[ENGLISH VERSION BELOW] Hari Lautan Sedunia adalah peringatan tahunan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meningkatkan kesedaran dan memperingati pentingnya menjaga ekosistem laut di seluruh dunia.
Tanggal 8 Jun bukan hanya menjadi satu tarikh sambutan semata-mata. Sambutan ini harus diterjemahkan dengan rangka tindakan bagi memastikan sumber perikanan dapat diwarisi serta dinikmati oleh generasi yang akan datang.
Sahabat Alam Malaysia menggesa agar dasar dan undang-undang yang memihak kepada perlindungan alam sekitar dan sumber perikanan harus dilaksanakan dengan tegas demi memastikan kelestarian sumber perikanan negara.
Kebimbangan terhadap kemerosotan sumber perikanan berlaku apabila kita dapat melihat kemusnahan besar terhadap ekosistem marin dan juga kekurangan spesies-spesies ikan yang tertentu yang semakin sukar didapati seperti bawal, kerapu, jenahak dan lain-lain.
Hasil kajian menunjukkan penurunan populasi dan spesies yang terancam adalah spesies ikan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Eksploitasi berlebihan, pembaziran stok perikanan dan pendaratan ikan baja yang tinggi menyebabkan sumber perikanan negara semakin merosot. Masalah dan isu ini telah lama dibangkitkan tetapi bagaikan tiada suatu titik yang boleh dinoktahkan.
Dasar Agro-Makanan Negara kedua (2021-2030) mensasarkan 40% daripada sumber perikanan negara adalah daripada akuakultur dan 60% adalah dari perikanan tangkap (tangkap liar).
Walaupun dasar ini telah ditambah baik berbanding Dasar Agro-Makanan pertama (2011 -2022) yang menetapkan kadar 50:50 akuakultur dan perikanan tangkap tetapi ianya tidak mencukupi. Industri akuakultur yang tidak terkawal merupakan salah satu faktor yang merosakkan sumber perikanan.
Dasar ini akan menggalakkan kawasan hutan paya bakau, pinggir pantai dan kawasan sungai dimusnahkan untuk pembangunan akuakultur.
Kajian menunjukkan 70% daripada sumber marin menggunakan hutan paya bakau sebagai nurseri dan tempat pembiakan. Oleh itu, ekosistem hutan paya bakau ini seharusnya dilindungi sepenuhnya.
Pengembangan industri akuakultur menggalakkan permintaan yang tinggi terhadap ikan baja. Industri ini telah menggalakkan nelayan pukat tunda untuk menangkap ikan baja bagi dijadikan sebagai sumber pemakanan ikan ternak/akuakultur. Ikan baja merupakan ikan yang tidak atau kurang mempunyai nilai komersial yang ditangkap dan diproses sebagai bahan makanan untuk industri akuakultur.
Berdasarkan statistik perikanan tahun 2021, sebanyak 33% daripada tangkapan pukat tunda ialah ikan baja, iaitu 192,413 tan metrik dari jumlah pendaratan pukat tunda sebanyak 574,836 tan metrik.
Berdasarkan data ini adalah tidak mustahil sumber perikanan akan pupus menjelang 2048 seperti kajian yang dijalankan oleh Organisasi Pertanian dan Makanan (FAO).
Sistem zon yang telah diguna pakai sejak lama bertujuan melindungi sumber perikanan dilihat gagal apabila penguatkuasaan gagal memainkan peranan melindungi kawasan tersebut.
Pencerobohan pukat tunda di kawasan zon A (bawah 5 batu nautika) kerap berlaku menyebabkan konflik antara nelayan zon A dengan nelayan pukat tunda bagaikan tiada kesudahan.
Alat tangkap terlarang seperti bubu naga dan pukat rawa sorong yang beroperasi di pinggir pantai serta kuala-kuala sungai juga dilihat begitu kebal dan bebas memusnahkan habitat anak ikan. Bahkan alat-alat tangkapan yang merosakkan sumber perikanan kian banyak dan tiada kawalan.
Kami percaya jika pukat tunda dan alat tangkapan yang merosakkan sumber perikanan dihapuskan berserta dengan tindakan penguatkuasaan tegas dan berkesan, sumber perikanan akan kembali pulih. Sumber marin akan membiak dengan lebih baik dan lebih banyak.
