
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam kenyataan ketua Polis Dang Wangi yang memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah anjuran Sekretariat Rakyat Benci Rasuah, yang dijadual pada 25 Januari ini.
Kami mengingatkan ketua Polis Dang Wangi bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara serta hak berhimpun dan bersuara adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan.
Taktik menggunakan peruntukan-peruntukan kecil seperti tidak cukup pemakluman adalah taktik lapuk yang digunakan untuk mendekam suara rakyat daripada terus dilaungkan. Apatah lagi isu rasuah ini adalah isu besar yang masih membarah dalam negara.
Tidak waras bagi pihak berkuasa yang cuba untuk menghalang himpunan aman ini dijalankan. Apakah sebenarnya yang ditakuti oleh penguasa? Adakah ketua Polis Dang Wangi keluarkan kenyataan atas desakan mana-mana individu atau menteri dalam kerajaan atau beliau sendiri, kerana kenyataan itu membelakangkan undang-undang yang memberikan kuasa dan hak untuk rakyat menggunakan saluran itu untuk himpunan aman?
Lebih baik pihak berkuasa memastikan agar perhimpunan ini berlangsung dengan aman dan tertib daripada berterusan menggunakan undang-undang untuk menakutkan rakyat berhimpun.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih dan Suaram menyatakan solidariti kepada rakan-rakan daripada Sekretariat Rakyat Benci Rasuah yang akan turun berhimpun secara aman dalam Himpunan Rakyat Benci Rasuah kelak.
Ini adalah manifestasi suara rakyat yang tidak lagi ingin isu-isu rasuah membelenggu negara, apatah lagi melibatkan pemimpin-pemimpin politik daripada ceruk dan celah mana pun.
Kami juga ingin menyarankan para menteri yang berada di tampuk kuasa agar bersama nyatakan solidariti bersama himpunan ini. Rakyat berhak berhimpun secara aman walaupun kalian tidak suka. Apatah lagi isu ini adalah isu yang kalian perjuangkan selama ini.
Rakyat akan terus bersuara. Jika dihalang, hanya satu kata: lawan! – Bersih/Suaram
English version
Uphold the constitutional right to peaceful assembly
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) and Suara Rakyat Malaysia (Suaram) condemn the Dang Wangi Police chief’s warning to the public not to participate in the upcoming “People Hate Corruption” rally scheduled for 25 January, organised by the People Hate Corruption Secretariat.
We remind the Dang Wangi Police chief that the Federal Constitution is the supreme law of the land, and that the right to assemble and speak freely is a fundamental freedom guaranteed by the Constitution.
Using minor provisions, such as claiming that incomplete notice [was given] is an outdated tactic to silence the people’s voices, especially on a critical issues such as corruption, which continues to deeply affect the country.
It is unreasonable for the authorities to attempt to obstruct this peaceful assembly. Instead of carrying out their duty to facilitate the rally so that it is carried out in a peaceful and orderly manner, the authorities continue to use the law to intimidate the public from exercising their constitutional right to assemble.
This attempted obstruction raises questions about whether the Dang Wangi Police chief’s statement was made under pressure from policymakers in government or as an independent decision. This further undermines the public’s right to peaceful assembly guaranteed by the Constitution.
Bersih and Suaram stand in solidarity with the People Hate Corruption Secretariat as the people take to the streets. The peaceful People Hate Corruption rally is a manifestation of the people’s will to, once and for all, put an end to corruption – an issue that continues to plague the country involving political leaders across the political spectrum.
We also urge ministers in power to join in expressing solidarity with this rally. The people’s right to peacefully assemble stands, even if it is an issue you disagree with, and ironically an issue you have long claimed to fight for.
The people will continue to speak out. If silenced, there is only one response: fight! – Bersih/Suaram
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme