Home Civil Society Voices Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi – Deklarasi 1 Mei 2019

Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi – Deklarasi 1 Mei 2019

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Tema sambutan Hari Pekerja tahun ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei 1 [dan disokong oleh seratus pertubuhan masyarakat sivil] adalah “Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi”.

Tema ini dipilih sejajar dengan keadaan terkini iaitu rakyat Malaysia tidak menerima gaji yang setimpat dengan kerja yang dilakukan oleh mereka.

Baru-baru ini Bank Negara telah mengeluarkan satu laporan yang menyatakan bahawa pekerja Malaysia tidak mendapat gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh mereka.

Malah, banyak industri di negara ini memberikan gaji yang lebih rendah daripada pendapatan negara sebanyak 35.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding gaji negara/ekonomi penanda aras sebanyak 52.7%.

Sudah tiba masanya, kerajaan Malaysia untuk mewujudkan gaji kehidupan wajar (living wage) untuk pekerja Malaysia supaya mereka dapat menikmati taraf hidup minimum yang boleh diterima dan bebas daripada kekangan kewangan dan kesusahan.

Pada masa yang sama, gaji minimum yang sedia haruslah ditingkatkan daripada RM1,100 kepada RM1,800 seperti yang disarankan oleh badan-badan sivil, parti politik dan kesatuan pekerja.

Pakatan Harapan juga harus laksanakan janji-janji pilihan raya dengan menaikkan gaji pekerja dengan serta merta dan hentikan sebarang diskriminasi terhadap pekerja dari segi gaji, kewarganegaraan, gender, orientasi seksual dan kaum.

Akhir kata 1 Mei adalah hari yang cukup istimewa dimana hari ini disambut oleh pekerja diseluruh dunia dengan perhimpunan dan perarakan. Marilah kita tidak sia-siakan hari bersejarah ini. Teruskan membina kuasa pekerja kerana hanya pekerja yang mampu dan boleh membawa perubahan untuk semua.

Tuntutan

1. Wujudkan/laksanakan gaji kehidupan wajar untuk semua kelas pekerja.

2. Tingkatkan gaji minima ke RM1,800 dengan serta merta dan melaksanakan Cola (cost of living allowance) untuk pekerja menghadapi kenaikan kos hidup seperti yang disarankan oleh Bank Negara di mana gaji minimum untuk hidup di Kuala Lumpur (KL) pada 2016 dianggarkan sebanyak RM2,700 bagi orang dewasa, RM4,500 untuk pasangan tanpa kanak-kanak dan RM6,500 bagi pasangan dengan dua orang anak.

3. Hak kesatuan sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di negara ini.

READ MORE:  Ekonomi gig: Melindungi 1.2 juta pekerja Malaysia

4. Hak pekerja wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan gangguan terhadap wanita di tempat kerja. Kuatkuasakan Konvensyen berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (Cedaw) dan gubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.

5. Wujudkan jaminan kerja – Hapuskan sistem kerja kontrak bagi kerja tetap yang memiskinkan pekerja di sektor kerajaan dan swasta.

6. Hak pekera migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.

7. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas – air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan asas yang harus disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya.

8. Hak individu yang hidup dengan HIV – Pastikan tiada klausa atau budaya yang mempromosioan diskriminasi seseorang berdasarkan status HIV di tempat kerja atau insititusi pendidikan. Individu-individu HIV positif perlu diberikan akses kepada perubatan pada kos yang berpatutan dan diberikan manfaat perubatan dan insurans yang sama rata.

9. Kebebasan media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan. Pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyekat kebebasan rakyat bersuara harus dibatalkan.

10. Kawal harga barang – Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.

11. Hak mahasiswa – Naikkan gaji graduan dan hapuskan diskriminasi antara graduan; berikan pendididkan percuma kepada semua pelajar, kanak-kanak migran dan pelarian; dan akhir sekali, mansuhkan Akta Universiti and Kolej Universiti, Akta 174, dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa serta kembalikan autonomi mahasiswa.

12. Hak Orang Asal/Asli – Iktiraf hak tanah adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah rizab Orang Asal/Asli di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal/Asli.

READ MORE:  Bold move to protect gig workers' rights - but challenge lies in walking the talk

13. Alam sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti perlombongan bauksit, Lynas, insinerator dan loji nuklear. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.

14. Perumahan selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap masyarakat marhain termasuk peneroka bandar, Orang Asal dan pekerja ladang. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan.

15. Hak bertani dan jaminan makanan – Iktiraf dan berikan geran tanah kepada golongan petani yang telah lama bertani dan membekalkan hasil pertanian untuk kegunaan tempatan.

16. Mansuhkan Akta Pencegahan Jenayah (Poca), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Hasutan 1948 serta segala undang-undang yang menindas rakyat.

17. Hak bekerja orang kurang upaya (OKU) harus dijamin. Skim pekerjaan yang memberi peluang pekerjaan untuk OKU harus dilaksanakan.

