Home Civil Society Voices Tarik balik pelantikan ahli lembaga pengarah berasaskan kesetiaan politik di Universiti Malaya

Tarik balik pelantikan ahli lembaga pengarah berasaskan kesetiaan politik di Universiti Malaya

Satu mekanisme untuk menangani tradisi penyalahgunaan kuasa terang-terangan sedemikian mesti diperkenalkan

2,407 views

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Pada Julai 2021, Pergerakan Tenaga Akademic Malaysia (Gerak) mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai krisis kepemimpinan dalam institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang menggariskan pendirian kami terhadap isu campur tangan politik luar di universiti awam Malaysia.

Pengabaian berterusan garis panduan tadbir urus yang sedia ada oleh Kementerian Pengajian Tinggi di bawah rejim Perikatan Nasional merupakan satu tren yang membimbangkan.

Gerak mengecam satu amalan baharu di bawah rejim Perikatan Nasional/Barisan Nasional sejak setahun terakhir ini, iaitu pelantikan sebilangan besar individu yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik dari ‘kelompok’ pihak pemerintah untuk memegang jawatan di lembaga pengarah universiti pelbagai universiti awam.

Banyak kritikan mengenai perkara ini telah disuarakan oleh pelbagai pihak. Walau bagaimanapun menteri pengajian tinggi masih tidak melakukan sebarang pembetulan terhadap amalan yang merosakkan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia ini.

Namun, sekarang perdana menteri baharu menekan 100 hari pertama bagi ahli-ahli kabinet untuk membuktikan keberhasilan dan pencapaian awal kepada rakyat.

Menteri pengajian tinggi, sekali lagi, menunjukkan bahawa beliau tidak berminat atau tidak mengerti untuk melaksanakan transformasi yang akan membawa universiti awam ke satu tahap yang lebih profesional dan bertaraf antarabangsa.

Jauh dari cuba membuktikan pencapaian untuk meningkatkan kuasa autonomi universiti awam kepada rakyat, Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad lebih mementingkan pengukuhan kuasa politik beliau dengan menggunakan arena lembaga pengarah universiti di universiti awam semata-mata demi keperluan politik parti.

Hal ini dapat diperlihatkan dalam pelantikan yang berlaku baru-baru ini. Seorang bekas pegawai politik ahli politik kanan Umno, Danesh Raj Nagarajan, yang berusia 26 tahun, baru dilantik menjadi ahli lembaga pengarah universiti di Universiti Malaya.

READ MORE:  Tracking political appointments: Who holds the power?

Walaupun usia tidak boleh menjadi kriteria atau tidak menjadi penghalang, pengalaman dan kemampuan untuk menyumbang kepada universiti harus menjadi kriteria penting.

Dengan meneliti kelayakan Danesh Raj Nagarajan yang tersedia umum, kami mendapati justifikasi untuk pelantikan tersebut hanya terhad kepada pengaktifan beliau sebagai alumni.

Berdasarkan bukti-bukti yang dapat kita kumpulkan dalam arena awam, kami mendapati bahawa pelantikan ini bersifat pelantikan politik kerana latar belakang beliau yang lebih menonjol ialah peranan beliau sebagai pemimpin muda dalam Kongres India Malaysia (MIC).

Gerak ingin mengulangi pendirian kami yang telah disebar luas pada bulan Julai lalu bahawa amalan melantik pengerusi, ahli lembaga pengarah serta ahli pentadbiran tertinggi universiti yang lain berdasarkan naungan serta kesetiaan politik perlu dihentikan.

Penyalahgunaan kuasa dan campur tangan politik terhadap isu pelantikan lembaga pengarah universiti bukan sahaja akan menjejaskan autonomi universiti tempatan, ia juga memusnahkan pencapaian kecemerlangan universiti tempatan.

Peranan lembaga pengarah dan anggotanya berada di barisan hadapan untuk membantu pihak pelaksana dan pengurusan universiti untuk berkembang, meningkatkan reputasi, menjalin hubungan dengan masyarakat yang lebih luas, tetapi bukan untuk pengukuhan hubungan dengan parti politik.

Akhir sekali, Gerak menyeru supaya pelantikan ahli-ahli lembaga pengarah di universiti-universiti awam Malaysia semasa rejim Perikatan Nasional/Barisan Nasionl yang berasaskan kepentingan politik pihak berkuasa mesti ditarik balik dan satu mekanisme untuk menangani tradisi penyalahgunaan kuasa terang-terangan sedemikian mesti diperkenalkan. – Gerak

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Faridah Baba
Faridah Baba
8 Oct 2021 10.11am

This trend is indeed undesirable and is an insult to all the academicians in UM specifically and the nation generally.

Most Read

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x