Sehubungan itu, SAM menggesa agar pengurusan perikanan yang bersepadu yang mengambil kira hubung kait yang erat antara ekosistem dan sumber marin perlu diberi penekanan yang serius. Kemampanan sumber dan kemerosotan serius terhadap biomas perlu ditangani dengan bijak.
Pihak berwajib harus tegas dalam menjalankan dasar dan polisi bagi melindungi sumber perikanan bagi memastikan industri perikanan negara berkembang seiring dengan kelestarian sumber marin.
Oleh itu, SAM menyeru untuk semua pihak berganding bahu menjalankan usahasama yang bersepadu serta mencari kaedah terbaik untuk menguruskan sumber perikanan secara mapan. – SAM
Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia
English version
National fisheries resources on the brink of destruction?
World Oceans Day is an annual event established by the UN to raise awareness of and commemorate the importance of protecting marine ecosystems around the world.
The date 8 June is not just an occasion to celebrate. This celebration should be translated into an action plan to ensure that fisheries resources can be inherited and enjoyed by future generations.
Sahabat Alam Malaysia (SAM) urges for policies and laws on the protection of the environment and fisheries resources to be strictly implemented to ensure the sustainability of the country’s fisheries resources.
We are concerned over the decline of fisheries resources, as we can see in the onslaught of our marine ecosystems and the dwindling stocks of certain species of fish that are increasingly difficult to find, such as pomfret, grouper and jenahak (snapper). Studies find that the decrease in population and endangered species are usually the fish species that have high commercial value.
Over-exploitation, waste of fishery stocks and high landings of trash fish are contributing to the deterioration of Malaysia’s fishery resources. These problems have been raised long ago but still prevail, as no concrete actions have been taken to address the issues.
The second national agro-food policy (2021-2030) targets 40% of the country’s fisheries resources to be from aquaculture and 60% from capture fisheries (wild catch). Although this policy has been improved compared to the Agro-Food Policy 1.0 (2011 -2022) which sets the rate of 50:50 aquaculture and capture fisheries, it is inadequate. The uncontrolled aquaculture industry is one of the factors that is damaging fisheries resources.
This policy will encourage the destruction of mangrove forests, rivers and coastal areas for aquaculture development. Studies show that 70% of marine resources use mangrove forests as nurseries and breeding grounds. Therefore, the mangrove forest ecosystem should be fully protected.
The development of the aquaculture industry promotes a high demand for trash fish. The industry has encouraged trawlers to catch trash fish to be used as a source of food for farmed fish/aquaculture. Trash fish are fish that have no or little commercial value that are caught and processed as food for the aquaculture industry.
Based on the fisheries statistics of 2021, as much as 33% of the trawl catch is trash fish, that is 192,413 metric tonnes out of the total trawl landings of 574,836 tonnes. Based on this data, it is not impossible that fishery resources will disappear by 2048, according to a study conducted by the UN Food and Agriculture Organisation (FAO).
The zoning system that has been used for a long time to protect fishery resources is a failure due to a lack of enforcement in protecting the area. Encroachment of trawlers in zone A (below five nautical miles) often occurs, causing never-ending conflict between zone A fishers and trawlers.
Prohibited fishing gear such as dragon nets and push nets that are operating in the shoreline and river mouths seem to be immune to enforcement measures and destroy the habitat of juvenile fish. Even fishing gear that damages fisheries resources are increasing, uncontrolled.
We believe that if trawl nets and destructive fishing gear that damage fishery resources are eliminated, coupled with stringent and effective enforcement actions, our fisheries resources will recover. Marine resources will be rejuvenated, reproduce better and more.
Hence, SAM urges for integrated fisheries management that takes into account the close relationship between ecosystems and marine resources to be given serious emphasis. Resource sustainability and serious degradation of fish biomass need to be dealt with wisely.
The authorities must be firm in carrying out policies and enforcing laws to protect fisheries resources to ensure that the country’s fisheries industry grows in line with the sustainability of marine resources.
Therefore, SAM calls for all parties to work together and find the best method to manage our fisheries resources sustainably. – SAM
Meenakshi Raman is president of Sahabat Alam Malaysia.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme