Home Civil Society Voices Tindakan SKMM menyekat paparan dalam talian semasa banjir dikecam (Malay/English)

Tindakan SKMM menyekat paparan dalam talian semasa banjir dikecam (Malay/English)

Massive Klang Valley floods 2021

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Centre for Independent Journalism (CIJ) mengecam dengan keras tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaporkan cuba memadam paparan Twitter yang bersikap kritikal terhadap kegagalan tindakan kerajaan dalam menguruskan situasi banjir, terutamanya di kawasan Lembah Klang, Dengkil dan Hulu Langat.

Menurut laporan berita, SKMM telah melaporkan beberapa tanda pagar kepada Twitter sebagai “lucah” dan harus mematuhi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kebebasan bersuara termasuk hak asasi untuk mencari dan bertukar-tukar pandangan, idea dan maklumat yang membolehkan mereka membentuk pandangan mereka sendiri. Kebebasan ini juga harus membenarkan pandangan yang berlawanan dan alternatif, terutamanya berkenaan isu-isu awam, serta menggesa ke arah tadbir urus yang baik dengan memastikan pemerintah terus bertanggungjawab.

Justeru, sebarang kritikan, perbezaan dan pandangan yang berlawanan terhadap kerajaan harus dilindungi dan suatu bentuk ekspresi yang sah.

Sekatan dan had yang dikenakan ke atas sebarang bentuk ekspresi dalam bentuk undang-undang haruslah jelas dan didefinisikan dengan ketat dan juga bertujuan untuk menjaga kepentingan awam. Malah, sebarang sekatan terhadap ekspresi dan ucapan harus mengambil kira piawai antarabangsa yang umumnya telah diterima sebagai panduan bagi prinsip dan alat hak asasi manusia. Ujian bahaya atau ‘harm test’ juga harus dilaksanakan bagi mengenal pasti kepentingan, kekadaran dan kesahihan di sisi undang-undang dan hanya apabila kesemua kriteria sudah dipenuhi barulah sekatan boleh dikenakan.

Usaha bagi menyekat pandangan berlawanan dan kritikan terhadap kerajaan yang bertujuan untuk mencabar dan memastikan kerajaan bertanggungjawab adalah tidak selaras dengan sebarang dakwaan untuk melindungi kepentingan awam atau mendukung demokrasi di negara ini. Menapis pandangan yang berlawanan dan kritikal tidak seharusnya menjadi kelaziman – sungguhpun ianya memburukkan imej kerajaan.

Peranan kerajaan adalah untuk mendukung demokrasi dan membenarkan suara-suara yang berlawanan untuk didengari dan diteliti, biarpun ianya bersikap kritikal terhadap dasar kerajaan atau menyentuh kegagalan pengurusan kerajaan. Perbahasan yang sihat dan penting dalam proses penentuan yang terdidik haruslah digalakkan dan bukannya disekat atau dijadikan jenayah – dan hal ini termasuklah membenarkan perbincangan-perbincangan yang sukar dan harus didengar pemerintah agar mereka dapat menambahbaik gerak kerja mereka.

Kami turut bimbang melihat Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerap digunakan bagi mendiamkan suara-suara yang kritikal. Seksyen 233 sangat bermasalah kerana definisinya yang terlalu meluas dan hukuman yang berat sehingga melanggar hak perlembagaan kebebasan bersuara. Seksyen ini membenarkan untuk seseorang dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun dan didenda sehingga RM50,000 atas sebab membuat paparan yang berunsurkan kebencian yang melukakan perasaan orang lain.

Hal ini telah melangkaui sekatan yang sah yang dibenarkan dalam kebebasan bersuara, antaranya seperti ucapan yang mengajak kepada keganasan atau mengancam keselamatan nasional. Undang-undang ini hendaklah tidak digunakan secara semberono oleh pemerintah. Tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya 236 orang yang dikenakan tindakan melalui 140 kes siasatan polis, ditahan dan didakwa melalui Seksyen 233, menurut data pemerhatian media.

Mana-mana kerajaan yang pantas menggunakan radas pemerintah bagi menutup suara-suara dan pandangan berlawanan harus dilihat sebagai ancaman kepada sistem demokrasi yang berfungsi. Suara-suara kritikal adalah nadi bagi proses ketelusan dan kebertanggungjawaban untuk menyemak imbang kuasa pemerintah – terutamanya kini menjadi sangat penting apabila negara berdepan dengan krisis banjir.

