Sebarang permasalahan yang dialami hendaklah ditangani dengan segera, sebelum ia membawa lebih banyak mudarat kepada negara.

Ikram juga menggesa agar semua ahli Dewan Rakyat meningkatkan tahap pemantauan terhadap projek-projek kerajaan dan memastikan pertanggungjawaban berlaku.

Badlishah Sham Baharin ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x