Home Civil Society Voices Tangani pencemaran di Pulau Jerejak dengan segera

Tangani pencemaran di Pulau Jerejak dengan segera

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perikanan menyiasat serta mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha ternakan ikan dalam sangkar yang disyaki membuang sampah di Pulau Jerejak di sini.

CAP kesal walau pun kejadian itu pernah dikesan berlaku pada tahun 2021 namun masalah tersebut berulang lagi. Sampah dan sisa plastik bukan saja dilonggok di kawasan pantai dan pulau berkenaan tetapi juga dibakar secara terbuka.

CAP bimbang dengan masalah ini dan jika berterusan ia boleh merebak dan mencemarkan perairan serta dasar laut sekali gus mengancam sumber perikanan dan kehidupan nelayan pantai yang mencari rezeki di kawasan itu.

Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 perlu dikuatkuasakan dengan tegas oleh MBPP dan Jabatan Alam Sekitar, manakala Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia diminta supaya mengenakan syarat dan peraturan yang ketat ke atas pengusaha ternakan ikan dalam sangkar berhampiran pulau tersebut.

Selain itu CAP juga menggesa supaya siasatan dan kajian secara menyeluruh dilakukan oleh pihak berkenaan mengenai tahap dan kesan bahan buangan seperti plastik dan sisa makanan ikan ternakan di dasar laut berhampiran Pulau Jerejak dan kawasan-kawasan berdekatan.

CAP percaya jika masalah ini tidak ditangani segera, ia bukan saja boleh mengancam alam sekitar dengan lebih serius lagi pada masa akan datang tetapi juga menjejaskan hutan semula jadi, pembiakan hidupan laut, aktiviti dan sumber pendapatan nelayan pantai serta bekalan makanan untuk pengguna.

CAP berharap kerajaan Pulau Pinang, jabatan dan agensi yang terlibat mendedahkan hasil siasatan dan tindakan yang diambil mengenai masalah ini kepada orang ramai dengan segera.

READ MORE:  Sumber perikanan negara di ambang kemusnahan? (Malay/English)

Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x