Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) merakamkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi kemalangan maut melibatkan bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Lebuh Raya Timur-Barat.
Ikram menegaskan bahawa kejadian ini bukanlah kes terpencil, tetapi satu peringatan serius mengenai kelemahan sistem keselamatan jalan raya di Malaysia.
Statistik menunjukkan lebih 6,000 kematian jalan raya berlaku pada tahun 2023, menjadikan isu ini sebagai krisis nasional yang memerlukan tindakan segera.
Oleh itu, Ikram ingin mengemukakan beberapa cadangan strategik, antaranya:
- Penggunaan teknologi pintar seperti kamera AI dan sistem pemantauan Internet of Things untuk meningkatkan penguatkuasaan
- Menaik taraf infrastruktur berisiko tinggi, termasuk laluan selekoh dan berbukit
- Latihan pemanduan defensif dan pemantauan jadual pemandu bas bagi mengurangkan risiko keletihan
- Kempen kesedaran berasaskan emosi, termasuk penceritaan pengalaman mangsa kemalangan dan simulasi VR
- Libat urus komuniti melalui pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah, universiti dan NGO
- Integrasi nilai keagamaan, menekankan kepentingan menjaga nyawa (hifz al-nafs) sebagai tanggungjawab moral
- Pemantauan berterusan dengan sistem pengumpulan data masa nyata untuk intervensi yang lebih berkesan.
Ikram menekankan bahawa keselamatan jalan raya adalah amanah dan tanggungjawab bersama.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Seruan dibuat kepada semua pihak – kerajaan, pengendali kenderaan, institusi pendidikan dan masyarakat – untuk bersatu dalam merealisasikan sifar kematian di jalan raya demi masa depan yang lebih selamat.
Badlishah Sham Baharin ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme