[ENGLISH VERSION BELOW] Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menzahirkan kebimbangan terhadap perkembangan terkini berkaitan kes pendakwaan yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) yang telah menimbulkan keresahan awam mengenai tahap perlindungan hak kanak-kanak di Malaysia.
Suhakam maklum bahawa lebih daripada 400 orang kanak-kanak, termasuk bayi, telah diselamatkan daripada rumah jagaan yang dikendalikan oleh GISB selepas tindakan penguatkuasaan bersepadu dijalankan pada penghujung tahun 2024.
Dakwaan berhubung penderaan fizikal dan pengabaian, serta perlakuan jenayah seksual, di samping laporan mengenai eksploitasi ekonomi terhadap kanak-kanak adalah pelanggaran serius terhadap hak asasi dan maruah mereka.
Suhakam menegaskan bahawa kepimpinan dan pemilik GISB gagal untuk melindungi kanak- kanak di bawah jagaan mereka, bahkan mendedahkan mereka kepada eksploitasi dan penderaan yang merupakan pelanggaran berat terhadap tanggungjawab undang-undang dan moral.
Perkara ini menimbulkan kebimbangan awam susulan laporan bahawa sebahagian pemimpin GISB telah dibebaskan atau dikenakan pertuduhan yang lebih ringan, sekali gus menimbulkan desakan supaya Jabatan Peguam Negara bertindak lebih telus dan bertanggungjawab.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sebagai sebuah negara ahli kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, Suhakam menegaskan bahawa undang-undang negara mesti dikuatkuasakan sepenuhnya bagi melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan, penderaan, pengabaian dan eksploitasi ekonomi, khususnya kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
Segala keputusan berkaitan pendakwaan bagi kesalahan seumpama ini hendaklah mengutamakan keadilan, perlindungan dan pencegahan, serta sentiasa berpaksikan kepada kepentingan terbaik kanak-kanak.
Sehubungan itu, Suhakam menggesa Jabatan Peguam Negara untuk memberikan penjelasan terperinci dan terbuka kepada umum berhubung keputusan pendakwaan yang telah dibuat, serta mendedahkan butiran kes berkaitan dakwaan penderaan seksual, keganasan dan eksploitasi, bagi meningkatkan keyakinan awam terhadap institusi kehakiman dan keadilan.
Bagi kes yang telah didakwa, pengadu dan kanak- kanak terlibat hendaklah dimaklumkan mengenai perkembangan serta langkah-langkah susulan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat juga perlu segera meneliti semula dan memperkukuh peraturan serta pemantauan terhadap semua rumah kebajikan dan rumah berasaskan keagamaan.
Agensi penguatkuasaan pula harus memastikan siasatan dijalankan dengan segera, profesional dan penuh kepekaan terhadap mangsa kanak-kanak.
Rumah kebajikan kanak-kanak persendirian hendaklah dikawal selia dengan sewajarnya dan dipertanggungjawabkan mengikut piawaian penjagaan dan perlindungan yang ditetapkan.
Memandangkan Malaysia dijadualkan untuk semakan semula oleh jawatankuasa hak kanak-kanak PBB pada tahun hadapan, ini merupakan peluang penting bagi kerajaan untuk menunjukkan komitmen yang bermakna dalam menjunjung hak kanak-kanak melalui akauntabiliti, penguatkuasaan dan pendakwaan berkesan terhadap jenayah terhadap kanak-kanak.
Bagi memastikan akauntabiliti dan pembaharuan sistemik, Suhakam sekali lagi mengulangi gesaannya agar sebuah suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penderaan serta meneliti tadbir urus institusi kebajikan yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan kanak-kanak.
Suhakam juga menggesa semua pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan semua kanak-kanak yang telah diselamatkan, termasuk mereka yang telah disatukan semula atau dikembalikan kepada keluarga, terus dipantau dan diberikan sokongan psikososial dan tempat perlindungan yang selamat, serta akses kepada keadilan, selaras dengan obligasi hak asasi manusia antarabangsa Malaysia.
Langkah-langkah ini amat penting bagi menjamin keselamatan, pemulihan dan kesejahteraan berterusan setiap kanak-kanak. – Suhakam
English version
Suhakam expresses concern over alleged ill-treatment of children and prosecution outcomes in GISB case
The Malaysian human rights commission Suhakam expresses its deep concern over recent prosecutorial developments linked to Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB), which have raised serious public alarm regarding the protection of children’s rights in Malaysia.
Suhakam notes that more than 400 children, including infants, were rescued from homes operated by GISB following coordinated enforcement actions in late 2024.
Allegations of physical abuse, neglect, sexual violence and economic exploitation constitute grave violations of the children’s fundamental rights and dignity.
Suhakam underscores that the failure of GISB’s leadership and owners to safeguard the children under their care, and instead exposing them to exploitation and harm, represents a serious breach of both legal and moral obligations.
Public concern has been further intensified by reports that certain GISB leaders were released or faced lesser charges, despite hundreds of police reports alleging violence and ill-treatment of vulnerable children.
These developments have prompted renewed calls for transparency and accountability from the Attorney General’s Chambers.
As Malaysia is a state party to the Convention on the Rights of the Child, Suhakam reiterates that national laws must be fully enforced to protect children from all forms of violence, abuse, neglect and exploitation, particularly offences under the Child Act 2001 and the Sexual Offences Against Children Act 2017.
Decisions relating to the prosecution of such offences must prioritise justice, protection and deterrence, and be guided at all times by the best interests of the child.
In the light of these concerns, Suhakam calls on the Attorney General’s Chambers to provide a clear and public explanation of its prosecutorial decisions and to disclose details of the cases related to the alleged acts of sexual abuse, violence and exploitation, in order to uphold public confidence in the administration of justice.
Where prosecutions have commenced, complainants and the affected children must be kept informed of the progress and next steps.
The Ministry of Women, Family and Community Development and the Department of Social Welfare must urgently review and strengthen the regulation and monitoring of all welfare and faith-based homes.
Enforcement agencies must also ensure that investigations are conducted promptly, professionally and with due sensitivity to child victims. Private children’s homes must be properly regulated and held accountable to care and protection standards.
With Malaysia due for review before the UN committee on the rights of the child next year, this is an important opportunity for the government to demonstrate meaningful commitment to upholding children’s rights through accountability, enforcement and the effective prosecution of crimes against children.
To ensure systemic accountability and reform, Suhakam reiterates its call for the establishment of a royal commission of inquiry to investigate the alleged abuses and examine the governance of welfare institutions entrusted with the care of children.
Suhakam further urges all relevant authorities to ensure that all rescued children, including those who have been reintegrated or returned to their families, are continually monitored and provided with psychosocial support, safe accommodation and access to justice, in line with Malaysia’s international human rights obligations.
Such measures are essential to guarantee the sustained safety, recovery and overall wellbeing of every child. – Suhakam
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











