
[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) menganjurkan program Tanam Sayur Anda Sendiri untuk Generasi Masa Depan, satu inisiatif Tahun Baharu yang bertujuan mempromosikan pertanian bandar yang lestari, kesedaran alam sekitar dan pemerkasaan komuniti.
Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Pulau Pinang, Rajendran P Anthony, yang menunjukkan komitmen bersama untuk melahirkan generasi yang peka terhadap alam sekitar, dan dilengkapi dengan kemahiran hidup yang praktikal termasuk berkebun.
CAP telah lama memperjuangkan pertanian bandar sebagai pendekatan transformatif untuk mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan akses kepada makanan segar dan berkhasiat, serta mengukuhkan hubungan dalam komuniti.
Inisiatif ini menggalakkan keluarga, guru dan pelajar menanam sayur-sayuran, herba dan tanaman boleh dimakan, walaupun di ruang yang terhad, dengan kaedah yang kreatif dan lestari.
Bekas-bekas seperti botol, kotak susu dan tin boleh digunakan semula untuk menanam tumbuhan seperti bendi, terung, cili, sayuran berdaun, pudina, pegaga dan selom, yang akan menyediakan sumber makanan segar dan bebas bahan kimia untuk keluarga.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Program ini juga menekankan peranan penting sekolah dan guru dalam memupuk pendidikan alam sekitar. Melalui aktiviti berkebun dan pembelajaran secara langsung, pelajar memperoleh pengetahuan praktikal tentang pertumbuhan tanaman, pertanian lestari dan kitaran semula jadi, sambil membangunkan kesedaran awal tentang perubahan iklim dan impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar.
Dengan menjadikan kawasan sekolah, tanah tidak digunakan, atau ruang rumah yang kecil sebagai persekitaran pembelajaran hijau, CAP percaya kanak-kanak dapat menanam rasa ingin tahu, tanggungjawab dan sikap menjaga planet ini.
Selain mempromosikan kehidupan lestari, inisiatif ini turut menangani cabaran semasa yang dihadapi oleh petani tempatan, termasuk kenaikan kos input, cuaca yang tidak menentu, banjir dan kekurangan tenaga kerja, yang telah menjejaskan pengeluaran dan harga makanan.
Dengan menanam sayur-sayuran di rumah, pengguna dapat mengurangkan kesan cabaran ini sambil menjimatkan perbelanjaan runcit dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang sumber makanan dan amalan lestari.
CAP menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengambil satu azam Tahun Baharu yang mudah tetapi berkuasa, iaitu menanam benih untuk masa depan. Menanam sayur-sayuran dan herba sendiri bukan sahaja merupakan langkah praktikal untuk mendapatkan makanan segar dan sihat, tetapi juga merupakan pelaburan dalam kemandirian, daya tahan, serta kesejahteraan komuniti dan alam sekitar.
Dengan mengambil tindakan kecil tetapi bermakna ini, keluarga bukan sahaja dapat menghasilkan makanan berkhasiat, malah menanam nilai tanggungjawab, kepedulian terhadap bumi, dan gaya hidup yang penuh kesedaran.
Biarlah Tahun Baharu ini menjadi peringatan bahawa setiap benih yang ditanam adalah langkah menuju Malaysia yang lebih hijau, sihat dan lestari.
CAP berharap rakyat Malaysia akan menghayati azam ini dengan sepenuh hati, menjadikan setiap ruang sebagai taman pertumbuhan dan peluang, serta menginspirasi generasi akan datang untuk bangga menjaga keluarga mereka dan dunia yang mereka warisi. – CAP
English version
Grow your own vegetables for future generations
The Consumers’ Association of Penang (CAP) recently organised a Grow Your Own Vegetables for Future Generation programme, a New Year initiative aimed at promoting sustainable chemical-free urban farming, environmental awareness and community empowerment.
The programme was officiated by Penang Island Mayor Rajendran P Anthony, demonstrating the shared commitment to nurturing a generation that is food-literate, environmentally conscious, and equipped with practical life skills.
CAP has long championed urban agriculture as a transformative approach to reduce household costs, improve access to fresh and nutritious food, and strengthen community ties.
This initiative encourages families, teachers and students to grow vegetables, herbs and edible plants, even in limited spaces, using creative and sustainable methods.
Everyday household containers, such as bottles, milk cartons and tin cans, can be repurposed to cultivate plants such as okra, eggplant, chillies, leafy greens, mint, pegaga and selom, providing families with a reliable source of fresh and chemical-free produce.
The programme also emphasises the crucial role of schools and teachers in fostering environmental education. Through gardening and hands-on learning, students gain practical knowledge of plant growth, sustainable farming and natural cycles, while developing an early awareness of climate change and the impact of human activities on the environment.
CAP believes that by turning school grounds, unused land, or even small home spaces into green learning environments, children can cultivate curiosity, responsibility and a sense of stewardship for the planet.
In addition to promoting sustainable living, the initiative addresses current challenges faced by local farmers, including rising input costs, unpredictable weather, floods and labour shortages, which have affected food production and prices.
By growing vegetables at home, consumers can alleviate the impact of these challenges while saving on grocery bills and gaining a deeper understanding of food sources and sustainability practices.
CAP calls on all in Malaysia to make a simple yet powerful resolution, which is to sow seeds for the future. Growing your own vegetables and herbs is more than just a practical step toward fresh, healthy food; it is an investment in self-reliance, resilience and the wellbeing of our communities and environment.
By taking this small but meaningful action, families can cultivate not only nutritious food but also values of responsibility, care for the planet, and mindful living.
Let this New Year be a reminder that each seed planted is a step toward a greener, healthier and more sustainable Malaysia.
CAP hopes that Malaysians will embrace this resolution wholeheartedly, turning everyday spaces into gardens of growth and opportunity, and inspiring the next generation to take pride in caring for both their families and the world they inherit. – CAP
NV Subbarow is the senior education officer at the Consumers’ Association of Penang.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