18. Laksanakan jaminan perlindungan sekuriti sosial untuk semua termasuk skim pencen dan kemudahan untuk golongan warga emas.

19. Hentikan diskriminasi berasaskan gender dan orientasi seksual. Mansuhkan undang-undang, polisi dan tindakan yang mengakibatkan diskriminasi sedemikian. Gubal Akta Kesamarataan Gender (Gender Equality Act).

20. Hak kanak-kanak – Melindungi dan menunaikan hak kanak-kanak mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak.

21. Hak pelarian dan pemohon suaka – Ratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan iktiraf hak pelarian dan pemohon suaka.

22. Hak samarata untuk semua, tidak kira agama, kaum, jantina, gender, kewarganegaraan, status HIV dan seksualiti.

Deklarasi 1 Mei, Hari Pekerja 2019 ini disokong oleh organisasi-organisasi di bawah:

  1. Academy of Tamil Studies, Malaysia
  2. Agora Society Malaysia
  3. Aliran
  4. All Women’s Action Society (Awam)
  5. Association of Women Lawyers
  6. Beyond Borders
  7. Borneo Komrad
  8. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  9. Centre of Education,. Research and Development (Cedar) Malaysia
  10. Child Development Initiative Malaysia
  11. Community Development Centre (CDC)
  12. Council of Temples Malaysia
  13. Diversity
  14. Foreign Spouses Support Group
  15. Freedom
  16. Gabungan Pemandu Lori Perak
  17. Gabungan Pembebasan Akademik (GPA)
  18. Gabungan Selamatkan Petani and Peternak, Perak
  19. Gerak Malaysia
  20. Gerakan Pembebasan Wanita
  21. Group of Concerned Citizens Malaysia
  22. Imagined Malaysia
  23. Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan
  24. Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)
  25. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Bangi
  26. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Braemar
  27. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Brookhlands
  28. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil
  29. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Dunedin
  30. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Klebang
  31. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Ladang Kamiri
  32. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Ladang Sungai Belata
  33. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Ladang Victoria
  34. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Semenyih
  35. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Stratshila
  36. Jawatankuasa Bertindak Kampung Chubadak Tambahan, Sentul
  37. Jawatankuasa Bertindak Ladang Changkat Salak
  38. Jawatankuasa Bertindak Ladang Gedung
  39. Jawatankuasa Bertindak Ladang Jin Seng
  40. Jawatankuasa Bertindak Ladang Kalumpang
  41. Jawatankuasa Bertindak Ladang Padang Meha
  42. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Kuda
  43. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Chepor
  44. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Gatco
  45. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Hospital Quarters
  46. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Baru Pokok Sena
  47. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Jawa
  48. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Kastam
  49. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Kesinai
  50. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Soon Lee
  51. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Tok Suboh
  52. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Wakaf Jalan Mengkuang
  53. Jawatankuasa Bertindak Penduduk PJS
  54. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Rumah Transit Ampang Jajar
  55. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Sungai Kerian
  56. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Tali Ayer
  57. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Taman Permata, Dengkil
  58. Jawatankuasa Betindak Ladang Bagan Serai
  59. Jawatankuasa Hospital Cleaners, Gemenceh
  60. Jawatankuasa Hospital Cleaners, Kuala Lumpur
  61. Jawatankuasa Hospital Cleaners, Perak
  62. Jawatankuasa Penduduk Kampung Bukit Kuda
  63. Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka, Mantin
  64. Jawatankuasa Penduduk Padang Tembak
  65. Jawatankuasa Penduduk PPR Ampang Jajar
  66. Jawatankuasa Penyelesaian Perumahan Tetap Penduduk Jinjang Selatan
  67. Jawatankuasa Perumahan Pekerja Berjayacity
  68. Justice for Sisters
  69. Knowledge and Rights with Young People through Safer Spaces (Kryss)
  70. Malaysia Muda
  71. Malaysian Association of Indian University Graduates
  72. Malaysian Dravidian Association
  73. Malaysian Hindu Youth Council
  74. Malaysian Indian Historical Association
  75. MJIIT Voices (UTMKL)
  76. Nadi Mahasiswa
  77. Nationwide Human Development and Research Centre Malaysia
  78. North South Initiative
  79. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  80. Pelangi Campaign
  81. Pemuda Sosialis
  82. People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
  83. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
  84. Persatuan Sahabat Sembaruthi
  85. Plantation Resource centre (PRC)
  86. Projek Dialog
  87. Pusat Komas
  88. Sabah Action Resource Group (Sawo)
  89. Sahabat Rakyat
  90. Sahabat Wanita
  91. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  92. Seksualiti Merdeka
  93. Selangor Action Team
  94. Sisters in Islam
  95. Sosialis Alternatif
  96. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  97. Tenaganita
  98. University of Malaya Association of New Youth
  99. Women’s Aid Organisation (WAO)
  100. Youth section of Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (Youth-KLSCAH)
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x