Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) ingin menyatakan kebimbangan serius serta pendirian tegasnya berhubung pelaksanaan akta pembaharuan bandar (urban renewal act), yang diperkenalkan sebagai langkah memodenkan kawasan bandar lama dan usang yang tidak lagi sesuai untuk didiami.
Sekiranya diluluskan, pelaksanaan akta pembaharuan bandar boleh menimbulkan pelbagai isu berkaitan kewujudan undang-undang sedia ada, hak pemilik hartanah, dominasi pemaju dan implikasi sosial terhadap komuniti setempat.
Merujuk kepada Kajian Dasar Ikram Sdn Bhd (Kadri), Ikram mendapati bahawa akta pembaharuan bandar berpotensi mencetuskan ketidakadilan sosial, defisit kepercayaan dan konflik dalam kalangan pemegang taruh sekiranya dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa konsultasi menyeluruh.
Antara kebimbangan utama yang telah dikenal pasti adalah kewujudan undang-undang sedia ada dan ketidakjelasan bidang kuasa, pengurangan ambang persetujuan pemilik, dominasi pemaju dan konflik kepentingan, gentrifikasi dan kehilangan identiti komuniti, dan defisit kepercayaan dan ketelusan proses.
Sehubungan itu, Ikram menyeru agar pihak berkuasa mengkaji semula akta pembaharuan bandar secara menyeluruh agar selaras dengan prinsip keadilan sosial, kesejahteraan komuniti dan ketelusan pelaksanaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Ikram mencadangkan langkah-langkah strategik berikut:
- Menangguhkan pelaksanaan akta pembaharuan bandar URAsehingga kajian impak sosial dan perundangan yang holistik disiapkan oleh sebuah jawatankuasa penilaian khas
- Mewajibkan mekanisme rundingan komuniti yang telusdan libat urus inklusif dengan pemilik hartanah, komuniti setempat dan NGO
- Memperkukuh peranan agensi kerajaanseperti Urban Development Authority (Uda) sebagai badan pelaksana utama akta pembaharuan bandar bagi mengimbangi kepentingan awam dan komersial
- Melaksanakan polisi perlindungan komuniti asal dan pampasan setaratermasuk prinsip “one-to-one replacement”, pampasan nilai sentimental dan keutamaan penempatan semula kepada penduduk asal sebagai syarat utama pembangunan semula
- Menggalakkan insentif penyelenggaraan dan pemulihan bangunan sedia ada, melalui insentif cukai, geran dan pembiayaan mudah sebagai alternatif kepada pembinaan semula total
- Memastikan ketelusan maklumat dan akauntabiliti prosesmelalui penyiaran data impak projek akta pembaharuan bandar secara berkala, audit terbuka dan saluran aduan yang efektif
- Memberikan jaminan kepada pemilikmengenai implikasi kewangan yang akan timbul sebaik memiliki bangunan baru serta bayaran-bayaran tambahan yang perlu ditanggung berbanding sebelumnya
Ikram menegaskan bahawa kejayaan akta pembaharuan bandar bergantung kepada keseimbangan antara aspirasi pembangunan yang mampan dan lestari, perlindungan komuniti dan ketelusan pelaksanaan.
Hanya dengan pendekatan yang inklusif dan berfakta, akta pembaharuan bandar mampu menjadi alat pembangunan yang adil dan lestari demi kesejahteraan semua rakyat Malaysia.
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Al-Baqarah: 188)
Badlishah Sham Baharin ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

