Suaram mengecam tindakan polis menahan 23 individu sejak 11 hingga 14 November.
Sekitar pukul 12 tengah hari pada 14 November, 10 individu yang ditahan pada 13 November telah dibebaskan. Walau bagaimanapun, sekitar pukul 10 pagi, 14 November, sembilan individu ditahan.
Mereka yang ditahan merupakan penduduk Kampung Jalan Papan serta aktivis yang hadir memberikan solidariti.
Kenyataan oleh Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar, yang mendakwa bahawa semua yang ditahan adalah “anggota NGO” dan tidak melibatkan penduduk kampung bercanggah dengan situasi sebenar dan keterangan saksi yang berada di lapangan.
Kesemua individu berkenaan telah dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman empat hari oleh pihak polis, bukan kerana jaminan polis.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Keputusan mahkamah ini membuktikan bahawa tiada asas kukuh bagi penahanan tersebut dan tindakan polis jelas merupakan penyalahgunaan kuasa terhadap penduduk serta aktivis yang mempertahankan hak perumahan komuniti.
Isu sebenar bukanlah kononnya kesalahan jenayah oleh penduduk, tetapi keputusan kerajaan negeri Selangor menyerahkan tanah kampung kepada pihak pemaju.
Lebih membimbangkan, pihak pemaju dilihat mendapat perlindungan penuh daripada pihak polis, manakala penduduk yang cuba mempertahankan kediaman mereka pula ditahan dan dihalau.
Situasi ini menunjukkan bagaimana kuasa pemaju dan tindakan pihak berkuasa telah mengatasi hak rakyat terhadap perumahan yang selamat, terjamin dan bermaruah.
Penduduk bukan sahaja tidak ditawarkan penempatan sementara, tetapi ada yang dipaksa mengosongkan rumah. Dalam masa yang sama banyak rumah di kawasan sekeliling tersebut masih mempunyai kes yang berjalan di mahkamah.
Suaram menegaskan bahawa hak penduduk terhadap perumahan, maruah dan perlindungan undang-undang mesti dihormati.
Kerajaan dan pemaju bertanggungjawab memastikan sebarang pembangunan tidak berlaku melalui penindasan ke atas komuniti tempatan.
Suaram turut menggesa agar siasatan bebas dan telus dilakukan terhadap tindakan polis dan hubungan mereka dengan pihak pemaju dan bebaskan semua yang ditahan dengan segera! – Suaram
Nota: Semua tahanan dalam kes ini telahpun dibebaskan.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

