
[ENGLISH VERSION BELOW] Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memperingati Hari Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Perkauman yang disambut pada tanggal 21 Mac setiap tahun.
Tema pada tahun ini “Belia Berdiri Teguh Menentang Perkauman” mengiktiraf peranan belia yang semakin meningkat dalam masyarakat dan dalam menentukan masa depan negara.
Penggunaan teknologi dalam talian meningkat dengan ketara berikutan pandemik coronavirus dan amalan norma baharu, dan ia menjadi medium komunikasi dan penyampaian maklumat utama segenap lapisan masyarakat.
Malangnya, media sosial telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak untuk mengaibkan dan menyalahkan orang lain secara umum dengan serangan secara lisan, perkauman dan kenyataan xenofobia terhadap etnik-etnik dan kewarganegaraan tertentu.
Majoriti daripada pengguna media sosial merupakan golongan belia dan tanpa bimbingan yang sewajarnya, ia akan memberi risiko memburukkan lagi perkauman dan sikap tidak bertolak ansur.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Suhakam menggesa kerajaan untuk meningkatkan usaha dalam melaksanakan dasar dan langkah-langkah bagi menangani ucapan berunsur kebencian di Malaysia serta menyediakan platform terbuka untuk belia dan pelbagai lapisan masyarakat untuk berbincang dan menangani isu diskriminasi di Malaysia.
Ini boleh dilakukan dalam bentuk dialog antara budaya dengan tujuan untuk mempromosi sikap bertolak ansur dan hormat menghormati bersama dalam masyarakat yang berbilang kaum dan budaya di Malaysia.
Suhakam ingin menekankan akan kepentingan untuk memupuk budaya bertolak ansur, kesaksamaan dan tiada diskriminasi dalam kalangan belia kerana mereka yang akan membina masyarakat yang adil, aman damai dan lestari pada masa hadapan.
Suhakam mengulangi seruan agar kerajaan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum kerana ia dapat menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih bersepadu untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira ras, warna kulit, keturunan, kewarganegaraan atau asal keturunan etnik.
English version
Step up efforts to counter hate speech
The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) commemorates the International Day for the Elimination of Racial Discrimination observed annually on 21 March.
This year’s theme is “Youth Standing Up against Racism”, recognising the increasing role of youth in society and in charting the future of the nation.
The use of online technologies has grown exponentially following the coronavirus pandemic and the practice of new norms, as a main mode of communication and dissemination of information amongst all levels of community.
Unfortunately, social media was misused by some quarters for public shaming and blaming with verbal attacks and racist and xenophobic statements published, targeting particular ethnicities and nationalities.
The majority of social media users are youths, and without proper guidance, they will risk exacerbating racist and intolerant attitudes.
Suhakam urges the government to step up its efforts to implement policies and measures to counter hate speech and intolerance and to provide open platforms for youths and various groups in society to discuss and address racial discrimination in Malaysia. This could be in the form of intercultural dialogues to promote mutual tolerance and respect for human dignity in a multi-ethnic and multicultural Malaysia.
Suhakam emphasises the importance of fostering a culture of tolerance, equality and non-discrimination among youths, where the potential lies to develop a just, peaceful and sustainable society in the future.
Suhakam reiterates its call to the government to accede to the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination, as it will serve as a catalyst for a more concerted effort to promote and protect human rights for all regardless of race, colour, descent, nationality or ethnic origin.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme