
Oleh Freedom Film Network
[ENGLISH VERSION BELOW] Pada 17 Januari, pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang, Khairi Anwar dan Tan Meng Kheng, telah didakwa di bawah Seksyen 298 iaitu dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain.
Tuduhan tersebut boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya. Ini berlaku selepas filem mereka Mentega Terbang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada September dan ditarik dari platform penstriman Viu pada Mac tahun lalu.
Freedom Film Network (FFN) mengecam dengan tegas gangguan berterusan terhadap para pembikin filem.
Menjenayahkan pembikin filem atas filem fiksyen yang mendapat inspirasi daripada pengalaman hidup dalam memproses kedukaan adalah sesuatu yang berlebihan dan tidak seimbang. Tiada bukti bantahan awam berterusan berlaku dan filem tersebut diharamkan pada September 2023.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Reaksi kerajaan pula dilihat terlalu menekankan peranan filem dalam mempengaruhi individu. Walhal, ibu bapa, persekitaran rumah dan guru yang memainkan peranan lebih penting daripada filem dalam membentuk pandangan dunia seseorang.
Walau bagaimanapun, filem dan pembikin filem kelihatan menjadi satu-satunya yang dihukum dan dijenayahkan atas pengaruh negatif terhadap nilai-nilai sosial. Ini meletakkan tanggungjawab tidak adil dan beban kepada pembikin filem untuk menjadi kompas moral negara.
Bagi membina keharmonian negara, kita memerlukan komunikasi terbuka, dialog dan ruang selamat untuk berkongsi pandangan berbeza supaya lebih memahami antara satu sama lain.
Dalam pengalaman kami, Mentega Terbang adalah alat terbaik untuk memupuk perbincangan seperti itu.
Para penonton yang kami berjumpa juga mengatakan bahawa mereka faham dan menghargai kepercayaan agama lain dengan lebih baik setelah menonton filem ini dan mampu mengaitkan pengalaman watak utama dengan pengalaman mereka sendiri.
Namun, pengalaman positif sedemikian terhadap filem ini tidak diambil kira oleh pihak berkuasa.
Pendekatan kerajaan yang mengharamkan filem dan kini menjenayahkan pembikin filem adalah bentuk kawalan kandungan yang ketinggalan zaman. Dalam era digital hari ini di mana penonton didedahkan kepada pelbagai jenis kandungan, adalah mustahil untuk terus melarang apa-apa media sekalipun.
Malahan, adalah lebih produktif memperkasakan rakyat dengan kemahiran untuk memproses, mengemudi dan berkongsi kandungan ini secara rasional dan bertanggungjawab.
Ini adalah penting terutamanya dalam masyarakat yang berbilang budaya dan agama seperti Malaysia. Menyekat sebarang perbincangan sekitar filem ini tidak membenarkan kita untuk terus membangunkan kemahiran tersebut.
Tambahan pula, tindakan sebegini akan menjejaskan industri filem tempatan. Pengiktirafan antarabangsa bagi filem seperti Tiger Stripes, Abang Adik dan Pendatang telah membentuk minat terhadap Malaysia sebagai tempat untuk kandungan media baru dan menarik. Ini berpotensi untuk membawa lebih banyak pelabur kepada industri perfileman kita.
Walau bagaimanapun, tuduhan hari ini telah mengisyaratkan bahawa pembikin filem tidak dilindungi di Malaysia dan pembikinan filem sebenarnya profesion yang berbahaya. Ini akan memberi kesan sampingan untuk menakutkan pelabur menjauh daripada industri ini.
Kami menyeru kepada kerajaan untuk segera dan tanpa syarat menarik tuduhan terhadap Khairi dan Tan.
Kami juga mendesak kerajaan “Madani” untuk memansuhkan dan meminda peruntukan dalam Akta Penapisan Filem, Akta Komunikasi dan Multimedia dan Kanun Keseksaan seperti Seksyen 298 dan Seksyen 505(b) yang menjenayahkan hak kebebasan bersuara yang dijamin dalam perlembagaan.
Jika Malaysia benar-benar ingin menjadi masyarakat beradab dan inklusif seperti yang diimpikan dalam visi Malaysia Madani, maka kita perlu lebih banyak cerita dan bukan lebih banyak penapisan. – Freedom Film Network
English version
Charges against Mentega Terbang cloud Malaysian film industry’s future
On 17 January, Khairi Anwar and Tan Meng Kheng, the director and the producer of the Mentega Terbang film, were charged with deliberately wounding the religious feelings of others under Section 298 of the Penal Code.
The charge carries a punishment of up to one year’s imprisonment or a fine or both.
This comes after their movie, Mentega Terbang was banned by the Home Ministry in September and taken down from the streaming platform Viu last March.
Freedom Film Network strongly condemns the continued harassment of the filmmakers.
Criminalising filmmakers for a fictional film, especially one inspired by lived experiences of processing grief, is excessive and disproportionate. There is no evidence of continued public outcry and the movie was banned in September 2023.
The government’s reaction overemphasises the role of films in influencing people. Parents, the home environment and teachers play a more important role than film in shaping a person’s worldview.
However, films and filmmakers seem to be the only ones punished and criminalised for their perceived negative influences on social values. This puts an unfair responsibility and burden on filmmakers to be the moral compass of the nation.
To build religious harmony we need open communication, dialogue and safe spaces to share different perspectives to understand each other.
In our experience, Mentega Terbang is an excellent tool to foster such discussions. The audiences we spoke to said they understood and appreciated other faiths better after watching the movie and could relate with the main character’s experiences.
However, such positive experiences with the film are not taken into account by the authorities.
The government’s approach of banning the film and now criminalising the filmmakers is an archaic form of content control. In today’s digital age, where audiences are exposed to all kinds of content, it is impossible to truly ban any media.
Instead, it is more productive for nation-building to empower citizens with the skills to process, navigate and share this content rationally and responsibly.
This is especially important in a multicultural and multi-religious society like Malaysia. Shutting down any conversations around this movie does not allow us to grow these skills.
Additionally, this move will harm the local film industry. The international acclaim for films like Tiger Stripes, Abang Adik, Maryam Pagi Ke Malam and Pendatang have created interest in Malaysia as a place for new and interesting content. This has the potential to bring much needed investment into our film industry.
However, the charges on 17 January send a signal that filmmakers are not protected in Malaysia and that filmmaking is actually a dangerous profession. This will have the knock-on effect of scaring away investors from the industry.
We call upon the government to immediately and unconditionally drop the charges against Khairi and Tan.
We also urge the “Madani” (civil and compassionate) government to repeal and amend provisions in the Film Censorship Act, the Communications and Multimedia Act, and the Penal Code such as Section 298 and Section 505(b) that criminalise the constitutional right to free expression.
If Malaysia is truly to be the civilised and inclusive society imagined in the Malaysia Madani vision, then we need more stories, not more censorship. – Freedom Film Network
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme