Home Civil Society Voices Solidariti tertinggi buat keluarga arwah Zara Qairina

Solidariti tertinggi buat keluarga arwah Zara Qairina

Suara Mahasiswa UMS mendesak siasatan jujur dan reformasi bersepadu terhadap isu buli

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Suara Mahasiswa UMS merakamkan rasa simpati dan solidariti tingkat tertinggi kepada keluarga arwah Zara Qairina Mahathir, 13, yang [dipercayai] telah menjadi mangsa buli tragis sehingga membawa kepada kehilangan nyawanya yang tidak ternilai di SMK Agama Tun Datu Mustapha, Papar.

Kejadian ini bukan sahaja meninggalkan duka yang serius kepada keluarga, malah menjadi indikasi jelas akan permasalahan serius buli dalam institusi pendidikan kita yang memerlukan perhatian dan tindakan segera.

Kami menggesa:

  • Siasatan jujur dan menyeluruh oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab agar kebenaran dapat didedahkan tanpa sebarang campur tangan, demi keadilan untuk arwah Zara dan keluarganya
  • Reformasi sistem pendidikan berasrama agar lebih berkesan dalam menangani isu buli, termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), perlindungan pengadu dan pemberi maklumat serta program pendidikan kesedaran buli yang menyeluruh.

Kepada keluarga Zara Qairina, kami bersolidarti dan berdoa agar kalian diberi ketabahan menghadapi dugaan ini.

Suara Mahasiswa UMS akan terus memantau perkembangan kes ini dan memberi sokongan moral serta advokasi terhadap perubahan sistemik dalam pendidikan. – Suara Mahasiswa UMS/Facebook

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x