Home Civil Society Voices Hentikan proses pembentangan Rang Undang-undang Kualiti Benih Tanaman, NGO gesa kerajaan (Malay/English)

Hentikan proses pembentangan Rang Undang-undang Kualiti Benih Tanaman, NGO gesa kerajaan (Malay/English)

Volunteers helping out at a farm in Bangsar - BENEDICT LOPEZ

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami organisasi-organisasi petani dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil, dengan ini menggesa kerajaan agar memberhentikan proses pembentangan Rang Undang-undang Kualiti Benih Tanaman di Parlimen.

Ini berikutan ketiadaan proses konsultasi yang telus dan menyeluruh dengan semua pihak berkepentingan, khususnya petani-petani kecil dan sederhana dan organisasi-organisasi bukan kerajaan yang berkaitan pertanian dan alam sekitar.

Menteri pertanian dan keterjaminan makanan, melalui sesi soal jawab kamar khas parlimen pada 18 November, menyatakan bahawa Jabatan Pertanian telah menjalankan satu siri taklimat dan telah melaksanakan analisis impak peraturan berkenaan Rang Undang-undang Kualiti Benih Tanaman di mana setiap individu yang memproses dan mengedar benih akan diwajibkan memohon lesen.

Menurut beliau lagi, penyata impak peraturan (regulatory impact statement) bagi rang undang-undang tersebut telah dikeluarkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 22 Jun 2018.

Kami ingin menegaskan bahawa penilaian impak peraturan ini dikeluarkan tanpa pematuhan proses yang ditetapkan untuk penyata impak peraturan. Perundingan yang pertama bersama kami dibuat pada tahun 2019. Setahu kami, tiada langsung perundingan dengan petani dan orang ramai dibuat sebelum penyata ini dikeluarkan pada tahun 2018.

Proses penyata impak peraturan yang dikatakan telah dibuat adalah sangat tidak teratur dan tidak boleh dipercayai untuk menyokong sebarang pelaksanaan rang undang-undang.

Bahkan, cadangan penggubalan akta benih tanaman ini hanya diumumkan oleh ketua setiausaha Kementerian Pertanian pada 16 September 2018.

Kami mendapati bahawa ada kumpulan petani tertentu yang tidak dirujuk sama sekali.

Bagaimanakah penyata impak peraturan boleh disiapkan sebelum pemberitahuan awam dibuat? Oleh itu, penilaian impak peraturan baharu mesti dijalankan.

Sejak pengumuman cadangan rang undang-undang ini, Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) telah berjumpa dengan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian sebanyak tiga kali – sekali pada 2019 dan dua kali pada 2024.

Kami hadir ke sesi-sesi ini atas desakan pertemuan dari pihak kami sendiri pada 2019 dan jemputan dari pihak ketiga pada 2024. Tiada usaha dari Jabatan Pertanian  sendiri  untuk  menganjurkan  sesi  konsultasi  bersama  kami. 

Dalam perjumpaan pertama FKMM dengan Jabatan Pertanian pada tahun 2019, kami telah diberikan beberapa butiran berkenaan rang undang-undang tetapi tidak dibenarkan melihat teksnya.

Butiran yang diberikan kepada kami menimbulkan kebimbangan yang sangat serius kerana kami diberitahu bahawa setiap individu yang memproses, mengedar, berkongsi dan menjual benih tanaman wajib memiliki lesen. Untuk itu, sampel benih tanaman mesti dihantar ke makmal untuk ujian, dan kesalahan tidak memiliki lesen adalah denda RM100,000-200,000 dan tiga tahun penjara.

Pada tahun 2024, wakil pihak kami telah hadir ke dua lagi sesi konsultasi. Sesi yang dijalankan adalah terlalu umum dan tidak memperincikan rang undang-undang tersebut, seperti kesan ke atas amalan berkongsi dan menjual benih secara kecil-kecilan, keperluan menghantar benih ke makmal untuk ujian, serta apakah denda atau hukuman kepada mereka yang tidak berlesen.

Objektif rang undang-undang ini iaitu untuk mengelakkan pembeli benih daripada tertipu adalah dipuji. Namun dengan mewajibkan pelesenan dan notifikasi kepada Jabatan Pertanian kepada semua individu yang menyimpan dan mengedar benih termasuk petani kecil, ia adalah satu perbuatan yang berlebihan dan hanya akan menguatkan lagi monopoli pihak korporat terhadap benih tanaman.

Amalan tradisi petani kecil menyimpan, berkongsi, dan menjual benih secara kecil-kecilan kepada ahli keluarga dan rakan- rakan adalah sangat penting untuk kepelbagaian agro-biodiversiti dan menjamin sara diri petani tersebut.

READ MORE:  Petani Bukan Pemalas (2020): Malaysian human rights documentary

Kami percaya bahawa objektif rang undang-undang tersebut dapat dicapai melalui undang-undang sedia ada, dan perlu termasuk dalam proses perundingan dengan petani dan orang ramai.

Kami ingin menekankan beberapa kebimbangan utama yang telah disuarakan oleh petani dan ramai kumpulan-kumpulan masyarakat sivil mengenai Rang Undang-undang Kualiti Benih Tanaman ini:

  • Menyekat hak tradisi petani untuk bebas berkongsi dan menjual benih tanaman sesama keluarga, rakan-rakan, dan orang awam, kerana pelesenan merupakan satu bentuk kawalan daripada kerajaan. Ini bercanggah dengan hak petani (farmers’ rights) di bawah undang-undang antarabangsa
  • Kemungkinan peningkatan kos yang besar kepada petani untuk bayaran lesen dan ujian makmal pada masa hadapan. Meskipun ujian makmal kini boleh dibuat secara percuma di makmal milik kerajaan, bayaran pasti akan dikenakan di masa hadapan oleh kerajaan atau swasta apabila jumlah sampel meningkat
  • Peningkatan monopoli syarikat kerana syarikat lebih berkemampuan menampung kos pelesenan dan pengurusan berkaitan, berbanding individu
  • Kesan negatif terhadap agrobiodiversiti tanaman kerana melalui pelesenan, benih-benih komersial yang lebih popular atau menguntungkan akan diutamakan
  • Hukuman denda dan penjara yang keterlaluan terhadap petani dan orang awam, seolah-olah mereka melakukan kesalahan serius – ini juga bercanggah dengan hak petani (farmers’ rights) di bawah undang-undang antarabangsa

Oleh itu, kami dengan tegas mendesak kerajaan untuk menghentikan usaha membentangkan rang undang-undang ini di Parlimen dan mengadakan sesi konsultasi yang telus dan menyeluruh bersama petani dan pihak berkepentingan lain.

Transparensi dan keterlibatan semua pihak dalam proses ini adalah penting untuk memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk petani dan orang awam yang akan terkesan dengan rang undang-undang ini. – FKMM

English version

Stop tabling of Plant Seed Quality Bill, groups urge government

We, the farmers’ organisations and civil society groups below, urge the government to stop the process of tabling the Plant Seed Quality Bill in the Parliament, following the absence of a transparent process and comprehensive consultation with all interest groups, particularly small and medium-scale farmers and NGOs working on agriculture and environment issues.

The agriculture and food security minister, through a question-and-answer session in the special chamber of Parliament on 18 November, said the Department of Agriculture (DoA) has conducted a series of briefings and has carried out a regulatory impact analysis of the bill, which requires every individual who processes and distributes seeds to apply for a licence.

According to the minister, the regulatory impact statement for the bill was released by the Malaysian Productivity Corporation (MPC) on 22 June 2018.

We would like to emphasise that this regulatory impact analysis was issued without complying with the established process for a regulatory impact statement. The first consultation with some of us was conducted in 2019. As far as we know, there was no consultation with farmers and the public before the statement was released in 2018. The process was conducted in an irregular manner and is thus unreliable to support any introduction of the bill.

In fact, the drafting of the proposed bill was only announced by the secretary general of the Ministry of Agriculture on 16 September 2018. We found that certain groups of farmers were not even consulted at all.

READ MORE:  Petani Bukan Pemalas (2020): Malaysian human rights documentary

How can the regulatory impact statement be completed before public notification was made? Therefore, a proper impact assessment of the proposed new law must be carried out.

Since the announcement of the proposed bill, the Malaysia Food Security and Sovereignty Forum (FKMM) has met DoA officers three times – once in 2019 and twice in 2024. We had requested the meeting in 2019 while we received an invitation from a third party for the session in 2024. The DoA itself did not take any effort to hold a consultation session with us.

In the first meeting of the FKMM with the DoA in 2019, we were provided some details of the bill but were not allowed to see the text of the bill. The information provided to us then raised very serious concerns because we were told that every individual who processes, distributes, shares and sells plant seeds is required have a licence. As such, a sample of the plant seed concerned must be sent to a laboratory for testing. The offence of not having a licence is a fine of up to RM100,000-200,000 and three years’ imprisonment.

In 2024, our representatives attended two more consultation sessions. These sessions were too general and did not provide details of the bill, such as the impact on the practice of sharing and selling seeds on a small scale, the requirement to send seeds to the laboratory for testing, and details of the fines or punishment imposed on those who do not have a licence.

The objective of this bill – to prevent seed buyers from being deceived – is welcomed.

However, requiring licensing and notification to the DoA by all individuals who store and distribute seeds, including small farmers, is an excessive act and will only strengthen the monopoly of seed companies.

The traditional practices of small farmers in saving, sharing and selling seeds on a small scale to family members and friends are very important for agro-biodiversity and the livelihoods of farmers.

We believe the objectives of the bill can be achieved through existing laws and must include consultation with farmers and the public.

