Home Civil Society Voices Susulan penggubalan pelan tindakan kebangsaan bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan

Susulan penggubalan pelan tindakan kebangsaan bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Organisasi masyarakat sivil Malaysia yang tertulis di bawah ingin membangkitkan keresahan mengenai proses penggubalan pelan tindakan kebangsaan bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan (NAP/PCVE atau NAP) yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2022. 

Mandat untuk membangunkan NAP/PCVE adalah diperoleh daripada Perhimpunan Agung PBB (UN General Assembly) pada tahun 2015 untuk menangani perubahan ancaman bagi ekstremisme ganas.

Pada 22 Disember 2021, satu rundingan bebas mengenai NAP/PCVE telah dianjurkan oleh Initiative to Promote Tolerance and Prevent Violence (Initiate.my) bersama lebih 25 orang wakil daripada organisasi masyarakat sivil (CSO) Malaysia untuk mengumpul pandangan dan cadangan mengenai proses penggubalan NAPPCVE.

Para peserta bersetuju bahawa proses NAP perlu menjadi sebuah batu loncatan kepada pihak kerajaan untuk menunjukkan komitmen jujur mereka dalam menangani ekstremisme dan pertanggungjawaban yang besar dalam bidang keselamatan.

Tambahan pula, peranan CSO adalah penting dalam sebuah proses demokratik seperti pembangunan NAP untuk menjadikan pendekatan tersebut sesuai dengan keadaan setempat dan menjamin keberlangsungan impak-impak untuk menangani ekstremisme ganas.

Berdasarkan rundingan tersebut, beberapa isu telah dibangkitkan oleh wakil CSO yang hadir:

  1. Proses penggubalan dan pelaksanaan NAP di bawah bidang kuasa KDN perlu berdasarkan sebuah pendekatan yang melibatkan keterlibatan daripada kalangan banyak CSO untuk bertukar-tukar idea dan amalan terbaik.

Namun begitu, sehingga Disember 2021, hanya tiga siri perundingan kerajaan-CSO yang telah dijalankan dengan beberapa CSO terpilih. Penglibatan CSO adalah terbatas dan selektif.

Tambahan pula, sesi perundingan tersebut telah dijalankan secara tergesa-gesa dan maklumat yang diberikan pada sesi tersebut adalah sedikit dan tidak mencukupi.

Secara keseluruhannya, perkara tersebut menimbulkan persoalan tentang ketelusan bagi sesebuah proses yang demokratik di peringkat kebangsaan. Tidak terdapat sebarang petunjuk daripada pihak kerajaan bahawa akan ada lagi anjuran untuk mengadakan siri-siri perundingan tambahan lain bersama para CSO di Malaysia.

Tambahan pula, tempoh masa setahun yang diberikan oleh pihak KDN kepada jawatankuasa penggubalan untuk menyiapkan NAP adalah tidak mencukupi untuk memperoleh maklumat daripada semua pihak berkepentingan.

Selain itu, pelantikan jawatankuasa penggubalan yang dikendalikan oleh Accounting Research Institute (ARI) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilihat sebagai suatu perkara yang musykil dan menggusarkan.

Hal ini adalah kerana badan-badan berkepentingan lain seperti NGO yang mengkaji perkara-perkara berkaitan dengan fahaman pelampau keganasan tidak turut serta dalam jawatankuasa ini.

  1. Wujud kebimbangan berkaitan penggunaan undang-undang anti-keganasan seperti Security Offences (Special Measures Act) 2012, Prevention of Crime Act dan Prevention of Terrorism Act yang jelas membawa kepada penyalahgunaan kuasa. Daripada draf awal NAP oleh pihak kerajaan, draf tersebut tampaknya sunyi mengenai kebertanggungjawaban agensi-agensi kerajaan untuk mengatasi isu-isu kebertanggungjawaban yang berlangsung.
  1. Berdasarkan draf awal, pencegahan merupakan salah satu kunci kelompok dalam NAP yang memberi tumpuan terhadap pengawasan berinstitusi, penyelarasan, dan kewaspadaan masyarakat
READ MORE:  Trauma-informed approach in countering violent extremism

Mengambil pengajaran daripada sejarah dalam menentang keganasan (counter-terrorism, CT) melalui pendekatan keras adalah tidak mencukupi dalam mencegah fahaman pelampau keganasan.

Draf NAP harus merangkumi pelaburan sumber dan masa yang lebih untuk membangunkan sebuah pendekatan lunak bagi mencegah radikalisme dalam ekstremisme ganas dan tidak ganas bagi kesan jangka panjang.

  1. Dalam sebuah persekitaran dengan pelbagai tekanan dalam kehidupan seharian dan kewujudan faktor-faktor trauma sosial, persekitaran atau peribadi yang lain, trauma meningkatkan kecenderungan seseorang kepada fahaman pelampau keganasan

Dalam sebuah temuramah dengan bekas, pembelot dan banduan Isis, 11.6% lelaki dan 23.6% wanita dilaporkan bahawa mereka memiliki pengalaman beberapa bentuk trauma sebelum terlibat dengan terorisme.

Malaysia telah menyaksikan suatu peningkatan ketakutan dan ketidakpercayaan yang ketara dengan persepsi xenofobia terhadap orang lain, iaitu peningkatkan kebencian dan ketegangan dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik dan kurangnya kesepaduan sosial.

Gaya pemikiran dan sikap yang negatif sebegini di peringkat masyarakat merupakan hasil daripada trauma kolektif selepas beberapa kurun dieksploitasi dan didiskriminasi ketika zaman penjajahan dan keganasan yang berlaku ketika Perang Dunia Kedua serta pemberontakan komunis.

Trauma kolektif boleh merosakkan ikatan yang menyatukan manusia dan menjejaskan rasa perkauman yang ada.

  1. Modul pemulihan di Malaysia seperti yang dimaklumkan kepada awam adalah berdasarkan kepada asas untuk membetulkan salah tanggapan terhadap agama dan politik.

Dalam masa yang sama, pengintegrasian semula merupakan proses pada peringkat yang seterusnya untuk membantu bekas tahanan supaya dapat hidup semula dalam masyarakat dengan minda yang ‘berubah’.

Pada masa sekarang, program-program sebegini dibentuk dan dijalankan hanya dalam kalangan agensi-agensi kerajaan. Tidak ada keterlibatan daripada masyarakat sivil, dan tumpuan program R&R dilihat sebagai kurang adil terhadap mangsa.

Oleh hal yang demikian, kami, ahli masyarakat sivil di Malaysia, menyeru agar langkah-langkah ini diambil serta merta untuk diambil oleh jawatankuasa penggubalan dalam proses penggubalan dan pelaksanaan NAP.

  1. Memperkasa peranan CSO

Ruang-ruang lebih luas perlu diberikan kepada wakil-wakil daripada CSO oleh pihak kerajaan dalam jawatankuasa penggubalan sebelum melancarkan NAP.

Jawatankuasa penggubalan juga perlu terbuka untuk bertemu dengan CSO bagi mendengar maklum balas dan cadangan teratur.

Di samping itu, NAP perlu memasukkan peranan CSO sebagai rakan pelaksana atau penerima manfaat bagi semua kelompok dan menyatakan dengan jelas tentang kedudukan mereka.

  1. Menegakkan kedaulatan undang-undang

Selain daripada perancangan kerangka NAP yang membolehkan agensi dan badan kerajaan untuk melindungi kedaulatan undang-undang dan menjalankan tanggungjawab bagi melindungi keselamatan negara, kerajaan juga perlu membenarkan penubuhan sebuah jawatankuasa bebas bagi mengkaji semula langkah-langkah keras anti-keganasan seperti kuasa penangkapan dan pengawasan.

READ MORE:  Trauma-informed approach in countering violent extremism

Jawatankuasa tersebut mesti disertai oleh CSO, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan wakil ahli Parlimen dwipartisan untuk bertindak sebagai semak dan imbang bagi menjamin kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia.

  1. Mengarusperdanakan program pencegahan berasaskan hak asasi manusia

Terdapat empat perkara utama bagi program pencegahan yang perlu disertakan dalam NAP, di mana ia merangkumi pendidikan damai untuk belia, pengarusperdanaan gender, celik media dan perlindungan terhadap kebebasan beragama.

Empat perkara ini adalah penting untuk membina daya tahan sosial terhadap ekstremisme ganas dan tidak ganas pada peringkat polisi dan kemasyarakatan.

  1. Menggabungkan pendekatan trauma bermaklumat (trauma-informed)

Kesedaran tentang hubungan antara trauma, radikalisasi dan violent extremism boleh menggalakkan atau membawa kepada usaha untuk menangani hubungan ini di peringkat individu dan masyarakat. Maka, maklumat mengenai trauma, radikalisasi dan fahaman pelampau keganasan perlu disebarkan kepada semua pemegang taruh yang terlibat dalam PCVE [mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan].

  1. Membangunkan program pemulihan dan reintegrasi (R&R) yang menyeluruh

NAP perlu mencadangkan pembangunan bagi program-program pemulihan dan reintegrasi yang komprehensif untuk mendapatkan hasil-hasil yang mapan.

Kerajaan perlu melibatkan peranan masyarakat sivil dalam program-program pemulihan dan reintegrasi, terutamanya daripada pengamal-pengamal NGO termasuklah kumpulan wanita dan belia serta komuniti minoriti agama.

Hal ini termasuk reka bentuk dan hubungan program-program pemulihan dan reintegrasi bagi kedua-dua penerima manfaat (tahanan atau bekas tahanan pelampau keganasan) dan pelaksana (pemulih dan penyedia perkhidmatan sosial).

Pemantauan dan kayu ukur penilaian (M&E) yang menyeluruh untuk menilai kejayaan program program pemulihan dan reintegrasi dengan betul mesti dibangunkan.

