Home Civil Society Voices Tolak seruan untuk pembebasan atau tahanan rumah Najib!

Tolak seruan untuk pembebasan atau tahanan rumah Najib!

Kedaulatan undang-undang mesti dijunjung

Najib Razak - BERNAMA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

CSO Platform for Reform dengan tegas mengecam gesaan terkini oleh pemimpin Umno dan sekutu mereka dalam Pas yang mendesak pembebasan atau penahanan rumah bagi Najib Razak.

Tuntutan sedemikian mencabar prinsip keadilan, merosakkan kepercayaan rakyat terhadap sistem perundangan, dan mengkhianati komitmen Malaysia terhadap kedaulatan undang-undang.

Kedaulatan undang-undang adalah asas kepada mana-mana masyarakat demokratik, memastikan tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang, tanpa mengira status atau kuasa.

Najib Razak – yang disabitkan oleh mahkamah tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram – mesti menjalani hukuman penjaranya sepenuhnya.

Sabitannya bukanlah isu penganiayaan politik tetapi hasil proses perundangan yang disokong oleh bukti kukuh.

Memberikan pengampunan atau mengurangkan hukuman Najib akan mencipta precedent yang berbahaya, mewujudkan persepsi bahawa keadilan di Malaysia boleh dirunding bagi mereka yang berkuasa.

Dengan mengabaikan keputusan kehakiman, pemimpin-pemimpin ini berisiko mengukuhkan budaya kekebalan yang meremehkan penguatkuasaan undang-undang dan merosakkan kebebasan kehakiman.

Percubaan untuk menyamakan kes Najib dengan pengampunan yang diberikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada tahun 2018 adalah tidak berasas dan mengelirukan. Mahkamah telah mengesahkan kesahihan pengampunan Anwar, yang berpunca daripada penganiayaan politik, berbeza dengan sabitan Najib atas jenayah kewangan dan rasuah.

Umno dan Pas mesti menghentikan usaha memalukan ini untuk memanipulasi kedaulatan undang-undang demi kepentingan politik.

Rakyat Malaysia berhak mendapatkan pemimpin yang menjunjung keadilan dan integriti, bukan mereka yang mengutamakan kepentingan pesalah berbanding kesejahteraan negara.

CSO Platform for Reform menyokong peringatan Jabatan Peguam Negara bahawa permohonan pengampunan mesti mengikut proses yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebarang penyelewengan daripada prosedur yang ditetapkan akan menjejaskan kesucian kuasa Agong dan sistem keadilan Malaysia.

READ MORE:  1MDB scandal: Najib's apology threatens to sow discord within coalition government

Menjelang tahun baru, CSO Platform for Reform menyeru semua rakyat Malaysia untuk menolak sebarang langkah yang merosakkan kedaulatan undang-undang dan menuntut kebertanggungjawaban daripada mereka yang berada dalam kedudukan kuasa.

Selamat Tahun Baru, Malaysia! – CSO Platform

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x