Bersih menyatakan solidariti penuh bersama rakyat dan mahasiswa Indonesia yang ditindas ketika menggunakan hak demokratik mereka untuk berdemonstrasi sepanjang minggu ini.
Kami mengecam tegas penangkapan beramai-ramai 600 aktivis dan mahasiswa termasuk kanak-kanak bawah umur; penggunaan meriam air, gas pemedih mata dan kekasaran pihak berkuasa Indonesia terhadap para demonstran; sehingga dilaporkan kematian tragis seorang rakyat tidak bersalah akibat kenderaan taktikal pihak berkuasa Indonesia.
Penggunaan kekerasan terhadap para demonstran oleh aparatus pemerintah Indonesia jelas melanggar hak rakyat Indonesia dan hak asasi manusia, dan mesti dihentikan. Bersih menyeru kerajaan Indonesia untuk menghormati hak demokratik untuk rakyat Indonesia berhimpun dan bersuara. –
Kami berdiri teguh bersama rakyat Indonesia dalam perjuangan mereka menuntut ketelusan dan akauntabiliti terhadap pentadbiran Presiden Prabowo.
Suara rakyat Indonesia mesti didengari. Penindasan mereka ibarat penindasan terhadap kita semua. Satu tertindas, seluruh nusantara perlu bangun bersama. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