Perkara ini perlu meliputi kadar kecenderungan untuk bekas tahanan kembali kepada kegiatan militan, perubahan kepercayaan ideologi (jangka pendek dan jangka panjang), penyertaan khalayak sasaran yang lebih luas seperti mangsa, keluarga, kawan dan masyarakat tempatan untuk memperkasa daya tahan melawan ekstremisme ganas dan sokongan pemulihan dan reintegrasi.

  1. Membangunkan kerangka Pemantauan dan kayu ukur penilaian untuk NAP bagi ketelusan dan pertanggungjawaban

Pemantauan dan kayu ukur penilaian merupakan sebuah mekanisme penting untuk mempromosi ketelusan dan pertanggungjawaban dalam bidang keselamatan, dan sudah tentu, untuk menilai kecekapan dan keberkesanan bagi penggubalan dan pelaksanaan NAP.

Hal ini akan membantu dalam membina kepercayaan, hubungan dan penerimaan daripada CSO dan aktor-aktor bukan negara.

Untuk membangunkan kerangka pemantauan dan kayu ukur penilaian yang baik, kerajaan perlu menggunakan pendekatan penglibatan (participatory approach) untuk menyertakan salah satu daripada pemegang taruh yang paling penting, iaitu CSO.

READ MORE:  Trauma-informed approach in countering violent extremism

NAP perlu melibatkan CSO sebagai rakan pelaksana atau penerima manfaat dalam memantau proses, pengumpulan data dan penyebaran pembelajaran untuk memberikan maklum balas dan pengawasan terhadap kelompok atau program tertentu.

Selain itu, kerajaan perlu mempromosi perkongsian data dan proses pembelajaran dalam mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan.

Sebuah pendekatan penglibatan mempromosi sebuah proses pembelajaran yang luas antara agensi kerajaan dan CSO umum. Jika dilaksanakan secara jujur, sebuah cara terbaik bagi perkongsian mengenai mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan dalam agensi-agensi kerajaan boleh membawa kepada pencapaian matlamat bersama dalam mencegah dan menangani fahaman tersebut.

Kesimpulan

NAP seharusnya menggunakan pendekatan kerjasama di antara pihak kerajaan dan juga CSO, seiring dengan ‘all of government’ dan ‘all of society’ seperti yang dinyatakan dalam UNGA 70/674 (2015).

Isu keselamatan tidak boleh lagi dimonopoli oleh pihak kerajaan sahaja apabila mengambil kira ancaman esktremisme religio-politik yang sentiasa berubah di Malaysia dan kawasan serantau; adalah mustahil untuk pihak kerajaan untuk menangani ancaman ini tanpa bantuan daripada CSO di Malaysia.

CSO mempunyai kepakaran dan kemahiran bernuansa berkaitan dengan advokasi akar umbi termasuk isu libat sama golongan belia, wanita dan komuniti minoriti. Ini adalah penting sebagai langkah ‘pencegahan’ terhadap ekstremisme ganas dan bukan ganas.

Sebagai rujukan tambahan, kami lampirkan laporan ringkas cadangan-cadangan daripada CSO Malaysia dan kertas dasar bertajuk “National Action Plan on Preventing and Countering Violent Extremism: Civil Society Deserves a Seat at the Table”.

Disediakan oleh:

  1. Initiative to Promote Tolerance and Prevent Violence (Initiate.MY), diperkasakan oleh Komuniti Muslim Universal (KMU Malaysia)
  1. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)

Ditandatangani oleh:

Organisasi

  1. Initiative to Promote Tolerance and Prevent Violence (Initiate.my)
  2. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  3. Iman Research
  4. Sisters in Islam (SIS)
  5. Undi18
  6. Legal Dignity
  7. Tenaganita
  8. Maju Foundation
  9. IYC4Peace Initiative of International Youth Centre Kuala Lumpur
  10. University of Malaya Association of New Youth (Umany)
  11. Alternative to Violence Project (AVP Malaysia)
  12. Aliran Kesedaran Malaysia (Aliran)
  13. Strategic Studies & International Relations Researcher Group (Strategik)
  14. LCW Productions
  15. Virtue IIUM
  16. Student Progressive Front – UUM
  17. MJIIT Voices – UTM
  18. Bill Jugah

Individu

  1. Sharifah Norizah Syed Ahamad Kabeer
  2. Nelson Dino
  3. Azura Nasron
  4. Siti Z Kasim
  5. Ahmad Muziru Idham
  6. Sky Skaw
  7. Dobby Chew
  8. Dr Mohd Faizal Musa
  9. Jes Ebrahim Izaidin
  10. Ahmad Salami
  11. Julie Jidwin
  12. Nadiah Rosli
  13. Lim Chunwei
  14. Koh Jun Dong
  15. Farida Mohammad
  16. Sarinah Salleh
  17. Tan Cheng Siong
  18. Nurhuda Ramli
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x