Ketua pemerintah dan pegawai-pegawai kerajaan harus menerima kritikan rakyat kebanyakan dengan hati yang terbuka. Pihak kerajaan seharusnya tidak boleh lari daripada akibat tindakan mereka dan tiada pengecualian hukuman terhadap mereka yang menyekat kebebasan berpendapat dan bersuara melalui ancaman, gangguan dan keganasan.

READ MORE:  Social media licensing: Protecting users or stifling voices?

CIJ juga bimbang melihat keutamaan SKMM sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan komunikasi sewaktu berdepan dengan krisis nasional yang cukup merisaukan dan telah meragut banyak nyawa dan kerosakan harta benda serta mengganggu hidup ribuan rakyat biasa. SKMM sewajarnya memainkan peranan yang lebih proaktif bagi menguruskan maklumat untuk usaha menyelamat apabila komunikasi di beberapa tempat telah pun terjejas.

Tindakan SKMM bagi menapis maklumat yang berkaitan dengan banjir bukan sahaja biadap dan tidak menghormati keadaan mangsa banjir, bahkan menggambarkan sikap sebenar mereka terhadap demokrasi dan hak untuk berwacana akan hal-hal yang penting buat orang awam. Dalam konteks hak asasi manusia yang meluas, CIJ juga terkejut melihat Kementerian Komunikasi dan Multimedia digunakan sebagai pelindung bagi melindungi kegagalan pemerintah.

Oleh itu, kami menggesa pemerintah dan agensi-agensinya seperti SKMM untuk segera melakukan tindakan-tindakan berikut:

  • Menumpukan sumber-sumber awam ke arah menyediakan maklumat terkini yang mudah diakses dan bertepatan berkenaan dengan keadaan banjir dan kerja-kerja bantuan banjir, dan bukannya digunakan ke arah memburu mereka yang bersikap kritikal atau melawan terhadap kegagalan pemerintah menguruskan situasi banjir ini
  • Bekerjasama dengan organisasi masyarakat sivil dan syarikat media sosial untuk membina pemahaman yang lebih baik dalam mendefinisikan penapisan bahan dalam talian, sambil turut mengambil kira konteks tempatan, standard komuniti sedia ada yang digunakan syarikat media sosial serta selaras dengan standard hak asasi manusia antarabangsa untuk kebebasan bersuara, kesamarataan gender, non-diskriminasi dan kepelbagaian
  • Melaksanakan Pelan Tindakan Rabat dalam menyekat advokasi terhadap kebencian nasional, kaum atau agama yang boleh mencetuskan diskriminasi, kekasaran atau keganasan melalui kerangka melibatkan pelbagai pemegang taruh bagi menggalakkan kebebasan bersuara berpaksikan prinsip kesamarataan gender, non diskriminasi dan kepelbagaian
  • Membina suasana yang kondusif bagi menggalakkan pemikiran kritis, perdebatan yang sihat, ketelusan dan kebertanggungjawaban daripada pemerintah dan tindakan yang terarah bagi membina kepercayaan rakyat terhadap pemerintah – dan bukannya menekan hak asasi mereka
  • Menghentikan dan menahan daripada meneruskan sebarang penggunaan tindakan yang mengancam bagi mengugut dan menutup suara mereka yang mengamalkan hak asasi mereka dan bersuara bagi pihak masyarakat dan golongan tertindas sewaktu keadaan yang sangat tertekan sekarang, dan juga menghentikan sebarang siasatan yang sedang dijalankan, dan
  • Berhenti menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada yang menekan, seperti Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, bagi menapis dan mendiamkan suara-suara yang berlawanan dan bersifat alternatif. Pemerintah harus menilai semula dan menjalankan moratorium terhadap sebarang gunaan tidak jelas Seksyen 233 dan bergerak ke arah memansuhkan dan menggubal semula beberapa peruntukan yang tidak jelas agar ianya selaras dengan hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan dan piawaian antarabangsa.

CIJ sedia bekerjasama dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan SKMM untuk bekerjasama ke arah agenda pembaharuan yang mempromosi dan melindungi hak asasi manusia

English version

CIJ strongly condemns MCMC’s attempt to suppress online postings aimed at holding the state accountable for the state’s failure on the search-and-rescue operations for flood victims

CIJ strongly condemns the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)’s reported attempt of removing Twitter posts critical of the government’s alleged mishandling of the floods situation, especially in most parts of the Klang Valley, Dengkil and Hulu Langat.

