[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengecam sekeras-kerasnya kumpulan yang bertindak ganas dan samseng terhadap lawan politik mereka.
Pada 22 Oktober, sekumpulan samseng telah bertindak menganggu majlis makan malam parti Muda di Dewan Yong Sheng. Gangguan yang sama juga telah berlaku kepada Muda pada 16 Oktober dalam program ceramah mereka di Muar.
Bersih ingin mengingatkan semua pihak bahawa tindakan samseng dan ganas ini, selain dari kesalahan dalam Kanun Keseksaan, adalah satu bentuk kesalahan pilihan raya di bawah Seksyen 4A Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sekiranya disabitkan bersalah, pihak yang terlibat boleh dijatuhkan penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak lebih daripada RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Bersih menyeru rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan cenderung kepada kempen yang lebih positif dan sihat untuk mengecam sekeras-kerasnya dan menolak sebarang bentuk kelakuan ganas dan samseng sebegini tidak kira daripada parti manapun.
Bersih juga ingin mengingatkan bahawa budaya kempen yang ganas dan samseng ini bukanlah budaya pilihan raya yang bersih dan bebas. Tindakan ganas dan samseng ini adalah satu bentuk kempen negatif dan provokasi yang melampau. Pilihan raya adalah untuk beradu kekuatan idea, polisi, manifesto dan gerak kerja bagi membantu rakyat.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kempen ganas dan samseng ini hendaklah ditolak oleh semua rakyat Malaysia. Jom keluar undi dan tolak keganasan politik. – Bersih
English version
Violent and hooliganism cannot be part of a clean election culture
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) strongly condemns any violence and acts of hooliganism towards political rivals.
On 22 October, a group of thugs disrupted a dinner event by Muda in the Yong Sheng banquet hall in Muar. A similar interruption happened in a Muda ceramah in Muar on 16 October.
Bersih would like to remind all parties that violence and hooliganism can be considered as an election offence under Section 4A of the Election Offences Act 1954 as promoting feelings of ill-will or hostility, aside from being an offence under the Penal Code. If convicted, the person can be imprisoned for up to five years or fined up to RM10,000 or both.
Bersih calls on all peace-loving Malaysians who want a more positive and healthy campaign to strongly condemn and reject any form of violence and hooliganism, regardless of which party they are from.
Bersih also wants to remind everyone that such violent and hooligan culture cannot be part of a clean and free election culture. These acts are a form of negative campaigning and extreme provocation. Elections are for parties to contest based on ideas, policies, manifestos and actions to help the people.
Such negative campaigning must be rejected by all Malaysians. Let’s not be intimidated and get out to vote to reject political violence. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme