Home Civil Society Voices SPRM harus bebas dan responsif isu rakyat

SPRM harus bebas dan responsif isu rakyat

MACC chief commissioner Azam Baki

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sekalipun Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) telah tampil memperjelaskan kemelut kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ia sebenarnya mendedahkan jawapan yang mengundang lebih banyak persoalan kepada rakyat.

Kelemahan siasatan LPPR telah menimbulkan persepsi bahawa SPRM gagal berfungsi secara bebas.

Oleh itu, #RasuahBusters bersama rakyat mendesak agar badan tersebut lebih telus dalam memperincikan dan melanjutkan siasatan terhadap kenyataannya berkaitan isu membabitkan ketua pesuruhjayanya Azam Baki.

#RasuahBusters menegaskan bahawa kontroversi peribadi tersebut langsung tidak menyumbang kepada pemulihan institusi yang reputasinya sedang begitu teruk terjejas akibat salah laku para pegawainya pada waktu ini.

Antara enam Tuntutan #RasuahBusters pada September lalu adalah SPRM harus  bertindak sebagai institusi berintegiriti yang bebas dan telus.

Dalam rangka menuju ke arah ini, SPRM sendiri perlu mempamerkan kredibiliti yang tinggi dalam membuktikan tadbir urus internal yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang menganggu gugat sistem keadilan.

Rakyat ingin melihat wibawa moral SPRM sebagai badan yang berakauntabiliti dan boleh diharap bertindak segera untuk mencegah, mendakwa dan mendidik masyarakat. Sebarang risiko yang menjadi penghalang kepada usaha mengembalikan integriti SPRM sebagai badan yang bebas wajar dikekang.

Justeru #RasuahBusters mengulangi bahawa Azam harus bertanggungjawab terhadap institusi ini dengan berehat bagi membuka ruang agar institusi tersebut mampu fokus kepada usaha pemulihan di samping usaha restorasi maruah dan kebenaran mana-mana individu atau institusi tetap boleh diteruskan dengan laporan dibuat kepada pihak berkuasa melalui saluran undang-undang yang sedia ada.

Perdana menteri dan Parlimen turut bertanggungjawab mengembalikan kepercayaan rakyat kepada SPRM. Manakala rakyat sebagai kumpulan pendesak perlu sedar bahawa sebarang “slanderous statements” terhadap insitusi awam boleh memprejudiskan sebarang tindakan untuk membawa pesalah ke muka pengadilan. Maka setiap dakwaan dan tindakan memerlukan verifikasi serta bukti yang tepat

READ MORE:  High-handed: MACC chief's outright dismissal without any inquiry of two lawyers' complaint over their arrest

#RasuahBusters tidak akan bertoleransi dengan tingkahlaku rasuah dan salah guna kedudukan yang mewujudkan apa jua potensi konflik kepentingan dan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap badan yang seharusnya melindungi kepentingan rakyat dan pemegang taruh. SPRM harus bebas, sebagai badan profesional yang dihormati. Isu peribadi tidak wajar mengatasi kepentingan ini.

Konflik ini tidak harus ditangani secara emosi. Kuasa ditangan kita adalah amanah besar agar seluruh ekosistem negara ini ditadbir secara jujur dan telus. Kestabilan sistem inilah yang ingin kita pulih dan sejajarkan bersama perjuangan membangun budaya moral bersama #RasuahBusters agar negara ini bersih daripada belenggu rasuah dan kekal harmoni.

#NilaiMoralKarakterBangsa

Nurhayati Nordin ialah ketua sekretariat #RasuahBusters

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x