Home Civil Society Voices Solidariti untuk Shakila: Tolak ugutan dan intimidasi

Solidariti untuk Shakila: Tolak ugutan dan intimidasi

PATRIZIA KRAMER/FLICKR

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sekretariat Solidariti Rakyat mengecam ugutan, ancaman serta gangguan berbentuk seksual daripada pihak yang tidak bertanggungjawab ke alas aktivis anak muda.

Pihak Sekretariat telah dimaklumkan tentang ancaman keselamatan dan gangguan berbentuk seksualke atas Shakila Zen. Beliau merupakan seorang aktivis alam sekitar yang giat melawan pemusnahan alam terutama hutan dan penambakan pantai.

Pada 30 Ogos 2021, Shakila telah menerima satu bungkusan daripada individu tidak dikenali mengandungi surat ugutan untuk disimbah asid serta satu replika tangan yang dipotong berlumuran darah.

Pada hari berikutnya, 31 Ogos 2021, beliau telah menerima satu pesanan teks di aplikasi WhatsApp yang berbaur seksual beserta dengan gambar tentang satu sebaran poster yang tidak senonoh mengandungimaklumat peribadi beliau.

Dua laporan polis berkenaan dengan kejadian tersebut telah pun dibuat oleh Shakila pada 30 Ogos dan 31 Ogos 2021 di ibu pejabat Polis Klang Utara.

Shakila berpendapat gangguan dan ancaman ini adalah berikutan dengan video ulasan beliau berkenaan himpunan #Lawan pada 31 Julai yang tular di aplikasi TikTok.

Walaupun beliau bukanlah sebahagian daripada Sekretariat namun tindakan mengugut, mengancam dan gangguan berbaur seksual ini adalah tindakan yang melampau sama sekali dan tidak boleh diterima.

Taktik ugutan dengan tujuan menakut-nakutkan mereka yang bersuara adalah satu perbuatan jenayah, dan gangguan seksual yang disasarkan kepada aktivis wanita terutamanya harus dikecam oleh semua pihak.

Kami memandang serius perkara ini dan ianya boleh menjadi satu budaya kebiasaan yang merbahaya seklranya terus dibiarkan.

Solidariti kami untuk Shakila Zen yang terus tekal melawan sistem yang tidak adil dan para pemimpin yang korup. – Sekretariat Solidariti Rakyat

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x