Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berdiri teguh bersama aktivis masyarakat sivil yang sedang menghadapi intimidasi kerana kebebasan bersuara dan berekspresi.
Pada 18 Disember, pihak Polis Pulau Pinang telah melakukan intimidasi terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menganjurkan pameran bertajuk Ruang Khas di George Town. Pameran ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam terhadap penyalahgunaan kuasa polis.
Selain daripada intimidasi pihak Polis Pulau Pinang terhadap ruang pameran oleh Suaram, pelukis grafik Fahmi Reza juga telah dipanggil oleh pihak Polis Bukit Aman untuk disoal siasat di bawah Akta Hasutan kerana lukisan satira beliau pada 19 Disember.
Intimidasi dan siasatan terhadap para aktivis ini menunjukkan bahawa ruang sivil rakyat semakin hari semakin ditekan dan disempitkan oleh para penguasa.
Adakah ini semangat reformasi dan kebebasan yang dilaungkan oleh kerajaan “Madani”? Adakah rakyat kini sudah tidak boleh berkarya dan menjadi kritikal terhadap kerajaan?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kerajaan Madani jangan pernah lupa bahawa rakyat yang menaikkan mereka ke puncak kekuasaan, dan rakyat juga boleh merenggut semula kekuasaan itu. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme