Home Civil Society Voices Tindakan polis siasat pesuruhjaya Suhakam dan peguam Majlis Peguam dikecam

Tindakan polis siasat pesuruhjaya Suhakam dan peguam Majlis Peguam dikecam

The #Lawan movement, organised by SSR

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) merujuk ke laporan media berkenaan pesuruhjaya Suhakam dan peguam pemerhati daripada Majlis Peguam yang dipanggil polis untuk disiasat berkenaan perhimpunan #Lawan yang diadakan di Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Kami berpendapat, tindakan polis dalam hal ini adalah sebagai satu siasatan yang sia-sia dan membuang masa serta membazirkan kos awam.

Suhakam hanya menjalankan tugas sebagai sebuah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang ditubuhkan dibawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999. Oleh yang demikian Suhakam merupakan badan pemantau bagi memerhati dan menyiasat apa-apa aduan perlanggaran hak asasi manusia yang dimandatkan undang-undang.

Menurut Akta Suhakam, di dalam Seksyen 4(2)(c) adalah menjadi peranan dan fungsi Suhakam untuk menjalankan apa-apa tindakan bagi mengkaji dan mengesahkan sama ada wujud perlanggaran hak asasi manusia pada bila–bila masa. Tindakan Suhakam memantau perhimpunan tersebut adalah bertepatan dan merupakan satu tugas mereka dalam perkara ini.

Justeru tindakan polis menyiasat pesuruhjaya dan kakitangan Suhakam adalah satu tindakan yang tidak masuk akal, melangar undang-undang serta tidak menghormati tugas suruhanjaya itu. Begitu juga dengan siasatan ke atas peguam-peguam pemerhati Majlis Peguam yang hanya menjalankan kerja-kerja memantau semasa perhimpunan #Lawan tersebut. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan polis diingatkan agar lebih peka kepada isu-isu seperti ini dan mengambil langkah segera agar perkara-perkara sebegini tidak berulang pada masa hadapan.

Edict ingin mengingatkan polis agar tidak lupa menyiasat aduan serta keluhan rakyat berkenaan perlanggaran prosedur operasi standard oleh para ahli parlimen, peguam negara dan menteri-menteri kerajaan yang berkumpul di rumah perdana menteri serta hotel sejak minggu lalu. Mengapa sehingga hari ini tidak kedengaran para ahli parlimen kerajaan, peguam negara dan menteri-menteri ini disiasat?

READ MORE:  Suhakam sokong kerajaan membangunkan rang undang-undang suruhanjaya kanak-kanak (Malay/English)

Tindakan polis yang dilihat hanya mengambil tindakan menyiasat para ahli politik pembangkang, ahli Suhakam, para peguam pemerhati daripada Majlis Peguam dan para aktivis adalah satu tindakan yang boleh dilihat sebagai amat berat sebelah dan tidak adil. – Edict

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x