Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dev Kumar, dalam satu wawancara bersama Utusan Malaysia pada 16 Februari, jenayah gangsterisme kini berada di satu tahap yang membimbangkan.
Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) ingin menyatakan sokongan ke atas pihak polis dalam membanteras jenayah gangsterisme ini.
Dalam masa sama, Edict ingin mengajak pihak polis agar kembali merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengenai kewujudan kartel jenayah dalam polis.
Peperangan ke atas kumpulan kongsi gelap dan samseng ini telah lama dimulakan oleh polis namun kewujudan kumpulan ini masih berleluasa dan kini semakin membimbangkan. Mengapakah masalah ini berlaku dan terus menjadi-jadi?
Ketua polis dalam satu wawancara bersama Utusan Malaysia pada 1 Januari lalu telah memberitahu bahawa wujudnya satu kumpulan kartel dalam kalangan anggota polis yang bersepakat dengan para penjenayah bagi memastikan mereka bebas melakukan aktiviti jenayah mereka.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bagi kami di Edict, pihak polis perlu juga fokus kepada permasalahan ini dalam usaha melawan dan menghapuskan gangsterisma.
Gangsterisme adalah barah yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara. Justeru, ketegasan pihak berkuasa adalah amat penting dalam melenyapkan kumpulan ini. Rasuah dan penyelewengan kuasa adalah antara punca mengapa ini semua terjadi.
Kami di Edict yakin sekiranya kumpulan kartel dalam polis yang disebut oleh ketua polis ini dapat dihapuskan, maka gangsterisme di negara kita ini juga akan menjadi lemah serta mudah dibanteras. – Edict, 17 Febuari 2021
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme