Home Civil Society Voices Tidak melanjutkan lesen Lynas sekali lagi

Tidak melanjutkan lesen Lynas sekali lagi

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Maklumbalas dari Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) dalam kenyataannya, tindakan kerajaan persekutuan untuk menghadkan lesen Lynas kepada tempoh enam bulan dan mengenakan syarat-syarat ke atasnya adalah satu langkah permulaan untuk menangani masalah alam sekitar yang lebih serius.

Desakan kerajaan bahawa Lynas mesti memindahkan proses cracking dan leaching yang sedang dijalankan di kilangnya di Gebeng, Kuantan, ke luar negara menunjukkan betapa teruknya kesan dari aktiviti di kilang Lynas ini terhadap alam sekitar.

Jelaslah sekarang dakwaan Lynas bahawa bahan buangan yang dihasilkannya tidak membahayakan manusia dan alam sekitar adalah tidak benar sama sekali.

Peka memandang perkembangan ini sebagai bukti bahawa perjuangan kumpulan alam sekitar dan penentang yang lain terhadap Lynas sememangnya wajar. Lynas telah menggadaikan alam sekitar Malaysia dan harus menghentikan keseluruhan operasinya.

Walaupun penyelesaian untuk masalah jangka panjang ini akan mengambil masa, persoalah dan keraguan tentang Lynas masih tak terjawab.

Apa yang akan berlaku selepas tempoh enam bulan?

Bagaimanakah Lynas akan dipantau untuk memastikan bahawa semua syarat dipatuhi dan apakah penalti yang akan dikenakan sekiranya Lynas gagal mematuhi syarat dalam jangka masa yang ditetapkan?

Tambahan pula, apakah yang akan terjadi kepada timbunan sisa radioaktif water leach purification yang kini terkumpul melebihi 580,000 tan di kemudahan simpanan sedia ada?

Sekiranya Lynas memang ikhlas tentang isu alam sekitar di Malaysia, ia bukan saja akan mematuhi syarat tetapi akan mengambil tindakan yang menyeluruh untuk menangani isu ini. Hakikatnya, Lynas tetap dengan pendiriannya bahawa operasinya adalah selamat dan tidak membahayakan alam sekitar.

Oleh itu, kami menyeru kerajaan supaya meningkatkan usaha untuk menyelesaikan isu alam sekitar ini dengan tidak membaharui lesen Lynas selepas tamat tempoh enam bulan ini dan memberhentikan segala aktiviti yang dijalankan sebelum bencana alam sekitar melanda.

Sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku akibat dari projek Lynas, sudah pasti ianya satu malapetaka yang lebih serius daripada bencana lain seperti pencemaran Sungai Kim Kim baru ini. Kesan negatifnya akan lebih ketara dan mungkin tidak boleh diselesaikan walaupun dalam jangkamasa panjang.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku kepada negara kita.

Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil ialah president Peka Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Fami Isa
20 Aug 2019 6.05pm

Cilaka mana yang benarkan Lynas masuk dulu2 ya…..

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x