We would like to stress some of the main concerns that have been voiced by farmers and many civil society groups regarding the proposed bill. It will:

  • Restrict the traditional rights of farmers to freely share and sell seeds among family, friends and the public, because licensing is a form of government control and conflicts with farmers’ rights under international law
  • Possible increase cost to farmers due to licence fees and laboratory tests in the future. Although at present the laboratory tests may be free of charge in a government-owned laboratory, payment will definitely be imposed in the future by the government or private laboratories when the number of samples increases
  • Increase the monopoly of companies because companies are more capable to cover related licensing and management costs, rather than individuals
  • Result in negative effects on agro-biodiversity because, through licensing, the more popular or profitable commercial seeds will be prioritised
  • Lead to exorbitant fines and prison sentences being imposed on farmers and the public, as if they had committed a serious offence. This contradicts farmers’ rights under international law
READ MORE:  Petani Bukan Pemalas (2020): Malaysian human rights documentary

Therefore, we strongly urge the government to stop tabling this bill in Parliament and to conduct transparent and comprehensive consultation sessions with farmers and other interest groups. Transparency and the involvement of all parties in this process is important to ensure justice for all parties, including farmers and the public, who will be affected by the Plant Seed Quality Act.

  1. A Little Wild Farm
  2. Agora Society Malaysia
  3. Al Ard Green Farm
  4. ALAM Selangor
  5. Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
  6. Aman D Kebun
  7. Ansara Balik Pulau
  8. ARL Environment
  9. Ayam Lepas Lenggeng (Lepas Bebas Enterprise)
  10. Blue Oasis (M) Sdn Bhd
  11. Borneo Komrad
  12. Borneo Natural Farm
  13. Cahaya Nursery
  14. Carbon Xchange (Sarawak) Sdn. Bhd.
  15. Centre for Environment, Technology and Development, Malaysia (CETDEM)
  16. Consumers’ Association of Penang (CAP)
  17. Consumer Choice Center
  18. Coral Triangle Initiative Women Leaders Forum
  19. Ctmai Nursery
  20. Diribumi Ecological Services
  21. Ecocentric Transitions
  22. Ecopro Training Centre
  23. EES Biotech Sdn Bhd
  24. Ekar Lui Enterprise
  25. Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM)
  26. Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (Macsa)
  27. Grass Malaysia
  28. Greenpeace Malaysia
  29. Guar Perahu Herbal Valley
  30. Guardians of Nature’s Retreat
  31. HuTani Services
  32. Igrobiz Enterprise
  33. Institut Masa Depan Malaysia (Masa)
  34. Jaringan Ekologi Dan Iklim (Jedi)
  35. Jerami Utara Center Enterprise
  36. Jinko Vanilla Agroforestry Farm
  37. Justlife Group Sdn Bhd
  38. Jungle School Gombak Malaysia
  39. Kami
  40. Kebun Komuniti Janda Baik
  41. Kebun Rakyat Tangkak
  42. kebunbandar.com
  43. Kebunsua
  44. Kokoriu
  45. Komuniti AgroMadani
  46. Komuniti OA Bukit Lagong
  47. Komuniti Pondok Sukun (Kompos)
  48. Komuniti Taman Sri Bidor KRT
  49. Koperasi Agro Organik Johor Bhd
  50. Koperasi Pekerja Justlife Selangor Berhad
  51. Koperasi Kongsi Selangor Berhad (Kongsi Koop)
  52. Koperasi Petani Pulau Pinang Berhad
  53. Kuching Jadam Group
  54. Kuching Seed Swap
  55. Klima Action Malaysia (Kamy)
  56. Laman Organik Firdaus
  57. Liga Rakyat Demokratik
  58. LR Worldwide
  59. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)
  60. Malaysia Demeter Association
  61. MY Tropical Services
  62. Natsac enterprise
  63. Nature Resource Solutions
  64. Parti Sosialis Malaysia
  65. Persatuan Agroekologi Malaysia (Sri-Mas)
  66. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa)
  67. Persatuan Go Go Green
  68. Persatuan Pekebun Sayur Pulau Pinang
  69. Persatuan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Sarawak (Pelihara)
  70. Persatuan Penanam Buluh Sarawak
  71. Persatuan Permakultur Malaysia
  72. Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur-Sayuran Malaysia
  73. Pertubuhan Ilmu Generasi Aspirasi
  74. Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa dan Penyelidikan Untuk Kelestarian (Idris)
  75. Pertubuhan Pencinta Eco Alam Malaysia
  76. Pertubuhan Penggerak Komuniti Kg. Tampasak, Penampang
  77. Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia (Penggerak Malaysia)
  78. Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah)
  79. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (Susden Malaysia)
  80. Plants for Plastic
  81. Pmu Cerondah
  82. Pusat Penyelidikan & Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra)
  83. Quin Terra PLT
  84. Rakan Membangun Masyarakat
  85. Rasa Sayang Permaculture Estate
  86. Rasamasa MY
  87. Raw Nature Sdn Bhd
  88. Rumah Dusun Mamaya
  89. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  90. Sahabat Ekologi Perak
  91. Salloma Nursery & Landscape Sdn Bhd
  92. Soilogy
  93. Syarikat Followliu Maju
  94. Save Malaysia Stop Lynas
  95. Taman Sara Resources
  96. Terrajiwa Enterprise
  97. The Hope Village
  98. The International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (Wafiq)
  99. The Reading Room & Cafe
  100. Third World Network (TWN)
  101. Ubi organisation
  102. Umany
  103. Urban Hijau
  104. Venture Agro
  105. Warisan Agro Supplies
  106. WAU Farm
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x