Kami, Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict), ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak polis kerana telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang acara kami Hari Hitam Kematian Dalam Tahanan yang dianjurkan pada 16 Julai yang lalu.
Berikutan acara tersebut yang telah berlangsung dengan jayanya, dua orang ahli Edict (Rama Ramanathan dan Khalid Ismath) dan seorang pemimpin Parti Sosialis Malaysia (Arutchelvan) telah dipanggil polis untuk disoal siasat hari pada 20 Julai di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Sebagai mematuhi perintah yang dikeluarkan dibawah Seksyen 111, kami hari itu hadir ke pejabat polis bagi memberi keterangan mengenai acara tersebut.
Kami ingin merakamkan rasa kecewa dan dukacita kami kerana polis telah membuka kertas siasatan ke atas satu perhimpunan aman yang telah diadakan tanpa menimbulkan apa-apa masalah kepada mana-mana pihak.
Kami difahamkan laporan polis berkenaan dengan acara kami itu telah dibuat oleh seorang pegawai kanan polis.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami percaya pihak polis boleh menggunakan kos dan masa yang digunakan ke atas kami ini untuk menyiasat kes-kes lain yang lebih penting dan yang memerlukan penelitian dan pengamatan yang serius.
Kami merasakan siasatan terhadap kes kami ini adalah satu pembaziran masa dan kos oleh polis.
Kami juga ingin menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menyiasat kes ini kerana himpunan yang diadakan adalah aman dan himpunan ini adalah hak setiap rakyat Malaysia seperti yang termaktub didalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
20 Julai 2020
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme