Home Civil Society Voices Suhakam sokong kerajaan membangunkan rang undang-undang suruhanjaya kanak-kanak (Malay/English)

Suhakam sokong kerajaan membangunkan rang undang-undang suruhanjaya kanak-kanak (Malay/English)

Orang Asli children - CAROL YONG

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong langkah kerajaan membangunkan rang undang-undang suruhanjaya kanak-kanak yang amat penting dalam menegakkan dan melindungi kesemua aspek hak kanak-kanak.

Rang undang-undang suruhanjaya kanak-kanak yang dicadangkan ini adalah satu inisiatif yang bermatlamat dan merupakan asas penting kepada perlindungan komprehensif hak kanak-kanak.

Amat penting untuk memastikan rang undang-undang ini digubal menjadi suatu mekanisma yang kukuh dengan memberikan kuasa kepada suruhanjaya ini untuk memperjuangkan perubahan polisi, melaksanakan undang-undang dan memantau sepenuhnya usaha-usaha untuk melindungi hak-hak kanak-kanak dalam setiap aspek kehidupan mereka. Mekanisme ini harus mencerminkan amalan terbaik antarabangsa dan mematuhi piawaian hak asasi manusia untuk memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan dan mampan.

Suhakam menerima baik penubuhan pejabat pesuruhjaya kanak-kanak yang ditubuhkan dalam Suhakam pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, Suhakam berpendapat bahawa kapasiti dan sumber yang terhad pejabat ini tidak mencukupi untuk menangani pelbagai isu berkaitan dengan hak kanak-kanak. Oleh itu, Suhakam menyokong langkah penubuhan suruhanjaya kanak-kanak yang bebas sebagai sebuah pejabat pesuruhjaya kanak-kanak yang dinaiktaraf dengan cadangan-cadangan berikut:

  • Suruhanjaya ini akan diperuntukkan bajet dan sumber yang mencukupi, mandat yang diperluaskan dan kuasa yang lebih besar merangkumi akses tanpa halangan ke tempat perlindungan, pusat tahanan termasuk akses kepada data berkaitan kanak-kanak
  • Pelantikan pesuruhjaya sepenuh masa untuk memastikan suruhanjaya kanak-kanak dapat memainkan peranan dan melaksanakan mandatnya dengan berkesan
  • Suruhanjaya ini menjadi badan pengawasan dan berfungsi sebagai mekanisme semak imbang dalam perlindungan dan promosi hak kanak-kanak. Sebagai entiti bebas dan neutral, suruhanjaya ini juga berperanan untuk saling melengkapi dengan fungsi badan-badan kerajaan yang berkaitan
  • Suruhanjaya ini akan menjadi perantara kerajaan dan masyarakat serta orang dewasa dan kanak-kanak, dengan tujuan untuk mempromosikan penyertaan aktif kanak-kanak dalam masyarakat dan memastikan suara mereka didengar
  • Suruhanjaya ini perlu mempunyai kuasa untuk memperjuangkan kepentingan hak, dan kesejahteraan kanak-kanak, dengan menjadikan kepentingan terbaik kanak-kanak sebagai teras inisiatif pembangunan di Malaysia. Ia juga harus diberi kuasa untuk menggesa perubahan dasar seluruh agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa tempatan, dan keupayaan untuk mendapatkan remedi mengikut ketetapan masa tertentu, bagi kanak-kanak yang terkesan oleh dasar tersebut
  • Suruhanjaya ini perlu dilibatkan dalam pembangunan dasar negara berkaitan kanak-kanak, meningkatkan kualiti penjagaan agensi kerajaan dengan memastikan dasar-dasar ini selari dengan prinsip tadbir urus yang baik agar ia dapat menjadi mekanisma yang berterusan memantau respon kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan kanak-kanak. Penerapan tadbir urus yang baik dalam rangka kerja Madani akan membentuk semula institusi kerajaan, seterusnya mengangkat martabat Malaysia sebagai negara yang mengutamakan kanak-kanak
READ MORE:  Urgent need for independent children’s commission

Suhakam bersedia untuk membantu kerajaan dan berharap agar penubuhan suruhanjaya kanak-kanak ini akan menjadi tanda aras kemajuan dalam menangani isu kanak-kanak di Malaysia.

Suhakam menekankan bahawa penubuhan suruhanjaya ini harus sejajar dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak, demi masa hadapan yang lebih cerah dan lebih berpusatkan kepada hak kanak-kanak di Malaysia. – Suhakam

English version

Sbuhakam supports the government’s move to develop the children’s commission ill

The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) supports the government’s move in developing the children’s commission bill, which is vital in upholding and protecting all aspects of children’s rights.

The proposed children’s commission bill is a visionary initiative and essential cornerstone for the comprehensive protection of children’s rights.

In view of this announcement, it is imperative for the bill to be crafted as a formidable mechanism, empowering the envisioned commission with the authority to advocate for policy changes, enforce law and diligently monitor actions aimed at safeguarding the rights of children in all aspects of their lives. This mechanism should reflect international best practices and uphold human rights standards, ensuring sustainable and effective actions on the ground.

While acknowledging the establishment of the existing office of the children’s commissioner within its institution in 2019, Suhakam is of the view that the office is not sufficient to address the plethora of issues relating to child rights given the office’s limited capacity and resources.

Therefore, Suhakam supports the move for the establishment of an independent children’s commission to serve as an up-scaled office with the following recommendations:

  • The commission to be allocated a sufficient budget and resources, expanded mandates and greater powers which includes unrestricted access to shelters, detention centres as well as access to child-related data
  • The appointment of full-time commissioners to ensure the children’s commission can effectively fulfill its role and execute its mandate effectively
  • The commission to be an oversight body and to serve as a checks and balance mechanism for the protection and promotion of the rights of the child. As an independent and neutral entity, the commission should also play a role to complement the functions of other relevant bodies in the government
  • The commission to act as a bridge between the government and society as well as between adults and children, on child rights matters, with the aim of promoting children’s active participation in society and ensuring that their voices are heard
  • The commission should possess the authority to advocate for children’s interests, rights and wellbeing, with the best interests of children at the core of all development initiatives in Malaysia. It should also be given the power to advocate for policy changes across enforcement agencies and local authorities, and the ability to demand meaningful remedies within defined timeframes for children affected by such policies
  • The commission to be involved in the formulation of child-centric national policies, enhancing the quality of care delivered by government agencies while aligning these policies with the principles of good governance, thereby serving as a mechanism to continually assess the government’s response to emerging issues affecting children. Embedding the notion of good governance within the framework of Madani (Civil Malaysia) will reshape governmental institutions, fostering a child-centric Malaysia.
READ MORE:  Urgent need for independent children’s commission

In this regard, Suhakam stands ready to assist the government and looks forward to the establishment of the independent children’s commission to serve as a beacon of progress in addressing children’s issues in Malaysia.

Suhakam emphasises that the establishment of the commission should be aligned with the Child Act 2001 and the Convention on the Rights of the Child (CRC), paving the way for a brighter and more rights-centric future for Malaysia’s children. – Suhakam

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x