READ MORE:  Gabungan NGO bimbang kesan kerajaan mengawal selia pelesenan platform media sosial

According to a news report, the MCMC reported several flood-related hashtags to Twitter as they were “obscene” to ensure compliance with Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998

Freedom of expression includes the fundamental right to seek and exchange ideas, opinions, and information to enable the public to form their own opinions. This freedom also allows for dissenting or alternative positions, specifically on issues of public interest, and ultimately promotes good governance by holding the state to account. It follows that dissent, differences of opinion, and criticism of the government are protected and valid forms of expression.

Limits and restrictions on any forms of expression in law must be clear and narrowly defined and serve a well-defined public interest function. Furthermore, any limitations to expression and speech must always take into account internationally accepted standards, which are guided by human rights principles and instruments. A harm test is usually carried out to determine necessity, proportionality, and legality. Only if all three criteria have been met can restrictions take place.

Attempts to suppress dissent and criticism of the government to challenge or hold the state to account are grossly disproportionate to any legitimate aim of protecting public order or upholding our democracy. Censoring such dissenting and critical views should never be the norm – even if they make the government look bad.

The role of the government is to promote democracy and allow dissenting voices to be heard and accessed, even if such voices are critical of policies or alleged mismanagement on the government’s part. Well-informed debates, which are crucial to informed decision-making, must be promoted instead of censored or criminalised – and that would include the difficult conversations the government needs to hear so they can do better.

We are also alarmed by the repeated use of Section 233 of the Communications and Multimedia Act to silence critical voices. Section 233 is deeply problematic for its over-broad definitions accompanied with heavy punishment that infringes upon the constitutional right to freedom of expression. The section allows a person(s) to be imprisoned for up to one year and fined up to RM50,000 for posting offensive content that annoys another person.

This goes far beyond the legitimate restrictions allowed on freedom of expression, such as preventing incitement to violence or for national security. This law must not be used arbitrarily by the state anymore. According to our media monitoring data, this year alone, at least 236 individuals were implicated in 140 police investigations, arrests and charges related to Section 233 of the act.

Any government that is too quick to put the weight of the state apparatus against dissenting voices and opinions raises alarm bells for a functioning democratic system. Critical voices are at the heart of transparency and accountability – which is crucial now more than ever as we experience a nationwide crisis in the form of floods.

READ MORE:  Censored voices: How Malaysia silenced thousands on TikTok in 2023

Heads of state and public officials should tolerate more, not less, criticism than ordinary citizens. The government cannot be exempted from the consequences of their actions, and there should be no impunity for those that limit freedom of opinion and expression through threats, harassment and violence.

The CIJ is also concerned with the MCMC’s priorities as a government agency responsible for communications in times of a national crisis in light of the gravity of the situation, especially when mortality rates are high. The floods have caused tremendous property damage and disrupted the lives of thousands. The MCMC should be proactive in coordinating information for search-and-rescue efforts as communication lines are down in affected areas.

The MCMC’s act of attempting to censor content related to the floods is not only highly disrespectful of flood victims but speaks volumes about its regard to democracy and the right to discourse on important matters of public interest. In the broader context of human rights, the CIJ is more appalled that the Ministry of Communications and Multimedia is being used as a shield to protect government failures.

As such, we call on the government and its various actors like the MCMC to carry out the following concerted efforts without delay:

  • Focus public resources towards providing timely and accessible updates and information on the flood and ongoing flood relief work, instead of cracking down on those being critical or dissenting towards alleged flood mismanagement by the state
  • Work together with civil society organisations and social media companies to better understand and define online content removal and censorship while taking into account the local context, existing community standards by social media companies and keeping in line with international human rights standards on freedom of expression, gender equality, non-discrimination, and diversity
  • Implement the Rabat Plan of Action on the prohibition of advocacy of national, racial or religious hatred that constitutes incitement to discrimination, hostility or violence, through a multi-stakeholder framework that promotes freedom of expression based on the principles of gender equality, non-discrimination, and diversity
  • Create an enabling environment that promotes critical thinking, healthy debates, transparency, and accountability from the government as well as measures focused on building the people’s trust in the government – not further undermine the people’s human rights
  • End and refrain from the continued use of intimidating measures to threaten and silence those exercising their fundamental human rights and speaking on behalf of the public and those marginalised in these very trying times, and halt all ongoing investigations, and
  • Stop using existing regressive legal provisions, such as Section 233 to censor and silence dissenting and non-conforming voices. The state must also review and adopt a moratorium on the arbitrary use of Section 233, besides moving towards repealing and amending its vague provisions in accordance with our Federal Constitution and international standards on freedom of expression

The CIJ is ready to work with the Ministry of Communications and Multimedia and with the MCMC to push the reform agenda for better promotion and protection of human rights. – CIJ

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x