Home Civil Society Voices Suhakam gesa hentikan pengusiran dan segerakan penyelesaian yang lebih berperikemanusiaan di Semporna...

Suhakam gesa hentikan pengusiran dan segerakan penyelesaian yang lebih berperikemanusiaan di Semporna (Malay/English)

MALAYSIAKINI

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah menjalankan misi ke Semporna pada 17-18 Julai yang lalu berikutan aktiviti pengusiran dan perobohan yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa pada Jun.

Hasil dapatan Suhakam mendapati bahawa proses pengusiran dan penempatan semula telah dijalankan dengan cara yang tidak berperikemanusiaan dan tanpa proses rundingan yang mencukupi dengan masyarakat yang terjejas, khususnya kumpulan orang asal yang dikenali sebagai Bajau Laut.

Orang Bajau Laut kebanyakannya tinggal di laut dan secara tradisinya mereka membina rumah di atas air. Budaya dan mata pencarian mereka sememangnya terikat dengan laut.

Sebilangan besar orang Bajau Laut adalah buta huruf, tidak berpendidikan dan miskin, kerana gaya hidup pelaut mereka yang berpindah-randah.

Mereka adalah masyarakat yang terpinggir dan tidak seharusnya dilayan sedemikian, sepertimana yang berlaku baru-baru ini.

Pengusiran yang berterusan ini telah mendatangkan kesan yang teruk kepada masyarakat Bajau Laut seperti perpindahan keluar dari rumah mereka sendiri yang menjejaskan mata pencarian mereka.

Tindakan tersebut bukan sahaja mengabaikan suara mereka tetapi juga melanggar prinsip asas ketelusan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan hak orang asal.

Suhakam mengingatkan pihak berkuasa yang bertanggungjawab bahawa Malaysia telah mengundi untuk menyokong Deklarasi Hak Orang Asli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) semasa Majlis Hak Asasi Manusia dan juga Perhimpunan Agung PBB tanpa reservasi.

UNDRIP mengandungi peruntukan yang luas untuk pengiktirafan dan perlindungan wilayah dan sumber Orang Asli atau Orang Asal.

Walaupun UNDRIP merupakan dokumen yang tidak terikat, namun kerajaan Malaysia wajib untuk patuh kepada piawaian sepertimana yang ditetapkan dalam UNDRIP.

Suhakam menggesa penggantungan segera semua operasi dan aktiviti pengusiran yang sedang berlaku di Semporna.

READ MORE:  Bajau Laut evictions: Was the Sedition Act misused?

Pengusiran yang telah dilakukan tanpa sesi dialog atau penglibatan yang sewajarnya dengan komuniti yang terlibat telah menjejaskan hak asasi manusia kepada hak perumahan yang mencukupi, mengganggu sumber mata pencarian dan menafikan hak untuk membuat keputusan dalam kehidupan mereka.

Oleh yang demikian, Suhakam menyokong penubuhan jawatankuasa khas yang terdiri daripada wakil masyarakat, pegawai kerajaan dan pihak berkepentingan.

Jawatankuasa ini harus dipertanggungjawabkan untuk merangka penyelesaian jangka panjang yang adil dan mampan serta menghormati hak dan mata pencarian masyarakat yang terjejas di samping memperkasa keperluan lain dengan lebih meluas.

Jawatankuasa ini perlu ditubuhkan dengan segera dan Suhakam sentiasa bersedia untuk terlibat secara aktif dalam usaha ini.

Suhakam kekal komited untuk menyokong resolusi yang bukan sahaja menegakkan hak asasi manusia Bajau Laut dan komuniti lain yang terjejas di Malaysia, tetapi juga memastikan bahawa tindakan masa hadapan di rantau ini harus berpandukan prinsip keadilan, penghormatan dan keterangkuman. – Suhakam

English version

Suhakam calls for immediate suspension of evictions and for humane solutions in Semporna

The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) recently conducted a fact-finding mission to Semporna on 17-18 July, following the eviction and demolition activities carried out by the authorities in June.

This mission made a disturbing and critical finding: the eviction and relocation processes have been undertaken in an inhumane manner and without adequate consultation with the affected communities, in particular, the indigenous group of people known as Bajau Laut.

The Bajau Laut live primarily at sea and traditionally built their houses on stilts above water. Their culture and livelihood are tied to the sea.

READ MORE:  Irama Asli dan Asal: Showcasing the rich heritage of Malaysia's indigenous communities

A significant number of the Bajau Laut are illiterate, uneducated and impoverished due to their nomadic seafaring lifestyle. They are a marginalised community.

Be that as it may, they do not deserve to be treated the way they are now being treated by the authorities.

These ongoing evictions have led to severe consequences for the Bajau Laut community, including displacement from their homes and a significant disruption to their livelihoods.

Such actions, taken without meaningful consultation, not only disregard the voices of those most affected but also violate the fundamental principles of transparency and respect for human rights and the rights of indigenous people.

Suhakam respectfully reminds the authorities responsible for the evictions that Malaysia voted in favour of the United Nations Declaration on the Rights of Indigenous People (UNDRIP), both at the Human Rights Council and at the General Assembly with no reservations.

The UNDRIP contains extensive provisions for the recognition and protection of indigenous lands, territories and resources.

Although the UNDRIP is stated to be non-binding, there is still a moral obligation and genuine expectation for the Malaysian government to pursue the standards as stipulated in the UNDRIP.

Suhakam urges for the immediate suspension of all current eviction operations and activities in Semporna.

These evictions, carried out without proper dialogue or engagement with the communities involved, undermine the basic human rights to adequate housing, livelihood and participation in decisions that affect their lives.

In light of these serious concerns, Suhakam advocates for the establishment of a dedicated committee comprising community representatives, government officials and other key stakeholders.

READ MORE:  The historical claim for the land of Palestine

This committee should be tasked with devising a fair and sustainable long-term solution that respects the rights and livelihoods of the affected communities while addressing the broader needs of the region and Malaysia as a nation.

The committee must be established immediately, and Suhakam is prepared to actively participate as a member.

Suhakam remains committed to supporting a resolution that not only upholds the human rights of the Bajau Laut and other affected communities in Malaysia but also ensures that future actions in the region are guided by the principles of fairness, respect and inclusivity. – Suhakam

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x